PKP tak tamat esok, bantuan menyeluruh kepada rakyat – PM
KUALA LUMPUR- Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak akan ditamatkan esok, kata Perdana Menteri.
Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, Fasa Pertama dalam Pelan Pemulihan Negara akan diteruskan sehingga nilai ambang kes Covid-19 kurang 4,000 kes sehari. Nampaknya mesej tular yang kita dapat semalam tuh betullah , pkp sambung sampai 14 haribulan tuh.
Bantuan Menyeluruh akan menyusul.
Beliau turut memaklumkan kerajaan akan mengumumkan bantuan yang lebih menyeluruh kepada rakyat pada Isnin atau Selasa ini.
Menurutnya, Fasa 1 Perintah Kawalan Pergerakan kekal sehingga ketiga-tiga indikator dicapai.- MalaysiaGazette