15 cara mudah kecutkan bengkak tonsil, kanak-kanak dan dewasa

cara rawat tonsil, rawat tonsil, cara tradisional rawat tonsil,

Kadang-kadangkala kita dah cuba macam-macam cara. Makan ubat doktor yang bagi ,tapi semua tuh tak jalan. Jadinya apakah cara yang sesuai untuk kecutkan bengkak tonsil ini?

Apa itu tonsil dan sebab tonsil? 

Apa yang kita tahu mengenai tonsil ini amatlah kecil skopnya berbanding maksud dan proses berlakunya tonsilitis itu.

Tonsil merupakan dua kelenjar yang berada antara bahagian kiri dan kanan rongga mulut atau bahasa mudahnya pangkal lidah. Ia juga berfungsi sebagai sistem imunisasi dalam badan kita.

Tonsil adalah salah satu tisu yang berfungsi untuk melawan kuman yang masuk melalui saluran permakanan ataupun saluran hidung. Jika makanan yang mempunyai kuman itu masuk, ia akan melekat pada tonsil dan disitulah sel imunisasi kita akan memakan bakteria ini dan menghasilkan antibodi untuk melawan kuman tersebut.

Sumber: Google

Tonsil bengkak dalam istilah perubatan dipanggil sebagai tonsilitis. Ia juga merujuk kepada keradangan tonsil. Kebanyakan kes tonsil bengkak disebabkan oleh jangkitan kuman. Majoriti daripada jangkitan kuman tersebut adalah terdiri daripada virus dan diikuti dengan jangkitan bakteria.

Walaupun penyakit ini membuatkan pesakit tidak selesa dan rasa tidak menyenangkan, keadaan ini jarang menjadi kebimbangan kepada kesihatan utama.  Rata-rata pesakit tonsilitis ini akan pulih sepenuhnya jika diberi ubat ataupun tidak dalam masa beberapa hari.  Selalunya penyakit ini akan pulih dalam masa 7 hingga 10 hari.

Tonsilitis selalunya akan berlaku kepada kanak-kanak dari usia prasekolah hingga usia pertengahan remaja. Kadang-kadang pada orang dewasa. Ia boleh dikelaskan sebagai tonsilitis akut, berulang dan kronik.

Jenis-jenis Tonsilitis yang perlu kita tahu,

  • Tonsilitis akut atau sakit tekak akut disebabkan oleh virus atau bakteria.
  • Tonsillitis Berulang dalam kes sedemikian, pemberhentian antibiotik membawa kepada serangan lain terhadap jangkitan bakteria dalam masa beberapa minggu, sehingga menyebabkannya berulang lagi.
  • Tonsillitis kronik berlaku apabila jangkitan tonsillitis berulang menyebabkan sakit tekak yang kronik, nafas berbau dan nodus serviks lembut yang berterusan.
  • Tonsil atau Tonsillar Hyperplasia atau Tonsillar Hypertrophy ini berlaku pembesaran tidak normal tonsil palatal dengan gejala kardinal termasuk berdengkur, kesukaran menelan dan (jarang) kesukaran dalam bercakap.

Punca berlakunya penyakit Tonsilitis

Penyebab utama tonsilitis ialah bakteria atau jangkitan virus.

Sumber : Google
  • Ia boleh tersebar daripada orang dengan batuk dan bersin.
  • Orang dewasa yang mempunyai beberapa bentuk imunodeficiency (contohnya pesakit yang dijangkiti HIV) juga terdedah kepada tonsilitis.
  • Pengambilan antibiotik yang memusnahkan flora normal organisma di dalam mulut dan diabetes tidak terkawal adalah sebab-sebab lain dari tonsillitis.
  • Virus yang menyebabkan kebanyakan tonsilitis akut adalah adenovirus, rhinovirus, influenza, coronavirus, dan virus pernafasan. Virus yang kurang biasa adalah virus herpes simplex, virus Epstein-Barr (EBV), sitomegalovirus, dan HIV.
  • Kebanyakan tonsillitis bakteria (strep throat) disebabkan oleh streptokokus Kumpulan A β-hemolitik (GABHS)

Simptom seseorang mengalami penyakit ini adalah seperti:

  • Sakit tekak yang sangat teruk
  • Sukar dan sakit ketika menelan
  • Nafas berbau
  • Sakit kepala
  • Suhu badan tinggi 38 ° ke atas
  • Batuk
  • Hilang selera makan
  • Berdengkur
  • Sakit di telinga dan leher
  • Tonsil yang kelihatan merah dan bengkak
  • Tonsil yang mempunyai bintik putih atau kuning
Sumber: Google

