Jersi Rasmi Pasukan Terengganu 2020

TERENGGANU,

JERSI RASMI PASUKAN TERENGGANU 2020

Hari ini sudah berlangsungnya pengenalan Jersi Pasukan Terengganu Sebentar tadi telah berlangsung pelancaran jersi pasukan Terengganu FC musim 2020. Inilah 3 rekaan terkini pasukan Skuad Penyu. Si tengok gambar jersi dibawah ini. 

Satu perkara yang positif mengenai Terengganu FC adalah keberanian mengetengahkan sesuatu yang lain dari yang lain.

Al -ikhsan Penaja utama.

Pernah pada satu ketika, Terengganu telah menggunakan syarikat tempatan untuk penajaan jersi iaitu Kobert. Namun, selepas tiga musim, mereka beralih kepada Al-Ikhsan untuk penajaan jersi.

Ia telah menampilkan kelainan kepada konsep jersi pasukan tempatan yang menyaksikan ia sangat menarik berbanding pasukan-pasukan lain yang menggunakan syarikat ternama.

Pada malam pelancaran jersi untuk musim 2016, 5,000 helai jersi Kobert Terengganu telah habis terjual dalam masa 2 jam dan dimaklumkan, ia boleh terjual sehingga 8,000 helai jika Kobert bersedia dengan lebih awal stok jersi pada malam itu.

Musim seterusnya, Kobert tampil dengan lebih baik apabila jersi yang dihasilkan setanding dengan jenama antarabangsa iaitu fabriknya yang lebih ringan, perinciannya menarik, peningkatan kualiti heat press printing dan teknik satin stitching di logo pada jersi seperti yang digunakan oleh Nike, Puma dan Adidas.

Dan untuk musim 2020 pula, penaja yang masih setia dengan kelab tersebut iaitu Adik Print & Stationery, dikhabarkan bakal mengeluarkan ‘nameset’ khas untuk kegunaan kelab.

Menurut laporan di laman sesawang rasmi kelab, Adik Print bakal menaja perkhidmatan percetakan pada kelengkapan pakaian bagi musim hadapan termasuk pada baju latihan dan jersi pasukan.

Pada musim lalu, syarikat yang sudah bersama Terengganu sejak 2018, iaitu pada awal penubuhan kelab tersebut, menggunakan nameset jenis ‘AP Capristo’ yang kemudian menjadi ‘trending’.

Ia dikatakan menjadi kegilaan peminat-peminat bola sepak di Terengganu yang ingin menggunakannya pada jersi mereka.

Dan, untuk musim 2020, menurut pengarah urusannya, Wan Mohd Khaidzir Bin Wan Mohd, nameset khas bakal diperkenalkan pada kelengkapan pakaian Terengganu seperti mana musim lalu.

Namun, maklumat lanjut mengenainya masih belum dinyatakan dan dijangkakan ianya bakal diperkenalkan kepada umum pada majlis memperkenalkan jersi dan pasukan Terengganu nanti.

Sesi menandatangani kontrak penajaan selama setahun ini telah dihadiri oleh Khaidir sendiri dan pihak kelab telah diwakili oleh Setiausaha Eksekutif PBSNT, Mohd Syahrizan Mohd Zain dan penolong pengurus pasukan, Encik Zul Fadli Rozi.

 

jersi terengganu 2020,

jersi terengganu home 2020,

jersi terengganu 2020

Kredit Foto: TerengganuFC.com

Berapa bintang untuk jersi ini?

*Sejujurnya musim 2018 dan 2019 lawa lagi.

Leave a Reply

Enable Notifications OK No thanks