Selepas solat biasanya kita akan berzikir dahulu. Kemudian barulah kita akan membaca doa. Seeloknya dalam bahasa arab. Tetapi kalau kita nih ilmu tak berapa pandai, boleh sahaja berdoa dalam bahasa kita, melayu. Namun kita kenalah improve dari semasa ke semasa.
Doa merupakan senjata bagi orang-orang mukmin.” (Hadith Riwayat Hakim). Hadis daripada Nabi Muhammad S.A.W itu adalah dalil tentang kelebihan doa. Lebih-lebih lagi, kita digalakkan melakukan doa selepas solat yang mengandungi banyak pahalanya.
Doa merupakan sejenis bentuk ibadah yang boleh diamalkan pada bila-bila masa. Ia menunjukkan kerendahan hati seorang hamba kepada Allah Taala.
Ya, kita digalakkan membaca doa ringkas selepas solat.
Apalah salahnya selepas menunaikan solat dan menghadap Allah, kita baca sedikit wirid selepas solat sebab bacaan doa juga salah satu amalan yang dituntut agama.
Solat kita mungkin mengandungi kekurangan. Dengan doa selepas sembahyang ni, bolehlah menampung kekurangan tersebut.
Selain itu, bacaan doa seusai solat juga boleh menjadi salah satu cara untuk meluahkan rasa serta rintihan kepada Allah. Secara tidak langsung, ia mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T.
Di sini akan dikongsikan panduan lengkap dan mudah bacaan doa selepas solat, serta zikir dan wirid selepas solat.
Semoga Doa ini jadi panduan dan amalkan setiap kali selepas solat, mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia & akhirat.
Doa selepas solat, gambar.
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.
Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.
Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.
Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
Doa selepas solat, video/audio.
.
Doa selepas solat versi lain :
Bacaan doa ringkas.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.