Masalah PdPR- KPM perlu pertimbang benar murid Tingkatan 4, 5 ke sekolah
Sekiranya kelas ditangguh hingga bulan ogos 2021.
Kerajaan wajar mempertimbang membenarkan pelajar tingkatan empat dan lima yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke sekolah jika sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dilanjutkan sehingga Ogos ini 2021.
Bagi pelajar tingkatan 1-3 boleh PdPR seperti biasa.
Bagaimanapun, bagi murid sekolah rendah dan pelajar tingkatan satu hingga tiga, mereka boleh terus mengikuti proses PdPR sehingga Ogos atau hujung tahun ini.
Pendapat pensyarah, kurangkan jumlah pelajar yang ditarget lebih fokus.
Pensyarah dari Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr. Kamarul Azman Khamis berkata, langkah tersebut sekurang-kurangnya dapat mengurangkan jumlah pelajar yang ramai di sesebuah sekolah dengan tumpuan pembelajaran bersemuka itu hanya difokuskan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan penting seperti SPM.
Beliau yang juga Pengarah Kajian Institut Indonesia, Thailand dan Singapura UUM (UUM-ITS) berkata, pihak sekolah mungkin boleh mengehadkan kehadiran pelajar tingkatan lima ini ke sekolah iaitu dua kali dalam seminggu dan selebihnya melalui proses PdPR.
Dr Kamarul Azman Khamis
“Namun seandainya penularan Covid-19 semakin meruncing, nampaknya kerajaan perlu mencari kaedah terbaik pembelajaran secara dalam talian untuk para pelajar SPM ini.
“Kita tidak mahu fokus pelajar yang menduduki peperiksaan SPM ini terjejas jika ada dalam kalangan mereka masih tidak boleh mengikuti proses PdPR ini khususnya di kawasan-kawasan luar bandar,” katanya.
Lebih kurang 4.7 juta pelajar akan teruskan PdPR sepanjang PKP 3.0.
Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan, seramai 4,799,814 pelajar di seluruh negara dijangka meneruskan sesi PdPR sehingga Ogos ini bagi mengurangkan risiko Covid-19 yang setakat Khamis merekodkan jangkitan tertinggi iaitu sebanyak 7,857 kes. hari ini 9 ribu lebih, dah dekat 10 ribu. Dan ianya membimbangkan.
Sesi PdPR dijadual berakhir pertengahan bulan depan namun kerajaan tiada pilihan selain meneruskan pelaksanaannya jika kes positif Covid-19 terus membimbangkan dan semakin meningkat.
Sekiranya dilanjutkan, Kementerian Pendidikan perlu menyelesaikan isu-isu berbangkit dalam pelaksanaan PdPR bagi memastikan keberkesanannya yang menggantikan sesi bersemuka.
Para pelajar mengikuti PdPR bermula dari 16 Mei hingga 27 Mei membabitkan sekolah dalam Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) manakala 17 Mei hingga 28 Mei (Kumpulan B).
Mereka seterusnya bercuti penggal dari 28 Mei hingga 12 Jun (Kumpulan A) dan 29 Mei hingga 13 Jun (Kumpulan B).
Sementara itu, Kamarul Azman berkata, kerajaan juga perlu mengambil beberapa langkah dalam memudahkan para pelajar mengikuti PdPR antaranya dengan mempercepat dan menambah pemberian komputer riba selain mewujudkan pakej internet percuma untuk tujuan pembelajaran dalam talian itu.
Katanya, proses PdPR adalah salah satu sistem pembelajaran yang cukup baik dan berkesan, malah di negara-negara luar pendekatan seperti itu sudah lama diamalkan sebelum tercetusnya pandemik Covid-19 lagi.
“Lagipun, proses PdPR ini dilihat semakin boleh diterima oleh para pelajar dan guru-guru. Mahu tidak mahu kita perlu membiasakan diri dengan suasana baharu ini,” katanya.
Katanya lagi, para guru perlu lebih kreatif dan berinovasi dalam usaha menarik minat pelajar mengikuti PdPR. – UTUSAN