Sistem Pengangkutan Dalam Tumbuhan
Sistem pengangkutan dalam tumbuhan berfungsi untuk membantu membawa bahan-bahan (galian) ke seluruh bahagian tumbuhan. Ia nya terdiri daripada tiub-tiub nipis yang dipanggil berkas vaskular dan boleh ditemui dalam batang, daun dan akar.
Struktur floem berada pada bahagian luar berkas vaskular. Floem berfungsi untuk mengangkut hasil fotosintesis (glukosa) dari daun ke seluruh bahagian tumbuhan.
Manakala struktur xilem pula boleh ditemui pada bahagian dalam berkas vaskular. Xilem berfungsi untuk mengangkut air dan mineral terlarut dari akar ke daun. Selain itu ia nya juga memberi sokongan kepada tumbuhan.
Manakala transpirasi pula adalah proses kehilangan air dari daun ke persekitaran melalui stomata dalam bentuk wap air.
Air hilang dalam kuantiti kecil melalui penyejatan dari permukaan bunga dan juga lentisel pada batang.Namun, hampir 90% air hilang adalah dalam bentuk wap air dan kebanyakkan nya hilang melalui liang-liang kecil pada permukaan daun, yang dikenali sebagai stomata.
Stomata adalah liang kecil pada permukaan daun yang dikawal oleh sel pengawal yang berbentuk seperti kacang. Berfungsi untuk membenarkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida semasa fotosintesis dan juga respirasi. Selain itu, stomata juga berfungsi untuk menyingkirkan wap air semasa transpirasi.
Semakin luas permukaan daun, semakin banyak bilangan stomata pada tumbuhan tersebut. Semakin luas kawasan untuk air menyejat, semakin tinggi pula kadar transpirasi.
Cahaya merangsang bukaan stomata. Semakin tinggi keamatan cahaya, semakin tinggi kadar transpirasi kerana stomata akan terbuka dengan lebih luas.
Bacaan lanjut Sistem pengangkutan tumbuhan
Sebagai contoh apabila semakin tinggi suhu pada persekitaran, maka semakin tinggi juga lah kadar transpirasi yang berlaku.
Sama juga apabila semakin tinggi kelembapan udara, maka akan semakin rendah kadar transpirasi. Ini kerana, udara lembap mengandungi banyak wap air.
Apabila Semakin laju pergerakan udara, makan akan semakin tinggi kadar transpirasi kerana banyak wap air yang dipindahkan.
Bacaan lanjut di sini secara slide