Perlawanan yang penting pada awal pagi esok. Diantara pasukan kita malaysia akan bertemu dengan UAE pada 4 june 2021. 2 perlawanan percubaan ini iaitu perlawanan dengan pak arab jugak, kuwait dan bahrain kita gagal teruk. Adakah perlawanan sebenar ini kita akan gagal juga sebenarnya?
Perlawanan yang sebenar kita akan tahu sejauh mana kehebatan pasukan harimau malaya yang akan ditagih oleh penyokong tegar harimau malaya di malaysia ini. Bukan mudah untuk pasukan malaysia untuk mara ke pusingan ini. Tambah dengan tarik diri korea utara yang betul-betul menyusahkan buat skuad kita peluang untuk mara tuh dah semakin tipis melainkan kita menang semua game baki perlawanan yang terakhir ini. Sia-sialah kita menang keatas pasukan indonesia tempohari tuh.
Kita harap dengan memasukkan pemain baru , Dion cools yang sudah daftar baru-baru je nih. Memantapkan dibahagian pertahanan yang sangat penting. Penting untuk kita mendapatkan tiga mata penuh pada perlawanan awal pagi nanti untuk menaikkan semangat pasukan. Ketiadaan brendan Ngan untuk team ini nampaknya agak meresahkan dibahagian midfielder. Kita harap dengan adanya gandingan safawi, nazmi faiz mansor dan sumareh mampu memberi impak dibahagian serangan terutamanya.
All the best buat skuad harimau malaya pada malam ini nanti.
LIVE STREAMING MALAYSIA VS UAE 4.6.2021