Sinopsis aku yang kau gelar isteri
Macam tak sesuai pulak adi putra berlakon jadi remaja, haha. Tetapi yang penting penghayatan watak tuh sampai.
Nak cantik punya pasal, lelaki punya pasal, sanggup membelakangkan agama. Puja syaitan pulak. Bagi aku biarlah tak sempurna dimata orang, orang tengok sakit mata tengok kita. Yang penting hati kita tuh mahu jaga. Haa gituew.
WATAK PELAKON
-
Nadia Brian sebagai Raihani
-
Adi Putra sebagai Eizlan
-
Sharifah Sakinah sebagai Laila
-
Atiq Azman sebagai Pian
-
Baby Azreen sebagai Maryam
-
Aznah Hamid sebagai Mak Lang
-
Rosli Rahman Adam sebagai Pak Salleh
-
Kuza sebagai Mak Su
-
Zaki Azeman sebagai Naim
-
Lana Nodin sebagai Embun
-
Ummar Dzariff sebagai Rais
-
Laura Olivia
Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri mengisahkan kehidupan pasangan pada mula bahagia, akan tetapi akibat cemburu, hasad dengki, nafsu dan dendam membuatkan kebahagiaan mereka goyah. Gandingan mantap lakonan adi putra, Sharifah Sakinah, dan juga Nadia Brian dalam drama ini.
Laila (Sharifah Sakinah) menyintai Eizlan (Datuk Adi putra) dalam diam. Akan tetapi Eizlan menyintai Raihani (Nadia Brian). Lalu Eizlan menikahi Raihani. Laila patah hati dan bertemu dengan Embun(makcik dia). Specialist in bomoh, haha.
Pada mulanya kehidupan Raihani dan Eizlan bahagia dan saling menyayangi. Akan tetapi kemunculan Laila ke kampung membuatkan kebahagiaan mereka goyah. Laila dah semakin cantik berseri sejak “dibrandingkan” oleh makcik dia.
Kehadiran Laila membawa seribu mistik dan dendam lama yang terpendam. Berakhirkah kesengsaraan Raihani dan Eizlan ataupun mungkin mahligai cinta mereka berakhir dengan penceraian.