Bil Elektrik RM40 adalah program khusus kepada kumpulan sasar miskin tegar dan miskin selaras dengan hasrat Kerajaan untuk mengurangkan beban kewangan rakyat. Penerima yang layak adalah Ketua Isi Rumah yang tersenarai dan disahkan di bawah kategori miskin tegar dan miskin dalam Sistem eKasih Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).
Program Rebat Bil Elektrik RM40 merupakan program baharu yang telah diperkenalkan bagi menggantikan Program Rebat Bil Elektrik RM20 yang telah dilaksanakan sejak tahun 2008.
Dengan pengenalan program baharu ini, pengguna tidak lagi menerima Rebat Bil Elektrik RM20, sebaliknya akan menerima rebat bil elektrik yang lebih tinggi sehingga RM40 sebulan sekiranya tersenarai sebagai miskin tegar dan miskin dalam sistem eKasih ICU JPM. Hubungi 03-8000 8000 untuk maklumat lanjut mengenai program ini.
Cara pendaftaran
YB Yeo Bee Yin, Menteri Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) berkata bahawa program ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan kualiti hidup serta kebajikan rakyat adalah terpelihara dan tidak terbeban dengan kos sara hidup yang kian meningkat. Para pengguna boleh membuat semakan kelayakan bantuan rebat bil elektrik dalam sistem eKasih serta di portal MESTECC. Pengguna juga boleh menghubungi pihak secretariat secara talian dengan menghubungi My Government Call Centre (MyGCC) di talian 03 – 8000 8000. Selain itu juga, pengguna di semenanjung Malaysia boleh membuat semakan kelayakan dengan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) samada berkunjung ke cawangan terdekat atau menghubungi secara talian di nombor 1-300-88-5454.
Bagi pengguna yang berada di negeri Sabah, Helpline Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) boleh dihubungi di talian 088-515 000 / 15454 manakala pengguna Sarawak pula boleh menghubungi Customer Care Sarawak Energy Berhad (SEB) di talian 1-300-88-3111. Pengguna berdaftar eKasih yang layak namun tidak memiliki akaun berdaftar dengan TNB,SESB atau SEB boleh membuat permohonan dengan mengisytiharkan akaun pihak ketiga melalui borang permohonan yang boleh diperolehi dari mana – mana Kedai Tenaga TNB, pejabat SESB atau pejabat SEB yang berhampiran dengan melampirkan sesalinan kad pengenalan sebagai dokumen sokongan. Walaubagaimana pun, bagi pengguna yang tidak layak dan ingin mendaftar dalam program eKasih, mereka perlu merujuk kepada Pejabat Pembangunan Persekutuan (PPPN) / Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) di peringkat negeri dan juga di Unit Pembangunan Pejabat Daerah.
Semakkan rebate Bil Elektrik 2020
Boleh semak kelayakkan anda disini.
Masukkan no ic anda tanpa letak dash. contoh 840111011135. Bukannya 840111-01-1135
Keputusan anda layak atau tidak akan diketahui. Seperti gambar diatas. Sekian.
Biasanya yang dapat e kasih tuh boleh layak lah dapat. Kalau tak dapat e kasih tuh, tak dapatlah rebate elektrik korang tuh. Kalau dapat korang boleh terus pergi pejabat TNB terdekat pergi ke kaunter cakap saya nak mohon rebate elektrik rm 40 e kasih.
1 SOALAN LAZIM PROGRAM REBAT BIL ELEKTRIK RM40
1. Apa itu Program Rebat Bil Elektrik RM40?
Program bantuan Kerajaan secara bersasar untuk membiayai bil elektrik bulanan sehingga RM40 kepada keluarga miskin tegar dan miskin yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih.
Pengguna yang layak akan menerima bil elektrik percuma sehingga RM40 setiap bulan.
Program diumumkan oleh Kerajaan dalam Ucapan Bajet 2019 pada 2 November 2018.
2. Siapakah yang layak menerima rebat bil elektrik RM40?
Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah kategori miskin tegar dan miskin yang tersenarai dan disahkan dalam Sistem eKasih.
Pendapatan isi rumah miskin tegar ialah kurang RM600 sebulan dan miskin kurang RM950 sebulan.
Pendapatan Isi Rumah adalah berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per kapita yang dikeluarkan oleh
Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.