Komplikasi kepada Pesakit

Keradangan atau bengkak tonsil ini kerapkali berlaku atau kronik boleh mengakibatkan komplikasi seperti:

  • Kesukaran bernafas
  • Mengganggu bernafas semasa tidur (Obstructive sleep apnea)
  • Jangkitan yang merebak jauh ke dalam tisu sekeliling (Tonsillar cellulitis)
  • Jangkitan yang mengakibatkan koleksi nanah di belakang tonsil (Peritonsillar abscess)

Pesakit perlu berjumpa doktor jika:

  1. Demam panas lebih daripada 103˚ Fahrenheit
  2. Kelemahan otot
  3. Sakit tekak yang berpanjangan lebih dari 2 hari

Walaupun jarang berlaku, tonsilitis ini kadang-kadang boleh menyebabkan tekak membengkak sehingga pernafasan menjadi sukar.  Sekiranya halini berlaku, anda perlu berjumpa dengan doktor segera untuk rawatan lanjut.

Diagnosis

Untuk mendiagnosis tonsillitis, seorang doktor akan memulakan pemeriksaan am dan akan mencari rantau tonsil yang bengkak, sering dengan bintik-bintik putih. Doktor juga boleh memeriksa bahagian luar tekak untuk tanda-tanda kelenjar limfa yang diperbesar dan ruam yang kadang-kadang berlaku.

Doktor juga boleh mengambil pengambilan kawasan yang dijangkiti untuk pemeriksaan yang lebih dekat oleh makmal untuk menentukan sama ada punca jangkitan virus atau bakteria.

Doktor juga boleh menjalankan kiraan sel darah lengkap. Ujian ini melibatkan pengambilan sejumlah kecil darah untuk menyiasat tahap tertentu jenis sel darah. Dengan cara ini maklumat yang diambil dari swab boleh diperolehi. Dalam sesetengah kes, jika swab tidak dapat disimpulkan, kiraan sel darah lengkap dapat membantu doktor menentukan rawatan yang terbaik.

Pencegahan 

Kuman yang menyebabkan virus tonsilitis dan bakteria menular. Oleh itu, pencegahan yang terbaik adalah untuk mengamalkan kebersihan yang terjamin.

  • Basuh tangan dengan bersih dan kerap, terutama selepas menggunakan tandas dan sebelum makan
  • Elakkan berkongsi makanan, minum gelas dan botol air
  • Gantikan berus giginya selepas diagnosis dengan tonsillitis.

Untuk membantu anak anda mencegah penyebaran jangkitan bakteria atau virus kepada orang lain:

  • Jauhi anak anda ketika dia sedang sakit
  • Tanya doktor sekiranya ada masalah untuk anak anda kembali ke sekolah
  • Ajarkan anak anda batuk atau bersin menggunakan tisu jika perlu
  • Ajar anak anda untuk mencuci tangannya selepas bersin atau batuk

Biasanya tonsil terjadi kepada anak-anak dan juga orang dewasa juga tidak terlepas terkena dengan jangkitan tonsil dalam tekak kita tuh. Apakah alternative dalam rawatan tonsil ini?

Berikut adalah tips tradisional yang anda boleh gunakan untuk merawat tonsil.

1. Banyakkan minum air masak dan air suam.

Ini adalah cara yang paling mudah dan senang. Tak perlu modal kasar sangat pun. Kena minum air dalam lingkungan 7-8 gelas sehari. Air kena pastikan bersih dan dimasak dengan sempurna. Air suam tuh campur air panas dengan air sejuk biasa.  Paling baik dalam lingkungan 3 liter sehari. Lebih lagi bagus.

2. Madu.

Bukan madu yang korang bawak balik pergi rumah isteri pertama tuh lain. Madu lebah ok. Gurau ok.

Selain kandungan gula semulajadi, madu juga mempunyai berbagai khasiat yang sangat mujarab seperti komponen antibakteria dan antiradang. Bahan-bahan aktif ini mampu melegakan kesakitan serta mengurangkan rasa bangkak. Ia juga membekalkan nutrisi lain seperti antioksida, zat besi dan mineral.

Mahu yang asli.

Susah nak cari yang original pure madu yang asli nih. Sekarang market nih banyak yang tiruan.Tak tiruan pun sudah campur dalam berapa peratus. Lebih kurang 70-80 peratus boleh dikatakan semua tak original. Korang kena buat kajian macam mana madu asli dengan asli. Lain rasanya. Pure pekat dan manis dia lain beb.

