Lama juga kita berehat liga super, sekarang ini kita fokus kelayakan piala asia hari ini kumpulan E diantara pasukan Turkmenistan vs Malaysia (Tuan Rumah). Persiapan yang dibuat oleh KPG (kim Pan Gon) sebelum bertemu dengan pasukan yang kuat dalam kumpulan E ini , kita menunjukkan keputusan yang positif apabila menang 2 perlawanan iaitu 4-0 dengan Brunei dan 2-0 dengan pasukan Hong-Kong.
Cuma bila kritik keadaan padang kita yang sangat teruk pastinya mengusarkan peminat dan pengkritik no1 bola, siapa lagi kalau bukan TMJ mengenai kualiti padang yang agak membimbangkan. Beliau sudah suarakan dah lama. Tetapi apabila jurulatih luar kata padang kita teruk, barulah nak amik tahu. Apepun dah tak boleh nak buat apa. Gunakan apa yang ada jela.
Kelebihan buat pasukan malaysia apabila bermain ditempat sendiri. Menyesuaikan keadaan padang ini untuk bermain bertarung dengan pasukan gergasi harapnya pasukan malaysia, pemain tidak gugup nanti. Sorakan pemain ke 12 harapnya mampu memberikan satu impak vibe kuasa maksimum kepada pemain kita pada malam ini untuk mendapatkan tiga mata penuh lawan dengan Turkmenistan.
Pengendali pasukan Bangladesh, Javier Cabrera antara jurulatih yang melahirkan kekecewaan dengan kualiti padang di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Nantikanya
LIVE STREAMING TURKMENISTAN VS MALAYSIA 8.6.2022
sUMBER FB LAIN