SIARAN LANGSUNG MALAYSIA VS INDONESIA PIALA AFF SUZUKI 19.12.2021

malaysia vs indonesia

Perlawanan kumpulan B malam ini serentak dengan Vietnam vs Kemboja dan Malaysia vs Indonesia pada perlawanan bola sepak dalam kejohanan piala aff suzuki 2020/21. Misi wajib menang dalam perlawanan terakhir ini untuk melayakkan diri ke pusingan separuh akhir bakal bertemu dengan pasukan Thailand juara kumpulan A yang menang 2-0 dengan Singapura semalam.

Mampukah pasukan Malaysia menewaskan pasukan Sang Garuda yang dilihat prestasinya semakin baik apabila berjaya seri dengan vietnam 0-0. Mereka ditangga pertama dengan mata sama dengan vietnam 7 mata, kelebihan jaringan , manakala pasukan malaysia ditangga ke 3 dengan 6 mata.

KEDUDUKAN TERKINI KUMPULAN B :

  1. INDONESIA 7 MATA
  2. VIETNAM 7 MATA
  3. MALAYSIA 6 MATA
  4. KEMBOJA 3 MATA
  5. LAOS 0 MATA

Mampukah skuad harimau malaya merobek gawang sang garuda di stadium Bishan Singapura pada malam ini? Kita harap pasukan malaysia mampu melakar kemenangan pada perlawanan terakhir ini. Jika seri atau kalah, saingan kita di piala aff sudah tamat. Pun begitu harap pasukan malaysia jangan cepat mengalah, berjuang hingga ke titisan keringat dan 90 minit masa tamat.

Pada pendapat aku , pasukan malaysia kena bangkit dan dapatkan gol awal untuk mematahkan semangat pasukan lawan. Kalau mereka main bertahan , mungkin kita akan hadapi kesusahan untuk menguatkan jentera serangan. Serangan kena sharp dan tajam, sekali percubaan tetapi tepat dan ada hasil (gol).

Corak permainan ‘parking bas’ yang dipraktikkan oleh pasukan Indonesia ketika mengikat Vietnam sebelum ini, bakal berubah apabila taktikal berlainan akan digunakan untuk pertemuan menentang Malaysia di Stadium Nasional Singapura, malam ini nanti.

Ia disuarakan jurulatih skuad Garuda, Shin Tae Yong pada sidang media menjelang aksi terakhir Kumpulan B Piala AFF antara Malaysia dan Indonesia.

Katanya, beliau sudah membuat homework dan menganalisis dan mengkaji cara permainan anak buat Tan Cheng Hoe seperti mana yang dilakukannya sebelum berdepan Vietnam pada Khamis lalu.

Ujarnya, strategi bert4han ketika menentang skuad Naga Emas adalah kaedah terbaik bagi meraih mata dan beliau menjangkakan corak berbeza bakal ditampilkan oleh anak didiknya nanti.

“Sebagai jurulatih memang bertanggungjawab untuk memimpin pasukan dan menyiapkan pasukan sebelum menghadapi lawan, dengan menganalisa kelemahan dan kelebihan pasukan yang akan di tentang.

“Memang Vietnam satu pasukan yang terbaik dan terkuat di Piala AFF ini, oleh kerana itu memang kami tidak memberi fokus kepada penguasaan bola.

“Sebaliknya kami memang mengharapkan seri sahaja untuk layak ke separuh akhir tetapi bertemu Malaysia kami akan menilai setiap kelebihan dan kelemahan mereka juga.

“Jadi kami akan menyediakan strategi dan taktik mengikut kemampuan lawan kami nanti. Saya akan menyediakan pasukan dengan sistem yang sesuai lawan Malaysia,” katanya yang juga bekas jurulatih skuad kebangsaan Korea Selatan.

Dalam aksi terakhir, skuad Harimau Malaya memerlukan tiga mata untuk layak ke separuh akhir bagi memintas Indonesia.

KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS INDONESIA 19.12.2021

LIVE STREAMING MALAYSIA VS INDONESIA PIALA AFF SUZUKI 19.12.2021

Enable Notifications OK No thanks