CARA DAFTAR BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR) 2021 secara online
Seperti biasa,apabila kerajaan menyalurkan bantuan kewangan, maka kerajaan akan melancarkan sebuar portal untuk memudahkan urusan pendaftaran. Untuk bantuan Prihatin Rakyat, ianya telah diluluskan dalam perbentangan bajet 2021 yang dilakukan pada november 2020 yang lepas. Ada beberapa perbahasan yang perlu dilalui sebelum ianya diluluskan dan mendapat majoriti dari semua ahli dewan parlimen.
BSH ganti kepada BPR.
Kita sedia makluman bahawa Bantuan Sara Hidup (BSH) akan digantikan dengan Bantuan Prihatin Rakyat bermula Januari 2021, dengan kadar bantuan dan kategori pendapatan lebih baik.
Maka, penerima yang layak BPR berdasarkan syarat kelayakan seperti pendapatan bulanan, bilangan anak dalam sesebuah keluarga dan status perkahwinan.
Siapakah yang layak menerima BPR?
Sila rujuk SEMAKAN KELAYAKAN BPR 2021
ADAKAH PEMOHON PERLU BUAT PENDAFTARAN/PERMOHONAN BPR 2021?
Kita sedia maklum bahawa,pihak LHDNM telah mempunyai data pemohon melalui portal BSH dan BPN, data yang lepas dalam BSH akan diserap dan dirujuk berdasarkan data portal tersebut.
Siapa yang perlu membuat PERMOHONAN BARU BPR?
Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu adalah : Pemohon yang tidak menerima Bantuan BSH 2020 atau BPN 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
Siapa yang perlu membuat KEMASKINI maklumat?
Pemohon perlu membuat Kemas Kini adalah : Pemohon BSH 2020 atau BPN 2.0 yang lulus
CARA DAFTAR BPR 2021
Setakat ini, belum dilancarkan lagi portal BPR.Berikut adalah persediaan dari segi maklumat untuk membantu anda membuat pendaftaran dan permohon baru BPR 2021.
Kepada BAYARAN BPN 2.0 GAGAL KREDIT,berikut adalah TARIKH PEMBAYARAN TUNAI DI BSN
Berikut adalah maklumat yang diperlukan:
- Nama
- Nombor Kad Pengenalan
- Status perkahwinan
- Bilangan anak
- Nama dan nombor akaun bank
Pastikan maklumat yang dilengkapkan tepat dan betul sebelum korang tekan butang udpate tuh ok.
SENARAI KATEGORI BPR 2021
Berikut adalah senarai kategori BPR 2021:
ISI RUMAH PENDAPATAN RM2,500 KE BAWAH
Isi rumah berpendapatan bulanan kurang 2,500 ringgit dan mempunyai sehingga seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM1,200, manakala isi rumah yang mempunyai dua anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM1,800.
Jika anda Pemandu teksi/ e-hailing,Pengawal keselamatan,Peniaga-peniaga kecil,Hilang pekerjaan akibat COVID-19,Lain-lain golongan yang terkesan akibat COVID-19.
ISI RUMAH BERPENDAPATAN RM2,501 HINGGA RM4,000
Isi rumah berpendapatan bulanan antara RM2,501 hingga RM4,000 dan mempunyai sehingga seorang anak, bantuan BPR sebanyak RM800 akan disalurkan, manakala isi rumah yang mempunyai dua anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM1,200.
Kepada golongan B40,boleh mohon BAUCAR RM50 untuk membeli PERLINDUNGAN TENANG sebagai perlindungan kepada keluarga.
ISI RUMAH BERPENDAPATAN RM4,001 HINGGA RM5,000
Isi rumah berpendapatan bulanan antara RM4,001 hingga RM5,000 ringgit. Kategori ini akan menerima RM500 bagi yang mempunyai sehingga seorang anak dan bantuan RM750 kepada isi rumah yang mempunyai dua anak atau lebih.
BUJANG BERPENDAPATAN RM2,500 KE BAWAH
Individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah pula, akan menerima bantuan RM350.
Tidak sekadar itu, had umur kelayakan individu bujang diturunkan kepada 21 tahun, berbanding syarat sebelum ini, iaitu 40 tahun.
Kepada peminjam dari kalangan B40 dan perusahaan mikro yang layak menerima Bantuan Bayaran Balik Pinjaman (TRA),sila rujuk LANJUTAN MORATORIUM BERSASAR.
