borang permohonan NPQEL

Permohonan NPQEL Ambilan Tahun 2021 ini merupakan hebahan terkini daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Iklan permohonan bagi mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan Atau National Profesional Qualification For Educational Leaders (NPQEL) Ambilan Tahun 2021 kini dibuka mulai 29 Mei hingga 7 Ogos 2020. Proses sokongan Ketua Jabatan berakhir pada 14 Ogos 2021.

Permohonan adalah melalui Modul Penggantian Pemimpin Sekolah (MPPS) iaitu

MPPS ONLINE

PENTING: Pastikan maklumat dalam e-Operasi dan e-Pangkat telah dikemas kini yang lastest punya ya.

Syarat-syarat  asas Permohonan

  1. Telah disahkan dalam perkhidmatan; (dah sah jawatan).
  2. Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan  (KPI) iaitu sekurang-kurangnya 85% berdasarkan wajaran Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)/Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) tiga (3) tahun terakhir;
  3. Bebas daripada tindakan tatatertib; (tiada masalah disiplin).
  4. Telah mengisytiharkan harta (asset) dalam tempoh tidak melebihi lima (5) tahun;
  5. Bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan; (bebas dari blacklist, CCRIS) dan
  6. Diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.

Syarat Khusus yang lain.

  1. Telah dinaikkan pangkat ke Gred DG48 (bagi calon Pengetua) atau Gred DG32/DG34 (bagi calon Guru Besar) atau sekurang-kurangnya lima (5) tahun di Gred DG29 bagi calon Guru Besar SKM(B) untuk urusan penempatan pemangkuan;
  2. Mempunyai pengkhususan dalam bidang tertentu:
    1. Pengetua: Bidang Umum/Teknikal/Pendidikan Islam;
    2. Guru Besar: Bidang Umum/Cina/Tamil;
  3. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya tiga (3) tahun berkhidmat sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran/Penolong Kanan (termasuk Penolong Kanan yang dilantik secara pentadbiran di SKM(B)/jawatan-jawatan pentadbiran di PPD/JPN/ Bahagian/Institut Aminuddin Baki/Institut Pendidikan Guru/Kolej Matrikulasi;
  4. Mempunyai baki tempoh perkhidmatan sekurang-kurangnya lima (5) tahun sebelum bersara bagi penempatan ke jawatan PGB (tertakluk kepada tarikh kekosongan); dan
  5. Melepasi tahap kesihatan yang memuaskan (Perenggan 9, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2013).
Rujukan: Panduan Pemilihan dan Penempatan Pengetua dan Guru Besar di Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM, 28 Jun 2018
Muat turun : Permohonan NPQEL Ambilan Tahun 2021