Siaran Langsung KAWASAKI FRONTALE VS JDT 21.4.2022
Perlawanan ketiga dalam pusingan pertama dalam saingan piala ACL kumpulan I diantara pasukan KAWASAKI FRONTALE VS JDT 10 MALAM INI, di stadium Sultan Ibrahim. Perlawanan pertama kita bermula dengan baik, menang 5-0 dengan pasukan Guangzhao FC. Kemudian perlawanan kedua, kita menang tipis dengan bekas juara acl 2020, Ulsan Hyundai 2-1. Perlawanan yang dilihat sangat sengit.
ADAKAH JDT AKAN BUAT KEJUTAN LAGI SEKALI?
Adakah pada perlawanan malam ini JDT akan mencatat sejarah baru lagi sekali? Tetapi bukan mudah untuk tewaskan pasukan Gergasi kelab Jepun ini. Mereka baru sahaja belasah Guangzhao fc dengan 8-0, berbanding jdt 5-0. Tetapi itu bukan benchmark yang mengatakan JDT tidak boleh kalahkan pasukan Kawasaki ini. Kita dah berjaya buktikan pada perlawanan dengan Ulsan Hyundai, apakah akan ada lagi magis dalam tangan benjamin Mora pada malam ini nanti? Semua itu akan terjawab dalam perlawanan pada malam ini. Seboleh nya kita nak mata, sekurang-kurangnya seri dalam erti kata yang lain, seri tak mahu kalah. Menang itu kira bonus.
KEDUDUKAN TERKINI KUMPULAN I
- JDT 6 MATA
- KAWASAKI FRONTALE 4 MATA
- ULSAN HYUNDAI 1 MATA
- GUANGZHAO FC 0 MATA
Untuk mara, diantara pasukan ini perlu menjadi juara kumpulan. Mahu tak mahu, JDT Kena menang untuk kukuhkan kedudukan kumpulan I , dan kita akan ke perlawanan timbal balik.
Apa yang membolehkan pasukan itu mampu pergi jauh? Ia berkaitan dengan taktikal , strategi, motivasi pemain. Kebijaksanaan Jurulatih dan yang paling penting ialah sokongan yang tidak berbelah bagi dari pemain no 12 iaitu penyokong itu sendiri. Buat yang terbaik pada perlawanan malam ini ok.