Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) untuk kemaskini tahun 2020. Bagi yang baru pertama kali baru nak daftar mungkin ada banyak benda yang kena ambil tahu. Dari segi sijil nikah, dokumen anak-anak dan sebagainya. Bagi yang sudah isi tahun lepas, tahun ini mungkin kena update dari segi jumlah anak/ tanggungan gaji dan sebagainya. Itu semua kita akan update setelah pengumuman dibuat oleh MOF nanti ok. Kalau takda apa-apa maklumat tambahan yang korang rasa takda tambah anak, isteri ,gaji tak naik
Bila tarikh kemaskini BSH 2020?
Tempoh Pemohonan dan Pengemaskinian Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 akan dibuka mulai 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020. So bulan februari akan bermula kemaskini.
So beberapa aspek telah dikaji semula dari segi permohonan yang berkelayakan sahaja boleh memohon bsh ini. Tidak seperti dulu, ada banyak kelompongannya dan juga ada yang kena perbaiki. credit to mysumber.com
Permohonan BSH 2020
- Pendaftaran MyBSH (bagi pemohon yang telah mempunyai rekod BSH) telah boleh dibuat pada Menu MyBSH mulai 22 Januari 2020. Sebarang maklumat lanjut boleh rujuk Panduan Pengguna Daftar MyBSH 2020 atau FAQ Pendaftaran MyBSH 2020.
- Pemohon tidak perlu membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020 sekiranya:
- Permohonan BSH 2019 yang lulus dan tiada sebarang perubahan maklumat; dan
- Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) yang tersenarai sebagai penerima eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti berikut:
- Elaun Pekerja Cacat
- Bantuan Penjagaan OKU
- Bantuan OKU tidak berupaya bekerja
- Bantuan Orang Tua
- Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020 sekiranya:
- Pemohon yang belum membuat pendaftaran Permohonan BSH termasuk Kategori Baharu; atau
- Permohonan BSH 2019 yang tidak lulus dan menepati syarat kelayakan BSH 2020; atau
- Permohonan OKU yang tidak tersenarai sebagai Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020
- Maklumat BSH 2020 yang akan menyusul untuk paparan dan sebagai informasi kepada umum adalah seperti berikut:
- Permohonan melalui dalam talian
- Panduan Pengguna bagi permohonan dalam talian
- Borang Permohonan BSH 2020 Yang Boleh Dimuat turun
- Panduan Pengguna Pengisian Borang
- Soalan Lazim (FAQ)
Pembayaran Fasa Pertama BSH 2020
- Pemohon BSH yang layak menerima bayaran Fasa Pertama adalah Pemohon berstatus Lulus BSH 2019 (Kategori Isi Rumah) yang melepasi beberapa proses tapisan daripada Agensi Kerajaan antaranya Status Pemilikan Kenderaan yang realistik bagi golongan berpendapatan rendah (B40).
- Tarikh dan kaedah pembayaran
- Tarikh bayaran Fasa Pertama BSH 2020 mulai 20 Januari 2020
- Pembayaran Fasa Pertama BSH 2020 adalah secara
- Pengkreditan terus ke akaun; atau
- Tunai di kaunter BSN (termasuk kategori pedalaman Sabah Sarawak) – mulai 1 Februari 2020
Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BSH 2020
- SKK BSH 2020
- Untuk makluman, tuntutan SKK BSH 2020 bagi kematian pemohon yang berlaku mulai 1 Januari 2020 masih belum dibuka atau belum boleh dibuat di Bank Simpanan Nasional (BSN). Tarikh mula tuntutan ini akan dimaklumkan semula.
BACA JUGA : CARA KEMASKINI BSH 2020
12 KATEGORI TIDAK LAYAK BSH
Sebelum korang nak mohon bsh, kena tahu korang nih layak ke tak. So disini ada senarai 12 kategori penerima yang TIDAK LAYAK MEMOHON Bantuan Sara Hidup tahun ini. Antaranya:
- Pendapatan melebihi RM4,000 sebulan.
- Menetap di luar negara
- Bujang berumur 59 tahun ke bawah
- Pasangan bukan warganegara / ibu bapa tunggal / janda / duda yang tidak mempunyai anak
- Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan
- Memiliki dua atau lebih perniagaan milikan tunggal
- Memilik Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
- Pemegang saham / pengarah syarikat
- Memiliki kenderaan dalam negara melebihi 2,000cc
- Memiliki kenderaan luar negara melebihi 1,400cc
- Memiliki motosikal melebihi 500cc
- Transaksi milikan hartanah melebihi RM500,000
Sekiranya anda tergolong dalam senarai di atas, maka anda tidak perlu buang masa untuk buat permohonan BSH 2020. Secar aautomatically tidak layak untuk dapat.
Jadi anda tak perlu kemaskini BSH atau membuat sebarang permohonan baru memandangkan permohonan anda akan ditolak serta merta.
SEMAKAN KELAYAKAN MENERIMA BSH.
Untuk mengetahui sama ada anda masih layak menerima Bantuan Sara Hidup atau tidak, anda bolehlah membuat semakan di portal rasmi BSH. Klik pada bahagian semakan. Kemudian, masukkan Nombor Pengenalan anda untuk menyemak status anda. Klik link yang disediakan untuk menyemak status kelayakan BSH anda.
- Semakan Kelayakan BSH: Klik Sini
Tidak layak, tetapi boleh buat rayuan.
