Nampaknya tahun ini ,kadar bayaran zakat masih sama. Hal ini apabila Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) telah menetapkan dua kadar harga zakat fitrah pada tahun ini iaitu RM7 dan RM10.
Harga berbeza kerana?
Penetapan harga fitrah adalah berdasarkan kepada harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan oleh kebanyakan umat Islam di negeri ini iaitu pada kadar timbangan satu gantang bersamaan dengan 2.6 kilogram.
Umat Islam di negeri ini yang menjadikan makanan hariannya beras daripada jenis super tempatan perlu membayar sebanyak RM7 manakala RM10 pula bagi mereka yang menjadikan makanan hariannya beras selain daripada jenis super tempatan (beras import) seperti beras wangi, beras basmathi dan lain-lain.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.