SOALAN LAZIM BANTUAN PRIHATIN RAKYAT
Dikeluarkan oleh:
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
1 Tarikh Kemas Kini:15/01/2021
SOALAN LAZIM (FAQ)
BANTUAN PRIHATIN RAKYAT 2021 (BPR 2021)
A. SYARAT KELAYAKAN BPR 2021
1. S: Apakah kategori kelayakan bagi Permohonan BPR 2021?
J: Kategori kelayakan bagi permohonan BPR 2021 adalah seperti berikut:
i. Isi Rumah
a) Kahwin; atau
b) Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai
anak; atau
c) Bujang [termasuk Orang Kelainan Upaya (OKU)] berumur 60
tahun dan ke atas
ii. Bujang
a) Bujang atau Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang
tidak mempunyai anak; dan
b) Had umur:
21 tahun hingga 59 tahun; atau
18 tahun hingga 59 tahun bagi kategori OKU
2. S: Apakah kriteria kelayakan bagi pemohon BPR 2021?
J: Pemohon BPR 2021 perlulah memenuhi kelayakan mengikut kategori
seperti berikut:
i. Isi Rumah
a) Pemohon
Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di
Malaysia sahaja
Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga yang
tinggal serumah dan bekerja di Malaysia dengan jumlah
pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke
bawah
b) Pasangan
Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki
pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS); atau
Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR
/ MyKAS)
c) Anak (jika mempunyai anak)
Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak
sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja; dan
Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan
Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja; dan
Dikeluarkan oleh:
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
2 Tarikh Kemas Kini:15/01/2021
Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan; dan
Had umur:
17 tahun dan ke bawah; atau
18 tahun dan ke atas bagi pelajar sepenuh masa di
Institusi Pengajian Awam / Swasta
ii. Bujang
Pemohon
Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia
sahaja
Jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah
Lelaki atau wanita yang berumur:
21 tahun hingga 59 tahun; atau
18 tahun sehingga 59 tahun bagi ketegori OKU
B. PERMOHONAN BAHARU
3. S: Bilakah pendaftaran BPR 2021 akan dibuka?
J: Pendaftaran BPR 2021 bermula pada 15 Januari 2021 hingga 15
Februari 2021 (tertakluk kepada perubahan).
S: Siapakah yang perlu membuat Permohonan BPR 2021?
J: Pemohon yang perlu membuat Permohonan BPR 2021 adalah seperti
berikut:
i. Pemohon yang tidak menerima BSH 2020 atau BPN 2.0 serta
pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
ii. Pemohon dari golongan Orang Asli yang tidak berdaftar dengan
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), pendaftaran secara
automatik akan dibuat berdasarkan data dari JAKOA.
iii. Pemohon Orang Kurang Upaya yang tidak tersenarai sebagai
penerima e-bantuan JKM
Bagi penerima e-bantuan JKM, pendaftaran akan dibuat
secara automatik berdasarkan data di JKM. Penerangan lanjut
rujuk Soalan 5.
5. S: Adakah semua penerima e-bantuan JKM tidak perlu mendaftar BPR
2021?
J: Penerima e-bantuan yang berdaftar dengan e-bantuan JKM sebelum
atau pada bulan November 2020 tidak perlu mendaftar bagi
permohonan BPR 2021. Perincian penerima e-bantuan yang terlibat
adalah seperti berikut:
i. Elaun Pekerja Cacat
ii. Bantuan Penjagaan OKU
Dikeluarkan oleh:
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
3 Tarikh Kemas Kini:15/01/2021
iii. Bantuan OKU tidak berupaya bekerja
iv. Bantuan Orang Tua
6. S: Saya adalah OKU yang berdaftar dengan JKM tetapi bukan
penerima e-bantuan. Adakah saya perlu membuat permohonan
BPR 2021?
J: Ya. Anda perlu membuat permohonan BPR 2021 kerana tidak tergolong
sebagai Penerima e-bantuan seperti jawapan bagi Soalan 5.
7. S: Bagaimanakah cara untuk saya membuat Permohonan BPR 2021?
J: Anda boleh membuat Permohonan BPR 2021 seperti berikut:
i. Permohonan Secara Dalam Talian
Permohonan BPR 2021 boleh dibuat di:
a. Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my; atau
b. Aplikasi Semakan Bantuan Prihatin Rakyat dengan memuat
turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit
ii. Permohonan Melalui Borang
Borang Permohonan BPR 2021 (BK-01) boleh didapati secara
percuma di:
a. Portal Rasmi BPR LHDNM; atau
b. Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM /
Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
8. S: Di manakah saya boleh menghantar Borang BPR 2021 yang telah
lengkap diisi?