Bagi anda yang tidak lagi layak menerima bantuan ini, anda masih boleh membuat rayuan untuk menerima BSH. Namun, anda perlulah mengemaskini maklumat-maklumat peribadi anda yang terdapat dalam sistem BSH. Tetapi pastikan korang bukan senarai 12 ketegori yang tidak layak dapat bsh. Melainkan mungkin anda layak,tetapi bila mohon tiba-tiba anda tidak layak. So disini nanti ada rayuan boleh dibuat, ada prosedur yang anda kena buat untuk buat raayuan tuh nanti.
KEMASKINI BANTUAN SARA HIDUP 2020
Berdasarkan info terkini yang dikeluarkan, golongan warga emas yang tidak perlu kemaskini permohonan BSH mereka.
Penerima BSH fasa pertama sebelum ini wajib kemaskini Bantuan Sara Hidup secara online atau hadir ke mana-mana cawangan LHDNM berhampiran.
Kegagalan mengemaskini maklumat BSH akan menyebabkan permohonan BSH anda tidak akan diproses dan kemungkinan anda tidak akan menerima BSH fasa kedua dan ketiga pada Mei dan Ogos nanti.
Antara maklumat yang diperlukan ketika proses kemaskini termasuklah:
- Status perkahwinan termasuk kahwin, cerai atau kematian pasangan
- Alamat surat menyurat terkini dan emel
- Nombor telefon bimbit dan rumah
- Maklumat akaun bank
- Maklumat pasangan dan tanggungan
- Maklumat waris
Segala maklumat tanggungan BSH 2019 tidak akan dibawa ke sesi pembayaran seterusnya. Jadi anda perlu membuat pendaftaran semula maklumat anak yang terkini.
Ini termasuklah segala maklumat sokongan yang perlu anda kemukakan sekali lagi untuk kelayakan BSH 2020.
Slip gaji tidak diperlukan memandangkan LHDNM akan menggunakan data dari agensi berkaitan untuk pengesahan maklumat pendapatan pemohon Bantuan Sara Hidup.
Dan sekiranya pasangan anda yang telah menerima BSH 2019 telah meninggal dunia, anda boleh membuat permohonan baru menggunakan maklumat status perkahwinan terkini.
Jangan sesekali menggunakan maklumat palsu ketika mengemaskini permohonan anda. Ingat anda akan didakwa! jika menggunakan maklumat yang tidak sah/palsu.
Sekiranya didapati bersalah anda boleh disabitkan kesalahan di bawah seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga (3) tahun dan denda serta disenarai hitam oleh Kementerian Kewangan Malaysia dari menerima BSH.
Tarikh tutup kemaskini BSH 2020 adalah pada 15 Mac nanti.
MAKLUMAT-MAKLUMAT YANG PERLU DIKEMASKINI DALAM BSH
Ini sangat mustahak, sebab terdapat beberapa maklumat yang perlu anda kemaskini sebelum anda membuat rayuan permohonan semula BSH. Berikut merupakan senarai maklumat yang perlu dikemaskini tersebut.
- Status Perkahwinan (Sama ada berkahwin, bujang, bercerai, kematian pasangan dan sebagainya.)
- Alamat surat-menyurat terkini
- Emel aktif dan terkini
- Nombor telefon rumah dan telefon bimbit
- Maklumat akaun bank (Nama bank, nombor akaun dan sebagainya)
- Maklumat pasangan dan tanggungan
CARA MENGEMASKINI MAKLUMAT BANTUAN SARA HIDUP
Tidak sukar sebenarnya untuk anda mengemaskini maklumat-maklumat untuk Bantuan Sara Hidup ini. Proses kemaskini ini boleh dilakukan secara online melalui laman web rasmi BSH.
Sila ikuti langkah-langkah yang dikongsikan di bawah ini. Kami turut sertakan gambar bagi setiap langkah tersebut bagi memudahkan anda. Jadi, anda hanya perlu mengikut langkah seperti yang ditunjukkan dalam setiap gambar tersebut. Berikut merupakan langkah-langkahnya.
1.) Layari laman web rasmi BSH. Klik link yang disediakan di bawah.
- Laman Web Rasmi BSH: Klik Sini
2.) Klik bahagian BORANG seterusnya pilih KEMASKINI MAKLUMAT.
3.) Masukkan nombor kad pengenalan anda.
4.) Kemaskini maklumat pada borang tersebut dengan tepat dan betul.
Sila pastikan maklumat yang anda isi itu semuanya tepat dan betul. Sekiranya terdapat kesalahan tiga kali berturut-turut, anda akan disekat daripada sistem ini dan jika ini terjadi, anda perlulah merujuk LHDN bagi tujuan mengaktifkan semula akaun anda.
Jadi, anda perlulah mengemaskini setiap perubahan yang berlaku pada butiran maklumat anda. Hal ini demi memastikan tidak berlaku sebarang masalah dalam proses pembayaran BSH kelak.
Georgeraman1976@gmail.com
760308125099
Kg rancangan klias Beaufort
Sabah Malaysia
George@azman bin Jaudah @Raman
0138090982
760308125099
Kg rancangan klias Beaufort Sabah
Malaysia
760308125099
George@azman bin Jaudah@Raman
Kampung rancangan klias
89800 Beaufort
Sabah
Kalau akaun disekat adakah duit akan masuk seperti biasa
kalau dah lulus, masuk macam biasa jer
Sama lha akaun d sekat , duit bantuan masuk ke seperti biasa ke macam mana ?1
macam biasa, kalau takda apa-apa masalah lah kan?