Cara Semak keputusan SPM 2020 secara online 10 jun 2021
KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 akan diumumkan 10 Jun ini minggu depan pada hari khamis ini. Hah cuak semua!!
Bermula 10 pagi.
Kementerian Pendidikan (KPM) sudah menjelaskan pengumuman keputusan itu akan dibuat bermula jam 10 pagi, manakala calon sekolah dan persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui beberapa cara yang lain yang ada sebelum ini sudah ada. Macam online, dan sms.
Cara semak keputusan spm secara online.
Boleh tekan link dibawah ini. Masukkan no ic anda
http://myresult1.moe.gov.my/ atau
http://myresult2.moe.gov.my/ untuk mendapatkan keputusan penuh.
Cara semak keputusan SPM melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
SPM [jarak] NoKP [jarak] AngkaGiliran dan hantar ke 68886.
Contohnya 950124016532 jf01565 dan hantar ke 68886
Bila boleh mula tengok??
Perkhidmatan ini akan diaktifkan mulai jam 10 pagi pada Khamis depan sehingga jam 6 petang, 17 Jun ini 2021.
Bagi calon sekolah yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan mengenal pasti calon berkenaan dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan,” Pergi sekolah macam dulu-dulu. Tetapi kena ingat sop ya, sebab sekarang masih lagi norma baharu. Pakai mask, jangan lupa bawa kad pengenalan. Beratur ikut turn.
Berapa jumlah calon spm 2020??
Lebih kurang seramai 401,105 calon sekolah yang menduduki SPM 2020, mulai 22 Februari lalu, melakar sejarah tersendiri apabila peperiksaan itu diadakan dalam keadaan norma baharu, berikutan penularan jangkitan COVID-19.
Kumpulan pelajar Tingkatan Lima dilihat mengikuti sesi kelas SPM tahunan terpanjang, iaitu hampir 14 bulan, namun pembelajaran bersemuka paling singkat, iaitu sekitar empat bulan, ekoran penularan pandemik COVID-19 yang memaksa mereka beralih kepada pembelajaran dalam talian menerusi aplikasi seperti Google Meet, Google Classroom dan Skype.
Bagi calon persendirian yang tidak mempunyai capaian internet, KPM berkata, Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah akan mengenal pasti individu berkenaan dan memaklumkan kaedah sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan.
Sapa cemerlang spm, boleh share diruangan komen dibawah ini.