Skip to content
INFO TERKINI ANDA

zik.my

  • About Us
    • Contact us:
  • DMCA
    • Disclaimer
  • Sitemap

Login KWSP , semak penyata kwsp secara online

November 10, 2020
BSH

kwsp, kwsp logo,

Berikut adalah cara untuk Login Kwsp untuk pendaftaran I akaun. Sebenarnya sekarang ini memang susah nak login sebab ramai sangat yang bukak laman ini.

Korang boleh login disini

Cara Semak Penyata KWSP Secara Online

1) Dapatkan ID dan Kata Laluan Sementara.

Anda semua kena buat pendaftaran i-Akaun sebelum boleh menyemak secara online. Kalau takda kena daftar terlebih dahulu. Kalau dah ada senang, boleh terus proceed

Pertama sekali, dapatkan ID pengguna dan kata laluan sementara dengan menghubungi KWSP di talian 03-89226000.

Sebagai alternatif, pendaftaran juga boleh dibuat di kiosk atau kaunter KWSP. Sebab kita nak buat secara online, elakkan. Sekarang musim covid19 nih. Baik kita buat secara online sahaja ok.

2) Aktifkan i-Akaun

Setelah verifikasi dibuat, KWSP akan hantar butiran kepada tuan puan melalui SMS. Aktifkan i-Akaun menggunakan ID pengguna dan kata laluan sementara yang diterima, di laman web KWSP.

  1. Layari http://www.kwsp.gov.my dan pilih login ke i-Akauncek penyata kwsp online
  2. Isi ID sementara dan tekan “Seterusnya”.Cara Semak Penyata KWSP Secara Online
  3. Isi kata laluan sementara dan klik butang “Login”.cetak kwsp
  4. Baca terma dan syarat sebelum teruskan. Tekan butang “Setuju” dan “Seterusnya”.semakan kwsp online
  5. Ubah ID sementara tuan puan kepada yang dikehendaki. Nak ubah ID hanya boleh buat sekali ni je semasa pengaktifan. Jadi pilih ID yang senang untuk korang ingat ok. Save dan ingat baik-baik ID yang dah korang confirmkan semula tuh ha.
  6. Isi kata laluan (password) baru.
  7. Pilih imej sekuriti. Imej ini digunakan untuk tujuan pengesahan sebagai langkah keselamatan.
  8. Masukkan Frasa Rahsia. Sila tulis dan simpan dengan baik frasa ni. Tekan butang “Seterusnya”.check epf statement online
  9. Tuan puan akan dibawa ke skrin yang mengatakan pengaktifan telah berjaya dibuat.semakan penyata kwsp online

Mesti diaktifkan dalam tempoh 30 hari.

Kena ingat, pengaktifan ni mesti dibuat dalam tempoh 30 hari. Kalau pengaktifan tak buat dalam tempoh 30 hari itu, korang kena hubungi balik KWSP untuk dapatkan semula ID dan kata laluan sementara. Nak senang ,terus buat on the spot aktifkan cepat.

3) Dapatkan Penyata KWSP

Setelah selesai, anda boleh teruskan untuk mendapatkan penyata.

Login i-Akaun menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang baru. Tekan atas “My Account” dan download penyata KWSP yang terkini.

Korang boleh tengok duit tuh masuk setiap bulan tak? atau takda dimasukkan. Juga boleh tengok jumlah total keseluruhan berapa ada termasuk akaun 1 dan akaun 2.

Tuan puan boleh pilih untuk print penyata tersebut.

Kalau guna apps lagi senang. Dan kirang pun boleh login guna thumbprint. Bagi hanphone yang ada sensor tuh.

Selain tengok baki, i-akaun ada kemudahan lain

Ada banyak lagi kemudahan lain yang disediakan dalam i-Akaun tuan puan. Ini termasuklah kemudahan untuk:

  • Buat permohonan pengeluaran (akaun 2).
  • Semak status permohonan pengeluaran
  • Semak informasi berkaitan dengan nomination
  • Buat anggaran yang boleh dikeluarkan dari akaun.

Penutup

Mudahkan? Jadi, bila tuan puan nak mohon untuk dapatkan pinjaman, tak perlulah ke kaunter lagi untuk semakan. Semoga artikel ini bermanfaat. Share dan like.

credit to https://arifhussin.com/cara-semak-penyata-kwsp-secara-online/

 

 

 

Tag: cara semakan kwsp melalui kad pengenalan, daftar i-akaun kwsp, kwsp caruman, kwsp login majikan, pengeluaran kwsp, semak kwsp online ic, semak penyata kwsp guna ic, semakan penyata kwsp online

Author: zikri

You may also like

October 22, 2020

BPN 2.0 FASA PERTAMA Sudah masuk, semak di bpn.hasil.gov.my

March 27, 2020

Pendaftaran Bantuan Prihatin Tunai -Bujang 2020 – Pakej Rangsangan Ekonomi

November 23, 2021

Pembayaran BKC fasa kedua pada 25 november 2021,

No comments! Be the first commenter?

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.

Post navigation

Previous post

Panduan daftar Bantuan..

Next post

Cara nak dapat..

Theme: Blog Eye Pro by wpthemespace.com.

Enable Notifications OK No thanks