Cara penyediaannya ialah mencampurkan 4 sudu teh madu, satu suku sudu garam dan buat perahan satu biji je limau kasturi. Kacaukan dan minum 2 ke 3 kali sehari untuk dapatkan kesan yang baik, insyallah.

3. Air lemon

Sifat anti-bakteria dan anti-radang yang ada pada buah lemon itu dipercayai mampu merawat keradangan dan jangkitan. Selain itu, kandungan Vitamin C yang tinggi pada buah lemon berkenaan akan meningkatkan ketahanan badan terhadap jangkitan.

4. Halba

Biji halba ini mempunyai ciri anti-bakteria yang boleh dijadikan penawar terbaik untuk mengecutkan tonsil.

Bagi kanak-kanak yang berusia 7 tahun ke atas mungkin boleh disuruh berkumur dengan air renehan halba. Ulang 2 kali sehari, kaedah ini boleh mengecutkan tonsil.

5. Air garam

Rawatan terbaik yang paling biasa bagi pesakit tonsil adalah berkumur dengan air garam yang suam.

Majoriti doktor semua klinik gigi banyak mengesyorkan penggunaan kumuran air garam bagi meningkatkan kesihatan oral secara menyeluruh termasuklah tekak. Hal ini disebabkan oleh kebaikan garam yang didapati berkesan untuk mengurangkan perit di tonsil akibat kepedihan dan bengkak lebih-lebih lagi ketika ingin makan dan minum.

Caranya ialah dengan mencampurkan sesudu garam dalam secawan air suam. Kumur tiga kali sehari bagi kesan yang optimum.

Air suam mempunyai kesan melegakan manakala garan pula membunuh virus dan bakteria selain itu garam juga boleh mengurangkan keradangan, seterusnya memberikan keselesaan.

6. Halia

Halia juga sering digunakan sebagai petua turun temurun untuk pelbagai penyakit termasuk sakit tekak yang berpanjangan.

Kandungan anti-bakteria dan anti-radang yang bukan aktif bukan saja dapat mempercepatkan proses sembuh ia juga boleh kurangkan bengkak dan sakit.

7. Hisap gula-gula berubat

Jika anak sudah besar bolehlah berikan mereka gula-gula berubat atau lozenges yang dipreskripsikan sesuai ikut usianya.

Hanya perlu kemam gula-gula herba berkenaan untuk kurang rasa sakit pada tonsil dengan menstimulasikan penghasilan air liur.

8. Kunyit.

Selain menjadi penyeri masakan, kunyit juga sering menjadi pilihan bagi rawatan alternatif dari rumah kerana kesan baiknya pada kesihatan seseorang termasuk rawatan tonsil yang bengkak.

Minum susu panas dengan campuran sesudu kunyit serbuk untuk meredakan sakit tekak. Amalkan 2 kali sehari untuk kelegaan segera.

Kandungan penyembuh yang ada pada kunyit mampu melawan pembiakan bakteria dan virus yang menyumbang kepada jangkitan. Bengkak juga menjadi susut dengan pengambilan kunyit kerana ia membantu menguatkan sistem imun tubuh.

9. KULIT KAYU MANIS

Selain kunyit, kulit kayu manis juga adalah rempah yang tidak asing dalam masakan di rumah. Tahukah anda, rempah wangi yang diperkaya dengan agen antimikrob ini dapat menjadi penawar kepada tonsillitis kerana keupayaannya menghalang pembiakan bakteria pada tonsil dan mengurangkan bengkak dan rasa sakit pada kawasan tersebut.

Gunakan dengan menambah sesudu kulit kayu manis dan 2 sudu madu ke dalam secawan air panas. Minum 2 ke 3 kali sehari selama seminggu untuk mendapatkan kesan yang efektif.

9. PUDINA

Didihkan secawan air bersama segenggam daun pudina. Tapiskan, tambah sesudu madu dan minum 2 ke 3 kali sehari. Bakteria dan virus yang membiak pada kawasan tonsil dapat dihapuskan dengan penggunaan pudina kerana kandungan antibakterianya.

Komponen mentholnya yang menyegarkan pula mampu memberi kelegaan kepada permukaan tonsil yang terkena jangkitan. Boleh juga amalkan berkumur dengan pembersih mulut berperisa pudina untuk memperbaiki kesihatan tonsil serta kawasan lain dalam mulut seperti gusi, gigi dan lelangit.

10. JINTAN

Nutrisi yang terkandung dalam jintan juga dipercayai dapat menyembuhkan tonsillitis secara alami dari rumah. Setiap bijian memiliki kadar antioksida, vitamin dan mineral yang tinggi. Selain dapat melawan jangkitan, komponen aktif ini juga dapat menguatkan sistem imunisasi badan.

