Skip to content
INFO TERKINI ANDA

zik.my

  • About Us
    • Contact us:
  • DMCA
    • Disclaimer
  • Sitemap

PANDUAN DAFTAR/LOGIN, SEMAKAN STATUS PERMOHONAN eperolehan.gov.my

August 24, 2021
INFO TERKINI

daftar eperolehan

Berikut adalah panduan untuk daftar ePerolehan sebagai pembekal dari Kementerian Kewangan Malaysia melalui eperolehan.gov.my? Mudah sahaja, ikuti panduan seperti di bawah.

Jika sudah register, boleh terus login ePerolehan sebagai pembekal.

Apa Itu ePerolehan eperolehan.gov.my

ePerolehan merupakan sistem perolehan online, yang membolehkan pembekal menawarkan produk dan perkhidmatan kepada kerajaan Malaysia secara atas talian melalui eperolehan.gov.my.

ePerolehan juga berperananan sebagai salah satu cara untuk para pembekal mendaftar dan memperbaharui Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Sistem ePerolehan secara “paperless” ini sebenarnya lebih mudah, serta menjimatkan kos, masa dan tenaga. 

eperolehan.gov.my

Panduan Pendaftaran ePerolehan Melalui eperolehan.gov.my

Sebelum boleh login ePerolehan dan masuk tender kerajaan, anda perlu mendaftar terlebih daulu.

Mana-mana syarikat yang berkelayakan, memang boleh masuk ePerolehan tender.

Jadi, anda perlu buat permohonan pendaftaran pembekal baru terlebih dahulu:

  1. Layari laman web rasmi ePerolehan di sini: https://www.eperolehan.gov.my/online-registration
  2. Pilih jenis akaun iaitu Akaun Asas, Akaun MOF dan Akaun G2G.
  3. Untuk maklumat lanjut, sila baca penerangan mengenai jenis akaun pembekal untuk daftar ePerolehan
  4. Kami andaikan anda mahu buat pendaftaran untuk Akaun Asas
  5. Pilih Akaun Asas
  6. Sila baca PENGENALAN AKAUN PEMBEKAL sebelum meneruskan cara daftar ePerolehan
  7. Selesai baca, tekan butang Seterusnya
  8. Baca TERMA DAN SYARAT dengan teliti
  9. Masukkan nombor dan aksara Captcha yang dikehendaki
  10. Klik Seterusnya
  11. Klik pada Saya telah membaca, memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat di atas dan mengesahkan bahawa maklumat Pentadbir Pembekal yang dilantik adalah tepat dan benar
  12. Di bahagian MAKLUMAT AKAUN, masukkan:
    • Jenis Perniagaan / Syarikat
    • Nombor Pendaftaran Perniagaan
  13. Masukkan Nombor Kad Pengenalan jika dipinta
  14. Tekan butang Seterusnya
  15. Selesaikan hingga habis semuanya

Kategori Akaun Pembekal ePerolehan.

Akaun Asas

  1. Akaun ini adalah khas bagi pembekal yang ingin daftar ePerolehan yang bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Bekalan dan Perkhidmatan (Bukan Perunding) tidak melebihi RM20,000.00.
  2. Tiada bayaran dikenakan untuk permohonan Akaun Asas.

Akaun MOF

  1. Akaun ini adalah untuk pembekal yang ingin daftar ePerolehan yang bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Bekalan dan Perkhidmatan sehingga nilai RM20,000 dan juga yang melebihi had nilai RM20,000. Pembekal akaun MOF terbahagi kepada dua iaitu:
  • Kontraktor:
  • Bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Perolehan Bekalan & Perkhidmatan bukan perunding; atau
  • Bertransaksi dengan Lain-lain (Kerajaan Negeri, Badan Berkanun, Syarikat Berkaitan Kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan)

Perunding

  • Bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Perolehan Perkhidmatan Perunding.

Akaun G2G

  • Bagi Agensi Kerajaan bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Bekalan dan Perkhidmatan menggunakan kaedah pembelian terus tanpa had nilai di sistem ePerolehan.
  • Agensi Kerajaan bermaksud Badan Berkanun Persekutuan/Negeri, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Pendaftaran ePerolehan Guna GMail

Jika anda seorang pembekal yang ingin mendaftar, anda dinasihatkan untuk menggunakan

  • e-mel syarikat (contohnya ali@syarikatABC.com)
  • atau perkhidmatan GMail, iaitu servis e-mel Google seperti pembekal@gmail.com

Jangan guna perkhidmatan e-mel Yahoo iaitu @yahoo.com, @ymail.com dan @rocketmail.com dalam urusan Pendaftaran Pembekal bagi mengatasi masalah penerimaan notifikasi e-mel daripada Sistem ePerolehan.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan cara daftar atau semakan ePerolehan melalui eperolehan.gov.my ini layari: https://www.eperolehan.gov.my/home atau hubungi

Unit Bantuan Pendaftaran Syarikat

Pembekal / Kerajaan

Tel          :               +603 8882 3166, +603 8882 4341

Fax         :               +603 8882 4337

Email     :               ups@mof.gov.my

 

Tag: PANDUAN DAFTAR/LOGIN, Semakan status permohonan eperolehan.gov.my, SEMAKAN STATUS PERMOHONAN eperolehaneperolehan.gov.my

Author: zikri

You may also like

April 30, 2021

Panduan Memohon Rebate (subsidi) Elektrik RM40.00

April 3, 2020

Harga minyak Ron 95 RM1.30 4 april -11 april 2020 (turun 4 sen )

December 30, 2021

JADUAL GAJI KAKITANGAN AWAM 2022

Post navigation

Previous post

Cara Didik, cara..

Next post

Pembayaran Fasa 1..

Theme: Blog Eye Pro by wpthemespace.com.

Enable Notifications OK No thanks