KARANGAN KEPENTINGAN SUKAN KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA

KARANGAN SUKAN

Huraikan pendapat anda tentang kepentingan sukan kepada masyarakat dan negara. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Rangka Karangan

• Sebagal kerjaya • Mengisi masa lapang • Menyihatkan fizikal dan mental

Pendahuluan: kerajaan telah membelanjakan wang yang banyak – menyediakan peralatan dan kemudahan sukan – peranan sukan panting kepada masyarakat dan negara

1st 1: Aktiviti sukan dapat mengisl masa lapang seseorang – secara berfaedah – golongan muda tidak mempunyai masa lapang untuk melepak – melatih mereka menghargai mesa – tidak mempunyai kesempatan untuk melibatkan did dalam gejala sosial

1st 2: Menyihatkan Akal dan mental seseorang – semasa bersukan semua organ bergerak cergas – pembakaran lemak dalam badan akan berlaku – mengeluarkan peluh – masalah lebihan lemak dalam badan dapat dielakkan – jantung bertambah aktif – bertungsi dengan balk untuk melancarkan perjalanan darah – fizikal yang sihat akan mempengaruhl kesihatan mental – mencerdaskan minda – otak yang cerdas datangnya daripada badan yang sihat

1st 3: Sukan dapat juga dijadikan sebagai kerjaya seseorang – memperoleh pendapatan yang lumayan -sukan badminton telah memberikan pulangan yang besar kepada para pemain badminton negara – sesetengah anggota masyarakat pula memperoleh pendapatan yang lumayan melalul perniagaan peralatan sukan Penutup: banyak mendatangkan faedah – ada yang kurang sedar akan peranan sukan – sibuk dan malas dijadikan alasan – usaha meningkatkan mulu sukan negara – harus dljalankan secara berterusan – dapat meningkatkan imej negara

Contoh karangan.

         Setiap tahun kerajaan membelanjakan wang yang banyak untuk menyediakan peralatan dan kemudahan sukan di negara ini. Padang permainan, dewan, stadium, dan kompleks sukan dibina dari semasa ke semasa untuk memberikan kemudahan kepada orang ramai bersukan. Situasi ini membuktikan bahawa aktiviti sukan tidak kurang pentingnya kepada masyarakat dan negara.

         Aktiviti sukan dapat mengisi masa lapang seseorang dengan cara yang berfaedah. Hal ini demikian kerana, lazimnya aktiviti sukan dijalankan pada masa lapang. Dengan demikian, golongan muda yang bersukan khususnya, tidak mempunyai masa lapang untuk melepak di sana sini. Selain melatih mereka menghargai masa, golongan muda tidak mempunyai kesempatan untuk melibatkan diri dalam gejala sosial yang boleh menggelapkan masa depan.

         Selain itu, bersukan juga menyihatkan fizikal dan mental seseorang. Hal ini disebabkan, semasa bersukan semua organ kita bergerak cergas. Pembakaran lemak dalam badan akan berlaku menyebabkan badan kita mengeluarkan peluh. Dengan demikian, masalah lebihan lemak dalam badan dapat dielakkan. Pada masa yang sama, jantung bertambah aktif dan dapat berfungsi dengan balk untuk melancarkan perjalanan darah. Fizikal yang sihat akan mempengaruhi kesihatan mental dan turut mencerdaskan minda seseorang, sesuai dengan kata-kata otak yang cerdas datangnya daripada badan yang sihat.

           Kini, sukan dapat juga menjadi kerjaya seseorang. Mereka yang bergiat aktif dalam sukan-sukan tertentu di negara ini telah memperoleh pendapatan yang lumayan. Sebagai contoh, sukan badminton telah memberikan pulangan yang besar kepada para pemain badminton negara, terutama anak-anak Dato’ Haji Sidek. Begitu juga dengan sukan boling dan squasy. Sesetengah anggota masyarakat pula memperoleh pendapatan yang lumayan melalui perniagaan peralatan sukan.

            Tidak dinafikan bahawa sukan banyak Sudut KATA mendatangkan faedah kepada orang ramai. Sehubungan itu, setiap warganegara hendaklah menyedari hakikat ini dan perlu bersukan. Kesibukan dengan aktiviti harian tidak harus dijadikan alasan untuk tidak melakukan aktiviti sukan. ‘Tegasnya , penglibatan setiap individu dalam pelbagai aktiviti sukan amat penting untuk merealisasikan matlamat Gaya Hidup Sihat di negara ini.

• melepak: berbuat sesuaru yang tidak mendatang apa-apa faedah

• mental: fikiran

• kerjaya: pekerjaan yang clipilih sebagai sumber pendapatan

• lumayan: tinggi

• merealisasikan: menjadikan kenyataan

Otak yang cerdas datangnya daripada badan yang sihat: dengan kesihatan yang balk, seseorang itu dapat berfikir dengan balk

Enable Notifications OK No thanks