aktiviti semasa pkp

Seperti yang kita ketahui beberapa hari yang lepas, Perdana Menteri telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh atau ‘Lockdown’ akan dilaksanakan seluruh negara selama 14 Hari bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021.

Semua rakyat Malaysia akan sekali berada di rumah sebagai langkah memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19 yang semakin tidak terkawal ini. Harapnya dengan lockdown ini kes dapat diturunkan selain kita harapkan dengan program vaksin dapat turunkan kes dan berjalan dengan lancar.

Jadi apakah yang boleh dibuat ketika berada di rumah selain daripada makan dan tidur. Banyak perkara produktif yang boleh dilaksanakan ketika berada di rumah. Lima perkara yang kami petik daripada Kit Keluarga Produktif terbitan JAKIM adalah seperti berikut:

Aktiviti Santai

aktiviti santai

  • Sukan Indoor
  • Senaman ringan
  • Mencuba masakan baharu
  • Dekorasi rumah gaya baharu
  • Gotong royong
  • Basuh kereta bersama
  • Bermain di halaman rumah
  • Jom cabut rumput
  • Jom lipat kain

 

Aktiviti Ibadah

doa,

  • Solat Berjemaah di rumah
  • Tadarus Al-Quran
  • Puasa Sunat (Isnin dan khamis)
  • 1 Hari 1 Hadith
  • Bercerita sirah nabi (Israk Mikraj)
  • Menghafal Al-Quran ayat-ayat lazim
  • Doa, zikir dan membaca AlMathurat
  • Tazkirah di rumah
  • Azan di rumah

Aktiviti Ilmu

aktiviti ilmu

  • Membaca buku
  • “Kelas Tambahan” di rumah
  • Semak prestasi sekolah anak
  • Menyiapkan “assignmetn”, proposal, tesis, kertas projek atau kerja-kerja akademik tertangguh
  • Usrah di rumah (Halaqah ilmu)
  • Ikuti kuliah ilmu di Youtube
  • Ikuti webinar berinformasi

Aktiviti Pejabat / Urusan Kerja

kerja dari rumah

  • Membalas pesanan emel
  • Menyiapkan kertas kerja, surat, memo
  • Meyemak kertas kerja, proposal, surat
  • Mesyuarat atau perbincangan atas talian melalui aplikasi persidangan web
  • Menulis artikel, jurnal, teks ucapan
  • Menambah kemahiran melalui pembelajaran dalam talian
  • Mengemaskini HRMIS

Aktiviti Munajat / Kerohanian

solat berjemaah penjarakan sosial

  • Banyakkan “Istighfar”
  • Bertaubat kepada Allah
  • Bermuhasabah kembali kepada Allah
  • Beriltizam menjadi muslim yang bertaqwa
  • Menjauhi perbuatan maksiat
  • Nasihat menasihati sasama muslim
  • Semak sebelum sebar maklumat di media sosial
  • Berdoa kepada Allah

Dan macam-macam lagi.