J: Anda boleh menghantar Borang BPR 2021 di kaunter-kaunter berikut:
i. Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat
Transformasi Bandar (UTC) LHDNM; atau
ii. Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP); atau
iii. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK); atau
iv. Pejabat Daerah / Pejabat Residen
Atau penghantaran secara Pos ke alamat seperti berikut:
Peti Surat BPR
GPO Shah Alam
40800 Selangor
Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.
Dikeluarkan oleh:
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
4 Tarikh Kemas Kini:15/01/2021
9. S: Bolehkah saya membuat salinan Borang Permohonan BPR 2021
bagi pengisian borang dan adakah terdapat apa-apa caj yang
dikenakan semasa pengisian Borang BPR 2021?
J: Ya. Anda boleh membuat salinan Borang BPR 2021 dan tiada apa-apa
caj yang dikenakan semasa pengisian Borang BPR 2021.
10. S: Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat
permohonan BPR 2021?
J: Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan)
yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:
i. Pemohon:
a) Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan
Agama Islam Negeri / JPN; atau
b) Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN;
atau
c) Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh
Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
d) Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan
oleh Mahkamah
e) Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM)
ii. Pasangan:
a) Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS);
atau
b) Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
iii. Anak:
a) Anak Kandung
Salinan MyKad / MyKid; dan
Salinan Sijil Lahir
b) Anak Angkat
Salinan MyKad / MyKid; dan
Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh
JPN
Borang Serahan Dokumen Sokongan BPR 2021 (BK-04) perlu diisi
semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke LHDNM
ATAU boleh memuatnaik ke sistem BPR semasa permohonan secara
dalam talian.
Dikeluarkan oleh:
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
5 Tarikh Kemas Kini:15/01/2021
11. S: Permohonan secara dalam talian memerlukan saya mengisi
maklumat akaun bank. Jika saya tidak mempunyai maklumat akaun
bank, bagaimanakah saya perlu menghantar Permohonan BPR
2021?
J: Anda boleh menghantar permohonan BPR 2021 dengan
mengemukakan Borang Permohonan BPR 2021 (BK-01) ke Cawangan
LHDNM berhampiran.
12. S: Permohonan secara dalam talian memerlukan saya mengisi
maklumat alamat e-mel. Apakah kegunaan alamat e-mel
berkenaan?
J: Anda perlu mendaftarkan alamat e-mel yang sah semasa permohonan
BPR 2021 kerana alamat e-mel berkenaan akan digunakan untuk situasi
berikut:
i. Set semula akaun BPR disebabkan terlupa soalan keselamatan
semasa log masuk
ii. Penyampaian makluman BPR 2021
13. S: Saya telah menghantar permohonan BPR 2021 secara dalam talian.
Walau bagaimanapun terdapat mesej peringatan yang
memaklumkan supaya memuatnaik dokumen sokongan atau
menghantar ke cawangan LHDNM. Bagaimanakah cara untuk saya
kemukakan dokumen sokongan berkenaan ke cawangan LHDNM?
J: Anda digalakkan untuk memuatnaik dokumen sokongan yang diperlukan
ke Portal Rasmi BPR semasa permohonan.
Sekiranya anda ingin menghantar ke Cawangan LHDNM, anda perlu
mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan dengan mengisi
Borang Serahan Dokumen Sokongan BPR 2021 (BK-04) yang diperolehi
di Cawangan LHDNM atau dimuat turun dari Portal Rasmi BPR.
Pastikan anda mendapat keratan Akuan Penerimaan Penyerahan
dokumen berkenaan sebagai rekod penyerahan. Penghantaran secara
faks dan e-mel adalah tidak diterima.
Dikeluarkan oleh:
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
6 Tarikh Kemas Kini:15/01/2021
14. S: Saya telah menghantar permohonan BPR 2021. Sekiranya ada
perubahan maklumat, adakah saya masih boleh membuat kemas
kini permohonan?
J: Ya. Kemas kini maklumat boleh dibuat sebelum tarikh tutup permohonan
BPR 2021.
15. S: Saya telah menghantar Borang Permohonan BPR 2021 ke
cawangan LHDNM. Adakah saya boleh mengemas kini semula
permohonan secara dalam talian?
J: Tidak. Kemas Kini secara dalam talian tidak dibenarkan sekiranya
Permohonan Baharu / Kemas Kini yang dihantar ke cawangan / PKH /
UTC LHDNM tersebut telah diproses oleh LHDNM.