3. Apakah syarat-syarat Program Rebat Bil Elektrik RM40?
(i) Pengguna-pengguna elektrik yang layak menerima rebat ialah Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang
disenaraikan dalam Sistem eKasih;
(ii) Penerima yang layak akan menerima rebat RM40 sepanjang tahun 2019;
(iii) Rebat bil elektrik akan diberikan sehingga RM40 sebulan sahaja. Sekiranya bil kurang daripada RM40, tiada baki akan dibawa ke bulan berikutnya dan jika bil melebihi RM40, penerima perlu membayar baki tersebut;
(iv) Hanya satu akaun bil elektrik sahaja layak untuk menerima rebat bagi setiap Ketua Isi Rumah (KIR) dalam kumpulan miskin/miskin tegar yang berdaftar dalam sistem eKasih;
(v) Rebat RM40 hanya terpakai kepada Tarif A (Domestik) sahaja;
(vi) Rebat RM40 termasuk semua jenis caj (contohnya penalti lewat bayar);
(vii) Rebat RM40 tidak termasuk tunggakan bil pada 2018;
(viii) Pengguna boleh memilih untuk menukar nombor akaun elektrik yang akan menerima rebat dari semasa ke semasa; dan
(ix) Bil elektrik sehingga RM40 sebulan akan ditolak terus daripada akaun pengguna.
4. Mengapakah Kerajaan memperkenalkan Program Rebat Bil Elektrik RM40?
Kerajaan hendak memastikan bantuan sampai kepada golongan sasar iaitu keluarga miskin tegar dan miskin yang
benar-benar memerlukan bantuan kewangan.
5. Bagaimana untuk menyemak kelayakan Program Rebat Bil Elektrik RM40?
Anda boleh membuat semakan di Portal MESTECC https://semakanrebat.mestecc.gov.my
Bantuan untuk semakan juga boleh dibuat dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)/Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri/Pejabat Ahli Parlimen/Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
6. Apa itu Sistem eKasih?
Sistem eKasih ialah Pangkalan Data Kemiskinan Nasional mengenai kemiskinan.
Mengandungi maklumat profil individu lengkap Ketua Isi Rumah / Ahli Isi Rumah.
Sistem di bawah pengurusan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).
Cawangan di peringkat negeri ialah Pejabat Pembangunan
Persekutuan / Jabatan Pembangunan Persekutuan (PPPN/JPP) ICU JPM.
Data eKasih dibuat secara bancian dan pendaftaran oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan / Jabatan Pembangunan Persekutuan (PPPN/JPP) ICU JPM di peringkat negeri dan di
Unit Pembangunan Pejabat Daerah.
Nota:
Orang Asli di bawah seliaan JAKOA dan warga FELDA dan FELCRA tidak termasuk dalam Sistem eKasih.
7. Bolehkah saya mendaftar Sistem eKasih di Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah?
Tidak boleh. Pengguna diminta merujuk kepada Pejabat PPPN/JPP ICU JPM di peringkat negeri/ Unit Pembangunan Pejabat Daerah.
Data eKasih dibuat secara bancian dan pendaftaran oleh Pejabat Pejabat PPPN/JPP ICU JPM di peringkat negeri.
8. Sehingga bilakah saya layak menerima rebat bil elektrik RM40?
Terdapat dua kategori pengguna:
o KIR pemegang akaun bil elektrik: Akan terima rebat secara automatik
o KIR bukan pemegang akaun bil elektrik: Sehingga KIR mengemas kini nombor akaun dengan utiliti
Pengguna yang layak akan menerima rebat RM40 bermula dari tarikh kelayakan sehingga Disember 2019 berdasarkan tarikh bil elektrik pengguna masing-masing.
Kerajaan akan menyemak semula program rebat pada tahuntahun yang akan datang selaras dengan keberkesanan
program dan tertakluk kepada bajet dan keupayaan kewangan Kerajaan.
9. Apakah perbezaan Program Rebat Bil Elektrik RM40 dengan Program Rebat Bil Elektrik RM20?
Program Rebat Bil Elektrik RM40 merupakan program baharu diperkenalkan bermula tahun 2019.
Program ini menggantikan Program Rebat Bil Elektrik RM20 yang tamat pada bulan Disember 2018.
Program baharu ini dikhususkan kepada pengguna domestik kategori miskin tegar dan miskin berdaftar dalam Sistem eKasih.
5 No Program Rebat RM40 Program Rebat
RM20
1 Bantuan Kerajaan diberikan secara bersasar khusus kepada pengguna miskin tegar dan miskin.
Bantuan diberi kepada semua lapisan masyarakat dengan bil elektrik RM20 dan ke bawah.
