7 Cadangan jika PdPR menggunakan Whatsapp sepenuhnya
Sekiranya anda sebagai guru nak gunakan whatsapp sebagai medium Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), anda boleh ikuti tips yang disediakan oleh Cikgu Suheil Almawardi.
Noted :
Situasi semasa di sekolah:
Ibu bapa/penjaga masih ingin meneruskan PdPR secara luar talian menggunakan aplikasi WhatsApp sahaja. Bagi mengurangkan kadar stress diriku ini, saya lakukan seperti di bawah: .
1. JADIKAN WHATSAPP KELAS SEBAGAI TRANSIT
- Jadikan WhatsApp kelas itu sebagai wadah untuk menyampaikan informasi / arahan untuk kelas PdPR sahaja.
- Pastikan arahan tersebut jelas, details dan bersifat sehala sahaja.
- Jangan lupa, letak nombor telefon sendiri supaya ibu bapa / penjaga boleh berhubung secara peribadi melalui WhatsApp atau panggilan telefon.
2. MUTE WHATSAPP KELAS
Buat pengetahuan semua, saya memang mute semua WhatsApp kelas sebab wujudnya saya di situ sekadar untuk memberikan arahan pemula kelas PdPR sahaja.
Sebelum-sebelum ini, saya tidak mute, apa yang terjadi, telefon terlekat di tangan dan lebih sadis lagi bukan berkaitan dengan PdP kita (kelas sebelum dan kelas selepas kelas saya), jadi baiklah saya mute kan sahaja.
3. WHATSAPP PERIBADI LEBIH SELESA
Time PdPR ni selalunya saya akan tunggu punya tunggu dan akan jawab sepantas mungkin jika ada yang WhatsApp saya.
Jangan risau, selalunya, ibu bapa / penjaga lebih selesa berhubung secara peribadi jika ada apa-apa yang mereka tak faham, keliru atau tak pasti.
Biasalah, setiap orang ada inferiority complex dalam diri dan tak tegar untuk dikecam. Dan lagi satu diaorang sendiri pun tak larat nak scroll ke atas.
Raikan mereka yang bertanya. Setiap soalan mereka penting, dan jawablah dengan bersungguh-sungguh. Ucap terima kasih sebab berani bertanya. .
4. GOOGLE FORM SEBAGAI ALAT UNTUK MENCATAT KEHADIRAN PDPR
Kali ini saya gunakan google form untuk mencatat kehadiran untuk kelas PdPR.
Kenapa lambat guna? Sebab sebelum ini, saya akan catat murid hadir sekiranya tugasan telah disiapkan dan dihantar kepada saya.
Baru-baru ni, ada definisi baharu, kehadiran PdPR berdasarkan respons sewaktu kelas berlangsung. Jadi saya gunakan google form.
Saya buat sehabis ringkas google form ini, parents pergi ke google form, hanya perlu cara nama anak sendiri dan hantar. Saya buat satu kelas satu google form. Taknak ada alasan tertukar kelas. Kalau tersalah anak, apakan daya.
Pautan ke google form ini saya berikan besama-sama sewaktu penyampaian arahan di WhatsApp kelas. Borang ini hanya diaktifkan sewaktu sesi kelas berlangsung mengikut jadual waktu yang ditetapkan sahaja. Tamat kelas, secara automatik google form tersebut dinyahaktifkan.
5. PENGHANTARAN KERJA
Berdasarkan data dari google form tadi, saya lakukan prosedur seterusnya, iaitu meminta respon daripada ibu bapa / penjaga yang anak jagaannya tidak turut serta dalam kelas PdPR.
Alhamdulillah, setakat ini, ada ibu bapa / penjaga yang meluahkan perasaan.
Saya ingatkan kembali kepada mereka, saya tak marah, saya faham dengan kekangan yang munasabah dan harap anak-anak masih ikuti dan selesaikan tugasan yang diberi.
Dari situ, guru boleh menilai hasil tugasan anak untuk ditaksir dalam PBD. Tugasan itu pula, saya bagi masa sehingga kelas yang berikutnya. Bukan apa, taknak kerja tu makin bertimbun-timbun.
Walau bagaimanapun, kalau mereka hantar kerja yang jaman tori pun saya terima juga. Penat diorang buat.
6. PELAPORAN PDPR JPN
Saya isi borang PDPR JPN ini berdasarkan data dari google form. Nanti baru lah tally. Kot-kot kalau pihak atasan nak semak silang pun senang. Boleh kongsikan sahaja link data tu. Bolehlah mereka view. Time-stamp pun ada.
7. PASCA PELAPORAN
Saya akan senaraikan murid-murid yang tidak menyertai PDPR di WHATSAPP kelas.
Saya minta maklumbalas dari ibu bapa / penjaga mengenai kekangan yang mereka hadapi.
Mungkin, anak liat nak bangun tidur, mungkin baru bangun tidur dan nak siapkan kerja cikgu sebelumnya, mungkin tengah bertarik rambut dengan abang kakak yang nak PDPR juga, mungkin mak ayah keluar berkerja, tak kurang juga ibu bapa yang berkerja sebagai barisan hadapan atau anak-anak tidak berminat atau tak suka cikgu.
Ini merupakan prosedur terakhirlah, kita ambil maklum kekakangan untuk PDPR, boleh berkongsi pendapat atau sumbang saran bagi mencari solusi kepada masalah ini – jika ada, beri nasihat dan galakan, sebelum bertawakal dan berserah kepada takdir.
Kredit: Suheil Almawardi