Berikut adalah koleksi doa perhimpunan sekolah yang boleh anda praktikkan. Semoga bermanfaat untuk anda semua. Sebolehnya hafal, tetapi kalau hari-hari kita baca doa atau seminggu sekali kita print tulis siap-siap. Insyallah lama-lama akan hafal punya.
Sama macam doa selepas solat, mula-mula kan baca dulu.
Koleksi satu.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Sesungguhnya kami berhimpun pada pagi yang mulia ini,
Bagi melahirkan rasa kesyukuran,
Di atas kurniaanmu yang tidak ternilai.
Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur,
Di atas nikmat yang melimpah ruah kepada kami.
Ya Allah tuhan yang maha bijaksana,
Bukakanlah hati kami,
Lapangkanlah dada kami, untuk menerima ilmu dan pengetahuan,
Serta bimbingan dari guru-guru yang kami kasihi.
Ya Allah tuhan yang maha pemurah,
Kurniakanlah kepada kami kesihatan anggota,
Kecergasan minda,
Ketenangan jiwa,
Dan kekuatan semangat.
Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran,
Berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga,
Masyarakat dan negara.
Ya Allah Ya Rohim,
Jadikanlah negara kami sebuah negara,
Yang mendapat limpahan rahmat dan nikmat.
Kekalkanlah keamanan dan kemakmuran sepanjang zaman.
Koleksi Dua.
DOA RINGKAS PERHIMPUNAN PAGI.
Allahuma Wahai Tuhan Kami.
Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami, dosa kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Bukakanlah pintu hati kami untuk menerima segala ilmu yang di pelajari Ya Allah, sinari hati kami dengan cahaya keimanan Ya Allah, hiasi diri kami dengan ketaqwaan Ya Allah, dekatkan diri kami dengan sifat-sifat yang terpuji serta jauhkan diri kami dari segala sifat-sifat yang tercela Ya Allah.
Koleksi 3.
DOA MAJLIS PERHIMPUNAN
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ, وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى َءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Segala puji bagi Allah S.W.T. , tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan ke atas keluarga serta para sahabat baginda sekalian.
Ya Allah Ya tuhan kami, Engkaulah tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya padaMu jua kami merafakkan kesyukuran atas segala rahmat dan nikmatMu.
Dengan keberkatan majlis perhimpunan ini kami mohon taufik dan hidayahMu, kurniakanlah kesejahteraan,kebahagiaan dan keselamatan. Anugerahkan kepada kami kesihatan yang sempurna , akal yang cerdas,hati yang terang,daya ingatan yang kuat untuk menerima ilmu dan pengetahuan serta bimbingan para guru kami yang kami kasihi.
يَا اللهُ يَا رَحمَن يَا رَحِيم
Dengan kudrat dan iradatMu. Tambahkanlah kekuatan dan ketabahan kami dalam menghadapi cabaran menimba ilmu pengetahuan, himpunkanlah kami dalam kalangan mereka yang cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia dan akhirat.
يَا اللهُ يَا فَارِجَ الهَمِّ وَيَا كَاشِفَ الغَمِّ
Lindungilah kami dari hasutan iblis dan syaitan , bala bencana , malapetaka dan hawa nafsu yang menghalang kemajuan dalam hidup kami. Jadikanlah kami, guru-guru kami, pemimpin-pemimpin kami terus istiqamah berkhidmat menabur bakti membela agama , bangsa dan negara.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرَهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمَهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى َءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.