Labur dengan Capsphere.com serendah rm 50
Bila sebut pelaburan, semua fikir nak untung. Mana ada orang nak melabur dengan keputusan hasil pelaburan rugi? Lainlah 1mdb , itu kena kena bayar hutang . Rugi ke untung, kena bayar hutang 1mdb. Yang jadi masalahnya nak untung dengan kadar yang cepat, peratus untuk berlipat kali ganda. Itu scamlah jawabnya. Untung takdalah banyak sangat, dalam 10 peratus pun dah cukup banyak. Bila melabur di syarikat swasta, kenalah bayar dia punya fees kalau nak dibandingkan dengan melabur di kerajaan, macam asb tuh.
Dengan rm 50 pun kita dah boleh melabur di capsphere.com. Apa itu Capsphere.com? Lebih kurang macam tempat orang nak kumpul dana, dari peserta yang invest sini, kumpul-kumpul sampai cukup dana yang diperlukan. Kena tengok fund jugak kalau nak invest ada yang tak shariah ada yang shariah. Yang ada gambar bulan bintang, ha itu yang shariah punya.
Apa aku punya strategi ialah aku pusing modal yang dah habis dalam jangka telah ditetapkan aku gunakan duit itu pusingkan modalnya. Aku invest balik tengok apa jenis pelaburan yang ada dekat notes. Aku mula invest start pkp hujung 2020 bulan 11. Sekarang dah 2024. Dah boleh pusing modal. Aku belum keluarkan lagi duit dekat Capshere ini. Semua dekat pusing modal. Sekarang dah untung dekat Rm180 lebih, total aku masukkan deposit 200. Sekarang tak tahu ada berapa, dekat pusing modal sahaja.
Ini bukan pelaburan skim cepat kaya. Lagi besar kau punya modal, lagi besar kau punya pulangan. Duit yang kau nak melabur paling cepat dia punya pulangan ,3 bulan paling lama 16 bulan kalau tak silap. Kena tengok Investment note id, pilihlah yang shariah punya sebaiknya. Kitakan orang islam. Jangan fikir untung banyak, takda shariah punya pun kau sebat jer.