Skip to content
INFO TERKINI ANDA

zik.my

  • About Us
    • Contact us:
  • DMCA
    • Disclaimer
  • Sitemap

SISTEM PELAPORAN PDPR SEMUA NEGERI (SPDPR Login)

October 20, 2021
PENDIDIKAN

spdpr, manual spdpr, panduan spdpr

Apa itu SPDPR? SPDPR merupakan kependekkan bagi akronim Sistem Pelaporan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah secara dalam talian. Pautan SPdPR ini bebeza-beza mengikut negeri khidmat masing-masing. Boleh tengok link dibawah ikut negeri. Ada yang negeri belum kemaskini. Kita akan update sekiranya sudah ada.

Melalui SPKL, maklumat pelaksanaan PdPR akan dikumpulkan. Data-data ini akan diakses untuk tujuan pemantauan, pelaporan dan pelaksanaan tindak susul di peringkat sekolah, PPD, JPN dan KPM. Hal ini penting kita nak tahu setakat mana keberkesanan PdPR kepada pelajar, guru juga dan respon dari ibu bapa yang perlu juga memantau pembelajaran anak-anak ini untuk elak dari ketinggalan jauh dalam pelajaran.

Panduan Akses Sistem Pelaporan SPdPR 

Berikut merupakan langkah-langkah untuk log masuk ke sistem pelaporan SPKL:

  • Tekan link ini https://spkl.moe.gov.my/
  • Masukkan maklumat ID Pengguna, Kata laluan dan Kod Keselamatan. Kemudian, tekan link <<Masuk>>.
  • Klik Semak ID. Sila klik di sini, guru-guru akan dapat semak sama ada ID telah wujud ataupun tidak.
  • Sekiranya takda ID pengguna, guru boleh berurusan dengan pengetua, guru besar dan guru penolong kanan pentadbiran untuk mendapatkan kata laluan bagi kali pertama log masuk.
  • Bagi log masuk kali pertama, guru-guru perlu menukar kata laluan yang baharu. Kata laluan ini perlulah mengandungi kombinasi huruf besar, huruf kecil, nombor dan juga simbol untuk langkah keselamatan.

Masa idle hanya 2 minit. Sekiranya cikgu tidak aktif di laman tersebut melebihi 2 minit, sistem akan log keluar secara automatik. Langkah ini adalah untuk mengurangkan kesesakan dalam talian.

Pautan SPdPR Setiap Negeri

Pautan SPdPR adalah berbeza bagi setiap negeri, guru-guru boleh membuat pilihan negeri khidmat masing-masing:

  • Kuala Lumpur : https://spkl.moe.gov.my/
  • Johor : https://spjohor.moe.gov.my/
  • Negeri Sembilan : https://spn9.moe.gov.my
  • Pulau Pinang : https://sppenang.moe.gov.my
  • Terengganu : http://appsterengganu.moe.gov.my/
  • Perak : https://spperak.moe.gov.my/
  • Pahang : https://sppahang.moe.gov.my/
  • Selangor :
  • Lain-lain negeri: Akan dikemaskini

Muat Turun Manual pengguna SPdPR

Muat Turun PDF

Ianya dalam proses pembaik pulih dari semasa ke semasa, dan sekarang ini sistem ini lebih baik dan telah bertambah dari dari semasa ke semasa, lebih tersusun dari sebelum-sebelum ini. Sekarang ini Guru-guru tidak perlu lagi membuat pelaporan di pangkalan data yang berbeza. Ianya dapat menjimatkan masa, kepala tak pening-pening lagi dan guru boleh fokus pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran di rumah.

Dapat lihat data lebih jelas. 

Melalui sistem ini, guru-guru di sesebuah sekolah itu akan dapat melihat data-data atau senarai guru yang membuat laporan PdPR.

Pihak pentadbir sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia boleh mendapatkan data di satu pangkalan yang sama. Untuk makluman, PdPR perlu dibuat dalam masa 3 hari dari tarikh PdPR berlangsung!

Semoga dengan perkongsian SPdPR: Pautan Sistem Pelaporan PdPR Semua Negeri  ini dapat membantu pengguna SPdPR, khususnnya guru-guru mengisi data laporan PdPR dengan mudah, cepat dan tepat.

Credit to cikguaku.my.

Tag: Panduan Akses Sistem Pelaporan SPdPR, SISTEM PELAPORAN PDPR SEMUA NEGERI (SPDPR Login), spdpr login, spdpr login kuala lumpur, spdpr login setiap negeri malaysia

Author: zikri

You may also like

May 19, 2021

Muat Turun Modul Latihan Intervensi Berfokus dan Terbeza (MoLIB)

February 11, 2020

Bacaan Doa Sempena Mesyuarat di Sekolah

March 7, 2022

Isu beg berat murid ke sekolah, Penyelesaian dari Dr Radzi Jidin menteri Pelajaran

Post navigation

Previous post

SIARAN LANGSUNG MALAYSIA..

Next post

Cara Mengurus GCR(Gantian..

Theme: Blog Eye Pro by wpthemespace.com.

Enable Notifications OK No thanks