Tips Mudah Untuk Mengecilkan Pori-Pori Degil Di Wajah Muka

pori, kecilkan pori-pori

Perkara yang menjadikan kita rasa tak selesa (menjengkelkan) lebih-lebih lagi untuk wanita mahupun lelaki adalah pori-pori kecil yang degil di muka.

Lagi-lagi kalau cuaca yang panas, kulit berminyak. Secara langsung diri rasa, tak selesa! Jadi, kita haruslah menitikberatkan penjagaan kulit supaya wajah kelihatan lebih menyerlah bersinar.

Ini antara punca liang pori muka kita besar dan terbuka: 

1. Genetik

Faktor genetik antara salah satu sebab masalah pori-pori terbuka. Genetik bukan sahaja akan mewariskan warna kulit, warna anak mata, malah boleh mewariskan struktur pori-pori pada muka seseorang.

2. Penuaan

Untuk pengetahuan anda, apabila seseorang itu semakin meningkat usia, penghasilan elastin akan berkurang. Elastin ialah keanjalan kulit untuk meregang dan kembali ke asal. Jadi, apabila elastin berkurangan, ia menyebabkan kulit mengendur dan pori-pori muka akan kelihatan lebih besar.

3. Cahaya Matahari 

Kalau anda selalu terdedah dengan cahaya matahari, selepas ini kena hindarkan ya! Ini kerana, kulit muka yang sering terdedah dengan radiasi ultraviolet cahaya matahari boleh menyebabkan kerosakan elastin dan menjadikan pori-pori muka terbuka.

4. Kebersihan

Sekiranya korang tidak mencuci muka dengan betul, pengumpulan minyak pada kulit muka akan menyebabkan pori-pori tersumbat, dan menyebabkan pori-pori kelihatan lebih besar.

Berikut merupakan 3 langkah mudah yang mungkin anda sudah tahu untuk mengatasi masalah kulit.

  1. Kerap cuci muka

Kulit wajah kita sering terdedah dengan debu dan habuk setiap hari. Lagi-lagi wanita yang bersolek, lagi la kena cuci muka. Menurut pakar dermatologi, Adam Geyer, dia menyatakan jika sebum mula tersumbat di liang, itu yang menjadi penyebab keradangan ia akan mengembangkan segala pori-pori. Jadi cara paling mudah dan berkesan untuk mengatasi masalah muka berminyak adalah dengan membasuh wajah muka setiap hari.

  1. Pengelupasan kulit

Memastikan kulit dan liang pori berada dalam keadaan bersih, boleh la menggunakan kaedah pengelupasan dengan cara yang betul. Skrub yang lembut dan dicampurkan dengan exfoliant kimia seperti salisilik ataupun asid glikolisis adalah kaedah yang boleh digunakan. Amalkan ini sebanyak dua atau tiga kali seminggu tapi jangan sama sekali melakukan perkara ini setiap hari. Kalau tidak kulit akan menjadi kering.

  1. Menggunakan krim khas untuk liang

Faktor usia akan menyebabkan kulit kehilangan kolagen dan elastin. Tapi menggunakan macam-macam produk atas kulit adalah punca kulit kendur dan kering.

Cuba pilih produk yang diperbuat dari yis bagi menguatkan lagi liang-liang pori dan mengurangkan diameternya. Tindakbalas krim boleh membantu mengecilkan liang-liang supaya kelihatan lebih licin.

Jadi, anda boleh pilih langkah yang paling mudah untuk dilakukan di rumah! Tetapi ingat ya, untuk mendapatkan hasil yang terbaik, anda kena amalkan tips ini secara konsisten. Selamat mencuba!

Tutorial dari video youtube.com pun ada cara ditunjukkan beserta tutorial lengkap mungkin anda boleh mencubanya tuh.

Selamat mencuba !!

Sumber: bukanaku.com

Leave a Reply

Enable Notifications OK No thanks