Oleh itu, sebarang kemas kini permohonan BPR selanjutnya perlu
dikemukakan ke cawangan / PKH / UTC LHDNM dengan mengisi
Borang Permohonan BPR 2021 (BK-01) semula.
16. S: Saya telah membuat permohonan BPR 2021 secara dalam talian
dan juga telah berjaya memuatnaik di Sistem BPR semua dokumen
sokongan yang diperlukan. Adakah saya masih perlu kemukakan
semula dokumen sokongan berkenaan ke cawangan LHDNM?
J: Tidak. Sekiranya dokumen sokongan yang diperlukan telah berjaya
dimuatnaik di Portal Rasmi BPR semasa permohonan secara dalam
talian, anda tidak perlu kemukakan semula dokumen berkenaan ke
cawangan LHDNM.
17. S: Sijil perkahwinan saya telah hilang, apakah dokumen sokongan
yang boleh digunakan untuk pengesahan status perkahwinan?
J: Dokumen sokongan yang boleh digunakan sebagai pembuktian status
perkahwinan:
i. Kad nikah; atau
ii. Sijil Lahir Anak
18. S: Saya hanya mempunyai Kad Pengenalan Lama dan tidak
memperbaharuinya lagi. Adakah saya boleh membuat permohonan
BPR 2021?
J: Anda perlu merujuk Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendapatkan
MyKad kerana Permohonan BPR 2021 mewajibkan penggunaan MyKad
sahaja. Permohonan BPR 2021 hanya boleh dilakukan setelah anda
mempunyai MyKad.
Dikeluarkan oleh:
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
7 Tarikh Kemas Kini:15/01/2021
19. S: Saya berstatus bujang tetapi mempunyai anak angkat. Adakah
saya layak untuk memohon sebagai isi rumah?
J: Tidak. Sekiranya anda berstatus bujang dan tidak pernah berkahwin,
anda tidak layak untuk memohon kategori isi rumah. Namun,
permohonan kategori Bujang boleh dibuat sekiranya memenuhi syarat
kelayakan seperti Jawapan bagi Soalan 2 (Kategori Bujang).
20. S: Borang Permohonan BPR 2021 mengandungi 2 maklumat akaun
bank yang perlu diisi iaitu pada Bahagian Pemohon dan Bahagian
Pasangan. Jika saya lulus BPR 2021, bayaran BPR 2021 akan
dibuat kepada saya atau pasangan saya?
J: Ruangan maklumat akaun bank diwujudkan bagi Pemohon dan
Pasangan. Walau bagaimanapun, jika permohonan BPR 2021
diluluskan, mekanisme pembayaran adalah seperti berikut:
i. Bayaran kepada pemohon sekiranya:
a) Pemohon melaporkan akaun bank dan status pembayaran
BPR 2021 berjaya kredit.
b) Pemohon dan pasangan tidak melaporkan maklumat akaun
bank
ii. Bayaran kepada Pasangan (lapor akaun bank) sekiranya:
a) Pemohon tidak melaporkan akaun bank
b) Pemohon melaporkan akaun bank tetapi status pembayaran
BPR 2021 gagal kredit.
21. S: Sekiranya saya mengisi nombor akaun bank pasangan semasa
Permohonan BPR 2021, adakah pembayaran BPR 2021 akan dibuat
kepada akaun pasangan?
J: Kaedah pembayaran BPR 2021 (rujuk Jawapan bagi soalan 20).
22. S: Sekiranya saya tidak mengisi nombor akaun bank semasa
Permohonan BPR 2021, bagaimanakah pembayaran akan
dilakukan?
J: Anda digalakkan untuk mengisi nombor akaun bank bagi pembayaran
BPR 2021, agar proses pembayaran dapat diterima dengan mudah dan
cepat. Sekiranya anda tidak melaporkan maklumat akaun bank,
pembayaran adalah secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional
(BSN) selepas maklumat nombor siri penunaian dipaparkan pada Portal
Rasmi BPR.
Dikeluarkan oleh:
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
8 Tarikh Kemas Kini:15/01/2021
23. S: Apakah jenis akaun bank yang perlu saya daftarkan ketika
permohonan BPR 2021?
J: Anda perlu mendaftarkan akaun bank persendirian.
24. S: Sekiranya saya tidak mempunyai akaun bank dan pasangan saya
berstatus bukan warganegara Malaysia serta mempunyai akaun
bank. Adakah pembayaran akan dibuat ke atas akaun yang telah
saya laporkan?
