Apakah itu Tatabahasa?
Secara umumnya, tatabahasa bahasa Melayu merangkumi dalam dua bidang iaitu Morfologi dan Sintaksis:
- Morfologi: kajian tentang kata dan pembentukan kata, kelas kata dan imbuhan.
- Sintaksis: kajian tentang pembentukan ayat.
Morfologi
Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata. Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem. Para pelajar juga perlu mengetahui maksud istilah morfem dan kata. Ini kerana kedua-dua adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep.
Morfem
Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan. Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata ini terdiri daripada satu unit atau satu morfem.
Misalnya “minum”. “Minum” tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan kepada mi dan num. Sebaliknya, kata “diminum” boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu “di” dan “minum”. Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem.
Morfem boleh dibahagi kepada dua, iaitu morfem bebas dan morfem terikat.
Morfem Bebas | Morfem terikat/imbuhan |
Dapat berdiri sendiri, misalnya: minum, cuti, sekolah, periksa |
Bentuk imbuhan, misalnya: mem, per, kan, ber |
Mempunyai maksud sendiri. | Tidak mempunyai makna tetapi mempunyai fungsi tatabahasa atau nahu. Boleh mengubah makna sesuatu kata dan seterusnya makna ayat. |
Morfem terikat/imbuhan
Morfem terikat/imbuhan boleh dibahagi seperti berikut:
- Awalan. Ditambah pada bahagian depan kata dasar. Misalnya membaca, menghafal.
- Akhiran. Ditambah pada bahagian belakang kata dasar. Misalnya perkataan “undian, minuman”
- Sisipan. Diselit di antara unsur unsur kata dasar. Misalnya telapak (tapak)
- Apitan. Ditambahkan serentak pada awalan dan akhiran kata dasar. Misalnya, imbuhan per….an dalam permainan.
Proses terbentuknya ayat bermula daripada morfem
MORFEM –> PERKATAAN –> FRASA –> KLAUSA –> AYAT
Sintaksis
Sintaksis merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.
Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat.
Contoh:Amanuel sedang membuat kerja rumah.
Nota Tatabahasa untuk anda semua.
Kata Sendi Nama:
Kata Hubung
Kata Sendi Nama :
1. Dari : menunjukkan tempat, arah, waktu
contoh : Bapa pulang dari pejabat.
2. Daripada : menunjukkan asal bagi orang, binatang, benda, dan untuk
perbandingan
contoh : Hadiah itu daripada rakannya.
3. Di : menunjukkan tempat
contoh : Saya makan nasi di kantin.
4. Ke : menunjukkan tempat, arah tuju, atau waktu
contoh : Kami ke perpustakaan.
5. Kepada : merujuk orang atau binatang
contoh : Saya memberi anak patung itu kepada adik.
6. Pada : merujuk waktu atau tempat
contoh : Kami ke sekolah pada pukul 7.15 pagi.
7. Untuk : menunjukkan kegunaan untuk sesuatu
contoh : Kek itu untuk Amin.
8. Dengan : menunjukkan makna bersama – sama atau cara sesuatu
digunakan contoh : Adik ke pasar dengan ibu.
Latihan
Garisi kata sendi nama yang betul.
1. Kami berkumpul ( di , dari ) padang sejak pukul 7.00 pagi tadi.
2. Saya menunggunya ( daripada , hingga ) pukul 6.00 petang.
3. Ibu memberi makanan ( pada , kepada ) anjing itu.
4. Jalur Gemilang terdiri ( dari , daripada ) empat jenis warna.
5. Perabot itu diperbuat ( dari , daripada ) kayu jati.
6. Belward bekerja ( di , dari ) pagi hingga lewat petang.
7. Ayah akan bertolak ( di , ke ) Indonesia esok .
8. Sekolah saya terletak kira – kira dua kilometer ( dari , di ) balai
polis.
Kata Hubung
1. Dan : menghubungkan subjek dan predikat
contoh : Ayah beli ayam dan sayur.
2. atau : menunjukkan sesuatu pilihan
contoh : Kamu minum milo atau susu?
3. tetapi : menunjukkan makna yang berlawanan
contoh : Dia kaya tetapi kedukut.
4. lalu : menunjukkan perbuatan yang dilakukan secara berturut-turut.
contoh : Burung itu terbang lalu hinggap pada dahan pokok.
5. sambil : menunjukkan perbuatan yang dilakukan pada masa yang sama.
contoh : Siti menyanyi sambil menari.
6. kerana : menjelaskan sesuatu
contoh : Ali menangis kerana terlalu sedih
You must be logged in to post a comment.