Bayar Zakat.
KETETAPAN HARGA FITRAH BAGI NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM TAHUN 1441H / 2020M
Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor setelah disahkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, telah menetapkan kadar Zakat Fitrah bagi tahun 1441H bersamaan 2020M pada dua kadar harga RM 7.00 (Tujuh Ringgit Sahaja) dan RM10.00 (Sepuluh Ringgit Sahaja).
i. RM 7.00
Umat Islam di negeri Johor yang menjadikan makanan hariannya beras daripada jenis Super Tempatan.
ii. RM 10.00
Umat Islam di negeri Johor yang menjadikan makanan hariannya beras selain daripada jenis Super Tempatan (Beras Import) seperti Beras Wangi, Beras Basmathi dan lain-lain.
MAINJ telah menetapkan kaedah pembayaran adalah melalui atas talian (ONLINE) sahaja bertujuan dengan selaras keperluan masyarakat menunaikan ibadah zakat fitrah di dalam bulan Ramadan termasuk dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Untuk kaedah bayaran zakat fitrah melalui atas talian, MAINJ menyediakan kemudahan seperti berikut:
Zakat Johor Online Payment
https://epayment.maij.gov.my/
Fastpay
http://fitrah.maij.gov.my/
Johor Online Payment (JOP).
https://onlinepayment.johor.gov.my/
SnapNPay
https://snapnpay.my/pay/JHRFITRAH/zakatfitrah/
Muat turun Aplikasi SnapNPay

Waktu operasi: bermula 1 Ramadan 1441H sehingga 8.00 pagi 1 Syawal 1441H
Caj bank sebanyak RM 0.50 dikenakan kepada pemegang akaun untuk pembayaran melalui FPX selain daripada harga zakat fitrah bagi setiap transaksi bayaran. Tengok jenis pembyaran online juga tuh.
“Pembayaran awal digalakkan bagi mengelak kesesakan capaian ONLINE disaat akhir”
Harap korang sementara tak sibuk ini lebh baik bayar awal, kalau tak nanti jammed server masa last minit memang masaklah korang ok. So jangan marah bila bayar time lewat nanti, kalau ada masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan berlaku. Dah mudah sekarang ini, tinggal bayar online jer. Jimat masa dan kos.
Setelah mendapat pandangan dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) -TIADA BAYARAN ZAKAT FITRAH MELALUI AMIL FITRAH-
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR.
Zakat Johor Online Payment






No comments! Be the first commenter?