J: Pembayaran akan dibuat ke atas pasangan yang berstatus warganegara
Malaysia sahaja.
25. S: Saya berkahwin di luar negara dan mempunyai sijil perkahwinan
yang sah dari negara tersebut, adakah saya layak memohon BPR
2021 kategori isi rumah dan apakah dokumen yang diperlukan?
J: Tidak. Anda tidak layak memohon di bawah kategori isi rumah kecuali
anda telah mendaftar perkahwinan dengan Jabatan Pendaftaran Negara
(JPN) atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).
Namun sekiranya anda mempunyai anak, anda layak memohon BPR
2021 dengan mengemukakan Sijil Lahir Anak yang berdaftar di JPN
sebagai bukti perkahwinan.
26. S: Anak saya berumur 20 tahun dan dikategorikan sebagai OKU
kerana mengalami kemalangan pada tahun ini. Bolehkah saya
kemas kini maklumat anak saya dalam permohonan BPR 2021?
J: Anak berkenaan tidak layak untuk didaftarkan sebagai anak di bawah
permohonan BPR 2021 anda. Walau bagaimanapun, anak berkenaan
boleh memohon BPR 2021 bagi kategori Bujang sekiranya berstatus
OKU dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Rujuk
Jawapan bagi Soalan 2 (Syarat Kelayakan Kategori Bujang).
27. S: Saya berstatus ibu tunggal yang berumur 40 tahun dan mempunyai
seorang anak (OKU) berumur 19 tahun. Adakah saya boleh
memohon BPR 2021 dengan meletakkan anak saya di Permohonan
BPR 2021 saya?
J: Tidak. Anda boleh memohon BPR 2021 di bawah kategori Bujang [Rujuk
Jawapan bagi soalan 2 (Syarat kelayakan Kategori Bujang)].
Anak berkenaan tidak layak didaftarkan sebagai anak di bawah
permohonan BPR 2021 anda kerana anak berkenaan boleh memohon
BPR 2021 bagi kategori Bujang sekiranya berstatus OKU dan berdaftar
dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Rujuk Jawapan bagi
Soalan 2 (Syarat kelayakan kategori Bujang).
Dikeluarkan oleh:
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
9 Tarikh Kemas Kini:15/01/2021
28. S: Saya berstatus Ibu Tunggal yang berumur 50 tahun dan
mempunyai seorang anak berumur 21 tahun yang tidak bekerja dan
pelajar sepenuh masa. Adakah saya boleh memohon BPR 2021
dengan meletakkan anak saya dalam maklumat Permohonan BPR
2021 saya?
J: Anak berkenaan boleh didaftarkan di Permohonan BPR 2021 anda
sekiranya menepati syarat kelayakan Anak [Rujuk Jawapan bagi soalan
2 (Syarat kelayakan Anak)].
Sekiranya anak berkenaan tidak menepati syarat kelayakan, anda boleh
memohon BPR 2021 di bawah kategori Bujang sebagai Ibu Bapa
Tunggal tiada anak [Rujuk Jawapan bagi soalan 2 (Syarat kelayakan
Kategori Bujang).
29. S: Saya bukan warganegara Malaysia. Adakah saya layak memohon
BPR 2021?
J: Tidak. Bantuan ini adalah untuk warganegara Malaysia yang menetap
di Malaysia sahaja.
30. S: Saya merupakan warganegara Malaysia tetapi menetap di
Singapura. Adakah saya layak memohon BPR 2021?
J: Tidak. Bantuan ini adalah untuk Warganegara Malaysia yang menetap
di Malaysia sahaja.
C. KEMAS KINI PERMOHONAN
31. S: Saya adalah penerima bayaran BSH 2020 dan BPN 2.0 sebelum ini.
Adakah saya perlu membuat kemas kini permohonan BPR 2021
sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat?
J: Sekiranya semakan permohonan di portal BPR 2021 anda wujud dan
tiada sebarang perubahan maklumat, anda tidak perlu membuat kemas
kini maklumat BPR 2021. Walau bagaimanapun sekiranya semakan
permohonan di Portal Rasmi BPR 2021 tidak wujud, anda perlu
membuat permohonan baharu.
Dikeluarkan oleh:
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
10 Tarikh Kemas Kini:15/01/2021
32. S: Sekiranya saya tidak mengemaskini permohonan BPR 2021
sepanjang tempoh permohonan dibuka, adakah saya layak BPR
2021?
