Panduan ternak lobster air tawar
Panduan Ternakan & Rujukan
PANDUAN TERNAKAN LOBSTER AIR TAWAR
Pengenalan Udang Kara Air Tawar (LAT).
Nampak macam simple dia punya barang. Tapi kalau betul. Mahu ribu-ribu jugak nak sediakan untuk ternak Lobster Air Tawar ini.
Permintaan yang tinggi.
Udang Kara atau lebih dikenali sebagai lobster merupakan hidangan enak tetapi berharga mahal. Di pasaran, harga bagi yang bersaiz enam inci ialah RM120.00 sekilogram. Lobster Air Tawar (LAT) nama saintifiknya ialah Cherax Quadricarinatus merupakan jenis Red Claw, jenis Krustasia yang hidup di sungai-sungai kecil di utara Australia. Walaupun saiznya lebih kecil berbanding Udang Kara Laut, tetapi isinya mendapat permintaan tinggi kerana isinya lebih enak. Berikut adalah maklumat ringkas ternakan Lobster Air Tawar.
Microbiologi.
Sepanjang hidup LAT, ianya akan melalui beberapa kali proses salin kulit. Ianya berlaku bila tubuhnya membesar menyebabkan cengkerang lamanya tidak dapat menampung saiz bentuk badan lamanya.
Rupa Bentuk
1. Spesies yang tidak mempunyai tulang dalam
2. Permukaan badan, organ luar diliputi cengkerang
3. Terbahagi kepada dua bahagian yaitu kepala dan badan
4. Cengkerang menutup kepala untuk melindungi organ otak, insang, hati dan tepi organ
5. Enam ruas badan (abdomen) agak menipis, lebar badan rat-rata hampir sama dengan kepala
6. Sepasang penyepit yang lebar dan panjang
7. Sepasang antenna berfungsi menghidu makanan, merasa, meraba makanan dan persekitaran
8. Enam pasang kaki berperanan untuk berenang
9. Kaki renang digunakan untuk membersihkan telor dan larva dari kekotoran
10. Empat kaki untuk berjalan
11. Satu ekor tengah yang pipih sedikit lebar
Mengenali Jantina
Cara membezakan jenis kelamin LAT pada keluarga Cherax;
1. Lobster Jantan, di kaki ke 3 dari ekornya, tidak memiliki bulatan seperti betina, melainkan adanya tonjolan di sisi kiri dan kanan kaki pertama dari ekor
2. Lobster Betina, di sisi kiri dan kanan kaki ke 3 dari ekor, memiliki bulatan
3. Lobster Jantan memiliki sepit lebih besar daripada Betina
4. Dapat dilihat dari persepit dan kaki
5. Kecerahan warna kulit dan warna pada hujung sepit juga terdapat perbedzaan
6. Induk betina yang sedang bertelur, kaki renangnya memiliki ransangan untuk bergerak bagi meningkatkan oksigen terlarut disekitarnya sehingga keperluan oksigen telur dan larva dapat dipenuhi
- Anatomi Kelamin Lobster Air Tawar
- Kiri Betina
- Kanan Jantan
Pemilihan induk @Size Matang LAT
1. Saiz matang Lobster Air Tawar utk dijadikan induk adalah yg berumur 710 bulan.
2. Saiz sesuai : Jantan bersaiz 4 inci ke atas manakala Betina pula bersaiz 3.5 inci hingga 4.5 inci keatas. Boleh menghasilkan 80- 300 biji telur setiap kali bertelor.
- Lobster Air Tawar @Jantan
Makanan
1. Ia aktif mencari makanan di waktu malam (nocturnal).
2. Makanannya berupa bijian, ubu-ubian dan bangkai haiwan
3. Cara ia makan adalah, menggunakan antenna panjang mendeteksi makanan, jika ia sesuai dengan keinginannya, ia menangkapnya menggunakan sepit dan menyerahkan pada kaki jalan pertama sebagai tangan pemegang makan untuk dimakan
4. Ia mempunyai gigi yang halus dipermukaan mulut, cara makannya sedikit demi sedikit.
5. LAT termasuk dalam golongan haiwan omnifora. Yaitu memangsa haiwan hidup lain dari kelompok udang. Oleh kerana ianya memilki sifat carnival yang mana ianya juga memakan sesama jenis.
6. Pemberian makanan : 2x sehari. 30 % waktu pagi dan 70 % waktu petang.
7. Palet makanan yang tenggelam dalam air.
8. Kekacang dan sayuran yang seeloknya dimasak terlebih dahulu/dikisar halus.
Tempat ternakan
Cara menternak LAT adalah tidak susah, kerana ia tahan lasak dan memakan apa sahaja termasuk daging, rumpai dan sayur serta kos makanan yang rendah. Ianya sesuai diternak di ;
1. Kolam simen
2. Kolam kanvas
3. Kolam fiber
4. Kolam Plastik
5. Aquarium
Kualiti air
1. Setiap kolam ternakan mesti mempunyai sumber air tersendiri sama ada dari sungai dan bekalan air bawah tanah. Air dari sumber sebegini Kay dengan kandungan mineral.
