kpm logo

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerbitkan bentuk logo baharu kementerian yang lebih ringkas tetapi bermakna.

Hanya menggunakan logo Jata Negara dan perkataan Kementerian Pendidikan Malaysia, logo ini boleh dimuat turun daripada laman web rasmi KPM dalam pelbagai format:

Muat Turun:

 

kpm logo english
kpm logo hitam
kpm logo official
  • Garis Panduan Penggunaan Logo KPM 

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Unit Komunikasi Korporat (UKK) sering menerima permohonan penggunaan logo rasmi KPM di bahan-bahan promosi bagi program dan aktiviti anjuran daripada Bahagian/Jabatan/Agensi di bawah KPM, individu, syarikat korporat, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan.

Sehubungan dengan itu, Garis Panduan Penggunaan Logo Rasmi KPM ini dikeluarkan untuk rujukan dan panduan kepada Bahagian/Jabatan/Agensi, syarikat korporat NGO dan agensi kerajaan yang ingin bekerjasama dengan KPM dalam melaksanakan semua program.

Ia mengenai prosedur yang perlu kita ikut. 

Garis panduan ini bertujuan untuk menjelaskan mengenai prosedur dan tatacara penggunaan logo rasmi KPM serta peraturan-peraturan penggunaan logo yang ditetapkan kepada individu, NGO, syarikat dan agensi kerajaan untuk kelulusan penggunaan logo rasmi KPM.

Ini akan mewujudkan mekanisme yang sistematik bagi memproses dan memberikan kelulusan permohonan penggunaan logo rasmi KPM.

Muat Turun: GARIS PANDUAN PENGGUNAAN LOGO RASMI KPM