Cadangan permainan bahasa dalam PdPR kelas online

contoh permainan bahasa

Perkongsian kali ini adalah cadangan daripada Cikgu Siti Ainul Mursyida Sahmsudin yang dibuat oleh rakan-rakan guru terutama guru Bahasa. Mungkin ada yang dah bosan guna permainan online yg sama je kan utk PdPR.

Balik-balik kuiz, balik-balik itu jer. Jadi boringlah kita sebagai pelajar atau cikgu itu sendiri. Kadang-kadang kena keluar dari zon yang lain.  Kena kreatiflah.

Jom pelbagaikan dengan 6 permainan online yg ni pulak. Memang nampak agak klasik tetapi sekurang-kurangnya ada antara permainan ini memerlukan murid bergerak. Kasi exerciselah. Dan murid tak ada pilihan lain kecuali on kamera untuk turut serta bermain. Semoga perkongsian ni bermanfaat untuk semua.

1. Permainan Treasure Hunt.

Permainan ini sangat baik untuk melatih kemahiran mendengar dan kemahiran berfikir, juga bagus untuk meningkatkan perbendaharaan kata murid.

Cara bermain:

Minta murid untuk melihat di sekeliling mereka dan cari sesuatu objek mengikut warna yag diminta oleh guru. Beri murid masa 1-2 minit utk mencari objek tersebut.

Selain itu , boleh juga minta murid mencari objek mengikut huruf permulaan bagi ejaan objek tersebut. Contohnya: cari objek yang mula dengan ‘R’.

Atau cikgu2 boleh gunakan gambar dalam kelas online & minta murid mencari objek dalam gambar seperti yang dikehendaki.

2. Permainan Cari Objek tersembunyi.

Permainan ini sangat sesuai untuk tingkatkan kosa kata, kemahiran mendengar & pemahaman murid. Kita boleh gunakan permainan ni untuk Topik Kata Nama (Nouns), Kata Adjektif (Adjectives) & ‘prepositions of place’.

Cara bermain:

Sebelum kelas, cari & sediakan gambar dengan objek yang berbeza. (Contohnya: BGambar dibawah, haiwan didalam hutan). Kongsikan gambar dengan murid termasuk senarai 10 objek yang perlu mereka cari.

cara benda tersembunyi

Cikgu2 boleh terangkan objek itu dengan lebih spesifik seperti monyet memanjat pokok. Rama-rama di daun. Zirafah makan daun.

Bila murid dah jumpa objek tu, cikgu2 boleh minta murid bulatkan objek itu untuk tunjukkan Lokasi. Cikgu2 boleh gunakan Jamboard untuk aktiviti ni.

jamboard

Boleh juga guna kaedah yg sama utk permainan ‘People Hunt’. Contohnya, minta murid mencari imej orang dalam gmbar mengikut Ciri2 yg dikehendaki.

3. Permainan Lukis & Teka.

 

lukis dan teka
Permainan utk meningkatkan kosa kata

Cara bermain:

Pilih objek di rumah yang murid tak boleh nampak. Kemudian, lukis di virtual whiteboard. Semasa cikgu2 melukis, murid perlu meneka.

Untuk jadikan permainan lebih menarik, cikgu2 boleh set masa untuk permainan. Boleh juga minta murid melukis & rakan yang lain meneka.

4. Permainan ‘Yang Ganjil Keluar’

Membantu murid meningkatkan daya tumpuan di dalam kelas online.

Cara bermain:

Berikan senarai 5 objek yang mana satu daripadanya mempunyai ciri yang berbeza.

Cthnya: lembu, kambing, rusa, kerbau, ayam. Minta murid kenal pasti satu yg tidak sama ciri. Dan minta murid jelaskan sebab pilihan mereka.

Boleh juga menggunakan senarai perkataan yang sama bunyi & minta murid kenal pasti yang berbeza dalam senarai. Cikgu2 juga boleh gunakan gambar menggantikan senarai perkataan.

5. Permainan ‘Give me five’

Permainan ini dapat meningkatkan kemahiran bertutur & kosa kata.

 

Cara bermain:

Senaraikan kategori di virtual board seperti warna, makanan, kenderaan. Kemudian minta murid pilih satu kategori. Jika murid memilih kategori makanan, minta murid senaraikan 5 makanan. Murid perlu senaraikan dlm masa kurang 1 minit. Cikgu2 boleh juga gunakan huruf permulaan sbg panduan.

Contohnya ‘senaraikan 5 nama objek yg bermula dgn ‘B’.

6. Permainan Rantai Kata

Permainan mudah je tapi menarik. Terutama untuk subjek Bahasa. Kalau bahasa inggeris, boleh semak pronunciation murid.

Cara bermain:

Berikan kategori. Kemudian murid pertama akan sebut apa2 perkataan dlm kategori itu. Murid seterusnya akan menyambung dengan menyebut perkataan lain yang bermula dgn huruf terakhir perkataan yg disebut oleh murid sebelum itu.

Contoh, kategori makanan. Jika murid A sebut ‘laksa’, murid kedua akan sebut ‘akok’.

Murid yang lambat menyambung perkataan dikira terkeluar dari permainan & hanya akan menjadi pemerhati (observer) untk pusingan itu. Mayb, cikgu2 boleh kenakan denda kepada mereka seperti menyanyi.

Sumber: FACEBOOK Cikgu Ainul

Enable Notifications OK No thanks