2. Sebarang sumber air perlu dikumpulkan dalam satu tempat dan diheningkan (dibiarkan) sekurang-kurangnya sehari semalam. Ini bertujuan memendapkan bahan-bahan terlarut dalam air seperti kelodak atau lumpur.
3. Kandungan klorin dalam air juga harus dihapuskan terlebih dahulu dengan anti-klorin.
4. Suhu air yang sesuai ialah antara 25 hingga 29 darjah Celsius.
5. pH air yang sesuai 7-9.
6. Pastikan air sentiasa jernih.
7. Beri garam air, bergantung pada kandungan air pada bekas yang diguna.
8. Hydrilla mampu memperbaiki kualiti air, menurunkan kadar ammonia dan hasil dari fotosintesa tumbuhan ini menghasilkan oksigen untuk membantu proses nitrifikasi yang merubah proses ammonia dari nitri kemudian ke nitrat.
9. Nitrat merupakan bentuk nitrogen yang mudah di serap oleh tumbuhan.
Kandungan oksigen.
1. Oksigen yang terlarut dalam air sangat penting. Perlu pam dengan saiz yang sesuai untuk memastikan air sentiasa mengalir dan menghasilkan buih oksigen.
2. Pam perlu beroperasi 24 jam. (kena sediakan generator sebagai backup kalau takda elektrik).
Tempat persembunyian
1. Penting semasa hari siang dan bersalin kulit.
2. Contoh: hidupan atas air seperti keladi bunting atau kangkung.
3. paip pvc/kayu yang sesuai dengan saiz lobster.
Proses bersalin kulit
1. Untuk pembesaran. Perlu tempat persembunyian untuk mengurangkan proses kanabalisme.
2. Kepadatan populasi sesuatu tempat ternakan perlu dihadkan untuk mengelakkan kanabalisme.
Penetasan anak udang dan pembesaran
1. Penetasan telur dilakukan di akuarium dengan memindahkan induk betina ke lain tempat.
2. Tempat penetasan boleh berupa akuarium ukuran 40 cm x 30 cm x 30 cm.
3. Setelah 8-15 hari, anak lobster sudah memiliki bentuk yang mirip induknya dan sesuai untuk dipindahkan ke tempat ternakan yang terpisah dari induknya.
4. Benih yang ditebarkan berumur 8-15 hari dengan kepadatan 20-30 ekor/m2 luas kolam.
5. Pemeliharaan pertama selama 2 bulan. Selanjutnya, pemeliharaan dilakukan selama 4 bulan untuk memperoleh lobster 20-30 gm/ekor.
PROSES PENSENYAWAAN
Proses Perkahwinan
1. Dalam bekas/kolam perkahwinan tersebut diberi tempat persembunyian berupa pipe PVC yang berukuran 3 inci panjang sesuai dengan tubuhnya dan jumlah pipe sesuai jumlah betina
2. Selama 2-3 minggu akan terjadilah proses perkawinan indukan.
3. Setelah terlihat tanda-tanda bertelur, pindahkan induk betina tersebut ke akuarium lainnya.
4. Saat sedang mengerami telur, induk betina sangat malas dan berdiam diri di lubang persembunyian. Induk betina mengerami telurnya dengan cara melipat kakinya ke arah dalam.
5. Usahakan 1 akuarium (ukuran 100 x 50x 25cm) berisi 1 induk betina dengan ukuran air 20-25cm.
Pemindahan Induk Lobster Yang Telah Bertelur
1. Ciri-ciri induk yang sedang bertelur adalah banyak berdiam diri dan ekornya yang terlipat erat dan rapat kerana melindungi telur. Induk yang sedang dalam inkubasi seperti ini harus segera dipindahkan ke dalam tempat pemeliharaan khusus pengeraman.
2. Pemindahan harus dilakukan berhati – hati untuk menghindari kandungan telur tidak gugur, jangan bagi induk memberontak.
3. Pemeriksaan harus dilakukan setidak-tidaknya 2 minggu setelah proses pemindahan dibuat.
Pemeliharaan Telur Lobster
1. Proses pengeraman telur lobster mengambil masa 30-35 hari.
2. Pada minggu pertama, telur berbentuk bulat dan masih berwarna kuning.
3. Selanjutnya telur akan berubah warna menjadi coklat kehitaman dan mulai tompok hitam dibahagian tubuhnya seperti mata dan kaki.
4. Setelah satu bulan, semua bagian tubuh sudah terbentuk sempurna atau menetas.
5. Dalam waktu 3-4 hari, seluruh benih akan terlepas dari tubuh induknya.
6. Setelah selesai menetas, induk dipindahkan ke dalam kolam perawatan induk. Perawatan dilakukan selama minimum 2 minggu untuk memberi waktu pada induk melakukan molting sebelum dikahwinkan kembali. Untuk menjaga kualiti benih yang dihasilkan, selama hidupnya induk betina hanya boleh di kahwinkan sebanyak 6 kali.
