Doa berbuka puasa , ramai-ramai
Adakah sah amalan puasa kita jika kita tak tahu doa berbuka puasa? Tetap sah puasa kita, tapi untuk bulan puasa ini kita kena banyak beramal soleh. Doa berbuka puasa kita nak tambahkan lagi amalan kita.
Bagaimanakah lafaz doa berbuka puasa?
Arab , jawi.
“Allahumma Lakasumtu Wabika Aamantu Wa’aala Rizqika Afthortu Birokmatika Yaa Arhamar Roohimin”
Tulisan rumi:
Maksud: Ya Allah kerana Mu aku berpuasa, Dengan Mu aku beriman, kepada Mu aku berserah dan dengan rezeki Mu aku berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.
Doa berbuka puasa ramai-ramai.
Arab, jawi.
Tulisan Rumi
“Allahumma Lakasumna Wabika Aamanna Wa’aala Rozqika Afthorna Birohmatika Yaa Arhamar Roohimin’.
Maksud: Ya Allah kerana Mu kami berpuasa, Dengan Mu kami beriman, kepada Mu kami berserah dan dengan rezeki Mu kami berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.
Menjelang waktu berbuka puasa, pasti ramai yang sibuk menghidang makanan atau meluangkan masa bersama telefon sehingga terlupa akan fadhilat berdoa.
Bukan sahaja waktu berbuka, berdoa ketika sahur juga mempunyai fadhilatnya yang tersendiri dan tidak akan ditolak oleh Allah SWT.
Apa kata peruntukkan masa selama tiga hingga lima minit untuk berdoa kepada Allah SWT dan mohonlah segala hajat dan hasrat yang anda ingini.
Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak.” (HR Ibnu Majah).
Di antara kebaikan berdoa ketika berbuka puasa:
- Menambahkan keimanan kepada Allah Taala
- Mendapat rahmat Allah SWT.
- Dijauhkan daripada azab kubur.
- Lapang dada.
- Diampunkan dosa.
- Memohon agar taubat diterima.
- Dilapangkan kubur.
- Dijauhi neraka.
- Didekatkan dengan syurga.
- Dimudahkan hisab.
- Menerima kitab di tangan kanan.
- Selamat meniti Sirat.
- Bertemu Allah.
Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan. Maka gunakanlah sepenuhnya bulan ini untuk sentiasa berbuat amal ibadat, kebaikan dan sedekah.