Berbeza dengan kategori 1, kategori 2 kena ambil masa sedikit untuk memohon dan beberapa lapisan untuk tengok permohonan korang itu lulus. Rata-rata yang lulus dalam kategori pertama ialah mereka yang benar-benar terjejas, suri rumah yang dah lama tak mencarum kwsp/epf.
Bagi yang telah lulus untuk kategori 1, tahniah dan semoga apa yang perlu diselesaikan dapatlah diatasinya dengan bijaksana.
Untungnya kategori pertama, tidak perlu attach kan apa-apa dokumen dari segi gaji dan juga surat sokongan. Tetapi mereka lebih berhak dapat macam tuh , sebab mereka benar-benar terkesan dan memerlukan duit untuk bayar beberapa kotmitmen dari segi hutang tertunggak, rumah, kereta, loan, keperluan harian dan sebagainya.
Untuk kategori kedua.
Yang status seperti diatas ini jangan bersedih, masih ada sinar untuk dicerahkan hari ini. Apa kata cuba untuk kategori kedua.
CARA PERMOHONAN I-SINAR KATEGORI 2 (BOLEH MULA APPLY PADA 11 JANUARI 2021)
Seperti yang ditunggu-tunggu, status kelulusan i-Sinar bagi kategori 1 telahpun diumumkan bagi sebahagian besar ahli KWSP mulai 4 Januari 2021.
Menurut bagi pihak KWSP, bagi ahli yang TIDAK LULUS, anda masih berpeluang untuk membuat permohonan di bawah i-Sinar Kategori 2 mulai 11 Januari 2021.
Permohonan i-sinar tamat sehingga 30 Jun 2021.
Tentunya dari phak kwsp , keperluan untuk melanjutkan permohonan buat ahli kwsp yang mahu keluar atau tidak dari januari hingga jun 2021. Kita tak pasti untuk 6 bulan akan datang, jadinya pihak kwsp buka permohonan ini sampai setengah tahun dari jan hingga jun 2021. Permohonan boleh dibuat hanya melalui i-Sinar Online di isinar.kwsp.gov.my bermula 21 Disember 2020 sehingga 30 Jun 2021. Rancanglah pengeluaran anda dan kami akan pastikan urusan anda berjalan lancar.
Syarat Kelayakan i-Sinar Kategori 2
Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.
Dokumen sokongan tersebut ialah :
- Slip gaji sebelum dan selepas
- Surat pengesahan majikan
- Akaun statement bank (akaun bank yang dimasukkan gaji).
Tarikh Permohonan
Bagi anda yang tergolong dalam i-Sinar Kategori 2, permohonan boleh dibuat bermula 11 Januari 2021.
Cara Permohonan & Dokumen Yang Perlu Disertakan
Permohonan i-Sinar hanya dibuka secara online di laman web isinar.kwsp.gov.my
Permohonan akan dibuka mulai 11 Januari 2021.
Langkah membuat permohonan adalah seperti berikut:
Berbeza dengan Kategori 1 yang mendapat kelayakan automatik, permohonan Kategori 2 memerlukan dokumen sokongan.
Permohonan i-Sinar Kategori 2 ini perlu disertakan bersama dokumen berikut:
- Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN
- Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
- Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.
Semakan Status & Tarikh Bayaran
- Bagi i-Sinar Kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat.
- Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
- Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
- Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.
Jumlah Kelayakan pengeluaran akaun 1 i-sinar kwsp.
Amaun kelayakan pengeluaran Akaun 1 KWSP adalah seperti berikut:
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi pihak kwsp untuk ketahui lebih jelas bagaimana permohonan.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.