J: Sekiranya anda tidak hadir untuk kemas kini, permohonan di portal BPR
2021 anda akan diproses berdasarkan maklumat sedia ada iaitu
berdasarkan data BSH 2020 atau BPN 2.0 dan kelayakan BPR 2021
adalah berdasarkan keputusan proses semakan maklumat berkenaan.
33. S: Saya telah diluluskan BSH 2020 dan BPN 2.0 dengan status Ibu
Bapa Tunggal dan mempunyai seorang anak. Adakah saya perlu
untuk kemas kini maklumat anak berkenaan dan kemukakan
dokumen sokongan?
J: Sekiranya permohonan di portal BPR 2021 anda wujud dan tiada
perubahan maklumat anak yang didaftarkan semasa BSH 2020 dan
BPN 2.0, anda tidak perlu kemas kini permohonan. Ini kerana
pemprosesan bagi penentuan kelayakan anak akan dibuat melalui
sistem.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai tambahan anak yang
lain, kemaskini dan serahan dokumen sokongan anak yang baharu perlu
dibuat.
34. S: Semasa permohonan BSH 2020 dan BPN 2.0 sebelum ini, saya telah
kemukakan semua dokumen sokongan yang diperlukan. Adakah
saya perlu kemukakan semula semasa permohonan BPR 2021?
J: Sekiranya permohonan di portal BPR 2021 anda wujud dan tiada
perubahan maklumat, dokumen sokongan tidak perlu dikemukakan
semasa BPR 2021.
35. S: Saya berumur 65 tahun dan berstatus kahwin. Adakah saya perlu
kemukakan sijil nikah bagi pengesahan status perkahwinan?
J: Bagi Pemohon BPR 2021 yang berumur 60 tahun dan ke atas (Warga
Emas), sebarang dokumen sokongan tidak perlu dikemukakan semasa
permohonan BPR 2021.
36. S: Suami saya adalah penerima BSH 2020 dan BPN 2.0. Bolehkah saya
menukar permohonan suami saya kepada permohonan saya?
J: Sekiranya Permohonan di portal BPR 2021 wujud atas nama suami
anda, permohonan atas nama suami perlu dibatalkan terlebih dahulu
dengan mengisi borang pembatalan (BK-05) dan dikemukakan ke
cawangan LHDNM sebelum permohonan baharu BPR 2021 dibuat atas
nama anda.
Dikeluarkan oleh:
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
11 Tarikh Kemas Kini:15/01/2021
37. S: Suami saya adalah penerima BSH 2020 dan telah meninggal dunia
sebelum 15 Januari 2021. Adakah saya boleh membuat
Permohonan Baharu BPR 2021?
J: Ya. Anda boleh membuat Permohonan Baharu BPR 2021 dengan status
perkahwinan yang terkini.
D. LAIN-LAIN
38. S: Bagaimanakah cara untuk saya menyemak status permohonan
BPR 2021?
J: Semakan Status permohonan BPR 2021 boleh dibuat seperti berikut:
i. Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
ii. Semakan secara Aplikasi Mobile BPR:
Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di Apps
Store bagi platform iOS
iii. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747
(Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
iv. MoF: 03-8882 4565 / 4566
(Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
v. Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC
LHDNM.
39. S: Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan maklumat terkini,
membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BPR 2021?
J: Anda boleh mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau
aduan melalui saluran berikut:
i. Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my; atau
ii. Aplikasi Mobile BPR; atau
iii. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747
(Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
iv. MoF: 03-8882 4565 / 4566
(Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
v. Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC
LHDNM.
40. S: Jika seseorang memberi maklumat palsu, apakah tindakan yang
akan dikenakan?
J: Seseorang boleh disabitkan kesalahan di bawah seksyen 193 Kanun
Keseksaan (Akta 574) dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga
tiga (3) tahun dan denda serta disenarai hitam oleh Kementerian
Kewangan Malaysia dari menerima BPR.
Dikeluarkan oleh:
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
12 Tarikh Kemas Kini:15/01/2021
41. S: Maklumat saya telah digunakan oleh individu lain bagi tujuan
permohonan BPR 2021. Apakah yang perlu saya lakukan?
J: Anda perlu membuat laporan polis dan kemukakan bersama salinan
pengenalan (Pasangan / Anak), sijil perkahwinan / Sijil Kematian / Sijil
Perceraian (jika berkaitan) ke Cawangan LHDNM untuk tindakan
selanjutnya.
Bantuan perihatin rakyat