Pemeliharaan Larva Lobster
1. Benih yang baru menetas dipelihara di dalam kolam penetasan selama 10 hari.
2. Pemberian makanan berupa cacing, sayuran dan pellet khusus lobster boleh dilakukan secara bergantian.
3. Cacing sutera atau beku, biasanya 1 liter cacing boleh dihabiskan dalam waktu 1 minggu untuk 1000 benih lobster.
4. Selanjutnya benih dipindahkan ke kolam pembesaran benih untuk di pelihara selama 2 bulan.
5. Setelah berumur 8-15 hari, benih sudah mulai berbentuk seperti lobster dewasa yang memiliki cangkang kepala dan cangkang tubuh.
6. Selama pemeliharan benih, kualiti dan oksigen yang mencukupi harus selalu diperhatikan dengan baik.
7. Benih tidak boleh terkena langsung panas matahari kerana benih sangat sensitif terhadap perubahan suhu.
8. Untuk menjaga kebersihan tempat pemeliharaan, 2 minggu sekali harus ditukarkan air dan dibersihkan untuk menghindari sebarang penyakit. Saat pengurusan dan pembersihan lebih dititik beratkan agar pembenihan mencapai ke maksimum yang boleh.
Tempat Persembunyian Lobster
1. Pada umur kurang dari 2 bulan tempat persembunyian untuk lobster dapat dibuat dari pipe PVC dan kayu-kayu tua yang berlubang. Pipe PVC yang disumbat dengan straw juga harus disediakan untuk lobster yang masih kecil.
2. Setelah berumur 3 hingga 4 bulan, lobster tersebut tidak dapat lagi masuk ke dalam lubang straw tersebut kerana ukuran tubuhnya yang telah membesar. Pada umur tersebut, tempat persembunyian yang sesuai adalah pipe PVC berukuran ½ inci yang dipotong dengan panjang 3 inci. Saat pembersihan kolam, tempat-tempat persembunyian lobster tersebut juga harus dibersihkan dengan cara teratur.
3. Saat molting, keadaan lobster sangat lemah, selama 2-3 hari lobster hanya berdiam diri di tempat persembunyian hingga kulit yang baru tumbuh mengeras.
Pencegahan Penyakit Benih.
1. Penyakit yang biasa menyerang benih lobster adalah parasit yang hidup di kepala dan badan lobster. Parasit tersebut berwarna putih susu dan biasa berkembang biak di dalam tubuh dan kepala lobster.
2. Ciri lobster yang terkena parasit adalah nafsu makannya berkurangan dan tidak lincah sehingga mengakibatkan kematian.
3. Untuk mengatasi penyakit ini rendam benih lobster pada air garam dengan kadar garam. Rendam benih lobster dalam air tersebut selama 10 hingga 14 hari dan setiap 3 ke 4 hari sekali ganti air dengan air garam baru.
Proses akhir dari setiap pembesaran lobster air tawar agak rumit dan perlu perhatian yang lebih bagi mendapatkan jumlah yang hidup sehingga sizenya ke 3 inci.
Sorting
1. Adalah kegiatan pemilihan yang dilakukan terhadap lobster air tawar berdasarkan kepada size tertentu, seperti : kelengkapan organ tubuh, kebersihan tubuh, kesehatan, jenis kelamin dan yang terakhir adalah ukuran (panjang dan berat).
Salt dipping
1. Adalah kegiatan pembersihan lobster air tawar dari berbagai macam bakteria eksternal yang menempel di tubuh luar lobster air tawar. Yang dilakukan adalah mencelupkan lobster air tawar ke dalam air (liter) garam dalam jangka waktu tertentu (detik).
Purging
1. Adalah kegiatan pembersihan lobster air tawar dari berbagai macam kotoran eksternal (lumpur) maupun internal. Dalam waktu bersamaan, lobster dipuasakan selama beberapa (1 – 2) hari. Tindakan ini harus dilakukan terutama apabila tempat pemeliharaan yang digunakan berupa kolam tanah.
Pada umumnya, lobster air tawar yang di jualbeli adalah lobster air tawar yang masih dalam keadaan hidup.
Salah satu risiko dari tidak dapat dielakkan adalah angka kematian yang tinggi dimana ianya terjadi semasa waktu pengiriman.
Oleh itu proses pembungkusan kiriman harus ambil kira bagi memudahkan pengiriman dilakukan.
Proses pengiriman perlu dipelajari agar kematian dapat dikurangkan serta jika boleh tidak berlaku.
Ebook ternakak Udang Kara (Lobstar Air Tawar (LAT).
https://anyflip.com/otaop/hfog/
http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/kelantan/galak-ternak-lobster-air-tawar-1.651433
http://www.akuaponik.my/jom-ternak-lobster-pengenalan-kepada-lobster-air-tawar/