Contoh Surat Kebenaran Bercuti Pekerja Asing doc, pdf file format
Kenapa perlu surat , tujuan adalah untuk menunjukkan pekerja asing tersebut ada dokumen menyatakan mereka sekian-sekian bercuti untuk buat menguruskan hal mereka. Selain kita takut kan jumpa pekerja asing dekat malaysia nih, berkeliaran sana sini, buat onar ke apa. So kalau diaorang ada surat , pihak berkuasa ada tahu dan sedia maklum kepada majikan sekiranya mereka ini ada masalah atau buat hal ke apa.
Berikut dibawah ini adalah contoh surat kebenaran bercuti buat pekerja asing. Korang boleh tukar ikut kesesuaian yang kena isi tempat kosong tuh. Yang ada underline kena tukar juga, Kalau nepal, tulis nepal, bangladesh atau Indonesia dan sewaktu dengannya. Yang isi tempat kosong isilah ikut kesesuain anda ok.
Tarikh : 31 Julai 2025
U/P : Pihak yang Berkenaan
Tuan,
KEBENARAN PULANG BERCUTI BAGI PEKERJA _________________
Nama : _____________
No. Passport : _____________
Saya dengan ini memberi kebenaran untuk bercuti kepada pekerja saya yang namanya dinyatakan di atas dari _________ sehingga____________.
Sukacita pihak tuan dapat mempermudahkan urusan beliau dalam perjalanan pulang ke kampung halaman beliau dan kembali semula ke Malaysia untuk kembali bertugas dengan selamat tanpa gangguan dan apa jua halangan. Sepanjang pengetahuan saya, tidak wujud undang-undang bertulis Negara Indonesia yang mewajibkan apa jua pembayaran tambahan dibuat oleh pekerja yang pulang bercuti. Sekiranya ada sebarang bentuk pembayaran yang dikenakan kepada pekerja saya, sila pihak tuan terlebih dahulu mengemukakan dengan jelas bukti referansi kepada Undang-Undang Ketenagakerjaan Indonesia/Nepal/Bangladesh atau peraturan Imigrasi yang dipraktikkan ataupun peraturan fiskal Indonesia yang menjadi sumber hukum yang jelas menyokong tindakan menuntut bayaran tambahan tersebut.
Sekiranya wujud undang-undang seperti itu, setiap dan tiap-tiap pembayaran mestilah disokong dengan pengeluaran karcis/resit rasmi sebagai bukti pembayaran telah dibuat dengan benar yang dikeluarkan oleh pihak tuan. Berikan karcis/resit rasmi kepada pekerja saya agar saya dapat mengesahkannya di kantor Kedutaan Besar Republik Indonesia/Nepal/Bangladesh di Kuala Lumpur.
Seandainya pihak tuan masih memerlukan apa-apa pengesahan, saya boleh dihubungi ditalian +013 1234567. Segala bentuk bantuan dari pihak tuan dalam memudahkan urusan keluar-masuk pekerja saya, amat dihargai dan didahului dengan dengan jutaan terima kasih.
Yang benar,
………………………………….
MUHAMMAD KHAIRUL AMING
PENGURUS SUMBER MANUSIA
(NAMA SYARIKAT)
Boleh download, doc format disini SURAT_KEBENARAN_BERCUTI_PEKERJA_ASING
PDF file format disini