Muat turun kebenaran borang rentas negeri/daerah PKP,PKPB

sekatan jalan raya

Susulan pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuatkuasa 13 hingga 26 Januari, orang ramai adalah dilarang untuk melakukan pergerakan merentas daerah dan negeri melainkan dengan sebab tertentu.

Sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin pada 11 Januari 2021, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan berkuat kuasa bagi negeri-negeri yang terlibat mulai 13 hingga 26 Januari 2021 sebagai usaha kerajaan mengekang penularan wabak COVID-19.

Bagi mana-mana individu yang ingin melakukan pergerakan rentas negeri atau daerah, anda dikehendaki mengisi Borang Permit Pergerakan PKP atau Borang Permit Pergerakan PKPB untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak polis sebelum melakukan pergerakan.

Muat turun borang pdf file format.

BORANG KEBENARAN RENTAS NEGERI borang-permit-pergerakan-pkpb

Borang kebenaran boleh dimuat turun di Facebook Polis Diraja Malaysia atau Portal Rasmi PDRM melalui pautan berikut:

1. Borang Permit Pergerakan PKP, https://www.rmp.gov.my/docs/default-source/permit-pergerakan-perintah-kawalan-pergerakan-(pkp)/borang-permit-pergerakan-perintah-kawalan-pergerakan-(pkp).jpeg

2. Borang Permit Pergerakan PKPB, https://www.rmp.gov.my/docs/default-source/Penerbitan/borang-permit-pergerakan-pkpb.pdf?sfvrsn=2

Ikuti langkah-langkah dibawah ini  buat urusan permohonan kebenaran pergerakan:

1. Memuat turun (download) Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) (mengikut pelaksanaan perintah pergerakan di negeri masing-masing) di Portal atau Media Sosial Rasmi PDRM;

2. Mengisi borang dengan lengkap dalam dua (2) salinan;

3. Menghantar dua (2) borang yang telah lengkap di balai polis untuk proses kelulusan.

Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

Rujuk pautan;

https://www.facebook.com/161086313901684/posts/3901396536537291/

Kalau boleh muat turun dan isi borang ini terlebih dahulu, sebab kalau korang mintak dekat pejabat balai polis memang takkan dilayan punya. Download, print dan isi borang dua kali. Satu copy untuk polis satu copy untuk kita beserta pengesahan cop dari polis nanti dia akan tengok dulu.

Kalau nak rentas negeri pastikan ada alasan yang solid. Betullah, polis ada timbang rasa juga, tetapi kalau boleh jangan menipu semata-mata untuk kepentingan sendiri.  Kalau urusan penting dan juga urusan rasmi perniagaan itu bolehlah memohon rentas negeri.

Sekiranya tiada urusan penting, sebaiknya berada di kediaman masing-masing dan hanya keluar rumah dengan mengekalkan jarak selamat berada di jarak satu meter, pakai pelitup muka/hidung dan mencuci tangan sanitizer bagi mengekalkan kebersihan secara total. InshaaAllah selamat.
Enable Notifications OK No thanks