
Berikut adalah cara untuk Login Kwsp untuk pendaftaran I akaun. Sebenarnya sekarang ini memang susah nak login sebab ramai sangat yang bukak laman ini.
Korang boleh login disini
Cara Semak Penyata KWSP Secara Online
1) Dapatkan ID dan Kata Laluan Sementara.
Anda semua kena buat pendaftaran i-Akaun sebelum boleh menyemak secara online. Kalau takda kena daftar terlebih dahulu. Kalau dah ada senang, boleh terus proceed
Pertama sekali, dapatkan ID pengguna dan kata laluan sementara dengan menghubungi KWSP di talian 03-89226000.
Sebagai alternatif, pendaftaran juga boleh dibuat di kiosk atau kaunter KWSP. Sebab kita nak buat secara online, elakkan. Sekarang musim covid19 nih. Baik kita buat secara online sahaja ok.
2) Aktifkan i-Akaun
Setelah verifikasi dibuat, KWSP akan hantar butiran kepada tuan puan melalui SMS. Aktifkan i-Akaun menggunakan ID pengguna dan kata laluan sementara yang diterima, di laman web KWSP.
- Layari http://www.kwsp.gov.my dan pilih login ke i-Akaun

- Isi ID sementara dan tekan “Seterusnya”.

- Isi kata laluan sementara dan klik butang “Login”.

- Baca terma dan syarat sebelum teruskan. Tekan butang “Setuju” dan “Seterusnya”.

- Ubah ID sementara tuan puan kepada yang dikehendaki. Nak ubah ID hanya boleh buat sekali ni je semasa pengaktifan. Jadi pilih ID yang senang untuk korang ingat ok. Save dan ingat baik-baik ID yang dah korang confirmkan semula tuh ha.
- Isi kata laluan (password) baru.
- Pilih imej sekuriti. Imej ini digunakan untuk tujuan pengesahan sebagai langkah keselamatan.
- Masukkan Frasa Rahsia. Sila tulis dan simpan dengan baik frasa ni. Tekan butang “Seterusnya”.

- Tuan puan akan dibawa ke skrin yang mengatakan pengaktifan telah berjaya dibuat.

Mesti diaktifkan dalam tempoh 30 hari.
Kena ingat, pengaktifan ni mesti dibuat dalam tempoh 30 hari. Kalau pengaktifan tak buat dalam tempoh 30 hari itu, korang kena hubungi balik KWSP untuk dapatkan semula ID dan kata laluan sementara. Nak senang ,terus buat on the spot aktifkan cepat.
3) Dapatkan Penyata KWSP
Setelah selesai, anda boleh teruskan untuk mendapatkan penyata.
Login i-Akaun menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang baru. Tekan atas “My Account” dan download penyata KWSP yang terkini.
Korang boleh tengok duit tuh masuk setiap bulan tak? atau takda dimasukkan. Juga boleh tengok jumlah total keseluruhan berapa ada termasuk akaun 1 dan akaun 2.
Tuan puan boleh pilih untuk print penyata tersebut.
Kalau guna apps lagi senang. Dan kirang pun boleh login guna thumbprint. Bagi hanphone yang ada sensor tuh.
Selain tengok baki, i-akaun ada kemudahan lain
Ada banyak lagi kemudahan lain yang disediakan dalam i-Akaun tuan puan. Ini termasuklah kemudahan untuk:
- Buat permohonan pengeluaran (akaun 2).
- Semak status permohonan pengeluaran
- Semak informasi berkaitan dengan nomination
- Buat anggaran yang boleh dikeluarkan dari akaun.
Penutup
Mudahkan? Jadi, bila tuan puan nak mohon untuk dapatkan pinjaman, tak perlulah ke kaunter lagi untuk semakan. Semoga artikel ini bermanfaat. Share dan like.
credit to https://arifhussin.com/cara-semak-penyata-kwsp-secara-online/
No comments! Be the first commenter?