Perlawanan piala malaysia pentas akhir hari ini diantara pasukan JDT VS KUALA LUMPUR di stadium keramat kita, bukit Jalil hari ini akan tahu pasukan manakah yang akan menjulang piala malaysia edisi 2021. Secara keseluruhannya pasukan kuala lumpur diantara pasukan underdog jugalah dalam liga super. Tetapi kali ini dalam piala malaysia berjaya melayakan diri ke peringkat separuh akhir. Itu pun hingga ke titisan keringat terakhir. Melalui penentuan penalti ketika dalam separuh akhir kedua setelah berkesudahan aggregate 2-2.
Bagaimana pula pasukan KL city ini untuk berhadapan dengan pasukan JDT yang sudah level lain tuh. Harapnya Bojan Hodak mampu melakukan sesuatu yang boleh memastikan piala malaysia jatuh ke ibu negara . Ha gitu. Bukan mudah tetapi ianya tidak mustahil. Pemain senior ramai di kl city, Shukor Adan, Indra Putra, Safee sali dan sebagainya.
KEPUTUSAN TERKINI JDT VS KUALA LUMPUR PIALA MALAYSIA FINAL 30.11.2021