Panaskan suku sudu biji jintan di atas kuali sehingga perang. Kemudian, tambah secubit serbuk kunyit dan kacau bersama. Sesudah masak, tambahkan secawan susu. Minum semasa suam dan ulang 2 ke 3 kali sehari untuk kesan terbaik.

11. BUAH TIN / ARA

Dengan kandungan serat ‘mucilage’ sebagai bahan utama, ia mampu melawan tonsillitis dengan melegakan kesakitan dan bengkak. Selain melancarkan pergerakan usus, serat ini juga bertindak aktif bagi melindungi dan menyembuh kawasan yang berjangkit dari serangan bakteria.

Rebus 3 biji buah tin kering. Hancurkan dan makan bersama sesudu madu. Amalkan 2 ke 3 kali sehari bagi meredakan sakit.

12. HALIA

Halia juga sering digunakan sebagai petua secara turun temurun untuk pelbagai penyakit termasuk sakit tekak yang berpanjangan. Kandungan antibakteria dan anti-radangnya yang aktif bukan sahaja dapat mempercepat proses sembuh, ia juga dapat mengurangkan rasa sakit dan bengkak.

Cara penggunaannya ialah dengan menyediakan teh halia. Didihkan secawan air dengan sesudu halia parut. Selepas didih, biarkan selama 10 minit dan sedia untuk diminum.

13. Pilih Makanan Yang Lembut dan Berkhasiat

Sepanjang tonsil membengkak, tekak akan sakit dan sukar untuk menelan. Seeloknya, pilih makanan yang lembut seperti bubur nasi atau nasi bersama sup ayam.

Elakkan makanan yang pedas-pedas dan berempah. Jus buah-buahan juga sangat digalakkan minum. Pastikan jus buah yang dikisar sendiri bukan yang dalam tin atau botol.

14. Elakkan Makanan Manis dan Bergula

Apa yang kita boleh katakan, benda manis macam ini adalah membuatkan kita punya tonsil lambat sembuh atau susah nak senang. Kalau boleh, elakkan daripada memakan makanan yang manis dan bergula seperti contoh air manis , air tin, air milo, manakala makanan tuh elakkan dari kek, kuih muih manis dan pencuci mulut yang mengandungi gula.

Gula putih salah satu makanan yang boleh melemahkan sistem imun badan kita. Jadi, seeloknya pantang sementara dan elakkan mengambil makanan bergula sehingga betul-betul sembuh.

Tonsil membengkak salah satunya disebabkan sistem pertahanan (sistem imun) kita lemah.

15. Banyakkan berehat.

Hal yang demikian adalah untuk kuatkan semula sistem imuniti dalam badan kita tuh. (bagi dewasa). Kanak-kanak kurangkan aktiviti bermain dan belajar. Banyakkan berehat, jangan lagi suruh anak-anak tengok gajet. Otak lemah, jadinya nanti.

    • Semasa di rumah, anda boleh menggunakan strategi tertentu seperti :
      • Mendapat tidur yang mencukupi

      • Minum air yang mencukupi

      • Makan makanan yang senang ditelan seperti bubur, sup ataupun air madu dengan lemon

      • Mengngambil lozenges

      • Kurangkan kesakitan dan demam dengan ubat tahan sakit seperti paracetamol ataupun NSAIDs. Demam (kurang daripada 38 degree celcius) tanpa kesakitan tidak memerlukan ubat tahan sakit.

    • Sekiranya anda memerlukan antibiotik, sila makan ubat antibiotik bagi jangka masa yang ditentukan tanpa berhenti secara tiba-tiba sekiranya simptom sudah beransur pulih.
    • Sekiranya tidak menghabiskan antibiotik yang diberikan, ini akan menyebabkan masalah buah pinggang ataupun demam reumatik yang disebabkan oleh jangkitan tertentu.
  • Rawatan tonsil dengan pembedahan :

    • Rawatan pembedahan terpaksa dilakukan kepada mereka yang mengalami:
      • tonsillitis yang berpanjangan

      • tonsillitis yang sering berlaku

      • tonsillitis bakteria yang tidak disembuh dengan antibiotik.

    • Sekiranya anda menghidapi tonsillitis dan komplikasi yang susah untuk dirawat, anda mungkin memerlukan pembedahan, contohnya :
      • Apnea tidur obstruktif

      • Kesukaran bernafas

      • Kesukaran menelan

      • Nanah yang tidak bertambah baik dengan rawatan antibiotik

  • Sekiranya anda ataupun anak mempunyai simptom seakan tonsillitis, sila berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Leave a Reply

Enable Notifications OK No thanks