2 Pendapatan isi rumah pengguna miskin tegar dan miskin masingmasing di bawah RM600 dan RM950 sebulan. Tidak mengambil kira jumlah pendapatan isirumah.
3 Nilai bantuan ditingkatkan kepada sehingga RM40 sebulan.
Nilai bantuan sehingga RM20sebulan.
4 Pengguna miskin tegar dan miskin berdasarkan rekod dalam Sistem eKasih, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM). Tiada pangkalan datakhusus.
5 Bantuan hanya diberikan kepada warganegara berdasarkan dataeKasih.
Terbuka kepada semua pengguna elektrik termasuk bukan warganegara.
6 Disasarkan kepada 185,803 pengguna miskin tegar dan miskin berdasarkan data eKasih sehingga 31 Julai 2018.
Dinikmati oleh 1.1 juta pengguna setiap bulan.
7 Anggaran peruntukan Kerajaan sebanyak RM120 juta setahun.
Anggaran peruntukan Kerajaan sebanyak RM150 juta setahun.
10. Mengapa Kerajaan menamatkan Program Rebat Bil Elektrik RM20?
Kerajaan telah memperkenalkan program baharu Program Rebat Bil Elektrik RM40 yang lebih bersasar untuk golongan miskin tegar dan miskin.
Program ini khusus membantu keluarga miskin tegar dan miskin berdaftar dalam Sistem eKasih yang akan mendapat bil elektrik percuma sehingga RM40 sebulan.
6
11. Bagaimana jika bil elektrik saya lebih RM40 sebulan?
Pengguna yang layak akan menerima rebat bil elektrik sehingga RM40 sebulan.
Sekiranya bil elektrik melebihi RM40 sebulan, pengguna hanya perlu membayar baki bil elektrik sahaja.
Contoh:
Kaedah Bil Elektrik Bulanan Sebelum Rebat (RM) Ditolak Rebat (RM) Baki Bayaran oleh Pengguna (RM)
Contoh 1 64.90 (40.00) 24.90
Contoh 2 42.50 (40.00) 2.50
12. Bagaimana jika bil elektrik saya kurang RM40 sebulan?
Sekiranya bil elektrik kurang RM40 sebulan, pengguna akan menerima rebat berdasarkan amaun sebenar bil elektrik.
Contoh:
Kaedah
Bil Elektrik Bulanan Sebelum Rebat (RM) Ditolak Rebat (RM) Tiada Bayaran oleh Pengguna (RM)
Contoh 1 38.50 (38.50) 0.00
Contoh 2 24.88 (24.88) 0.00
13. Bagaimana jika saya mempunyai lebih daripada satu akaun bil elektrik?
Pengguna hanya boleh mendaftarkan 1 akaun bil elektrik sahaja pada satu-satu masa.
7
Pengguna perlu merujuk terus kepada cawangan utiliti
berdekatan dengan anda untuk mengemas kini nombor
akaun.
14. Bagaimana jika saya perlu menukar nombor akaun bil elektrik?
Pengguna boleh memilih untuk menukar nombor akaun bil elektrik yang akan menerima rebat dari semasa ke semasa.
Pengguna perlu merujuk terus kepada cawangan utiliti berdekatan dengan anda untuk mengemas kini nombor
akaun.
15. Saya tersenarai di dalam Sistem eKasih. Namun begitu, saya tidak mempunyai nombor akaun bil elektrik yang berdaftar atas nama saya. Sebaliknya, nombor akaun bil elektrik telah didaftarkan atas nama ahli keluarga (e.g. suami, isteri, anak).
Bolehkah saya mendaftar nombor akaun bil elektrik tersebut?
Pengguna boleh mendaftar nombor akaun bil elektrik yang didaftarkan atas nama ahli keluarga contohnya suami atau isteri atau anak.
Pengguna perlu merujuk terus kepada cawangan utiliti berdekatan untuk mengemas kini nombor akaun.
16. Saya mempunyai akaun elektrik rumah kediaman dan akaun elektrik kedai runcit yang saya usahakan secara kecil-kecilan.
Bolehkan saya mendaftarkan kedua-dua nombor akaun bil elektrik di bawah Program Rebat Bil Elektrik RM40?
Pengguna hanya boleh mendaftar satu nombor akaun sahaja.
Program rebat hanya terpakai kepada tarif rumah kediaman atau domestik sahaja dan tidak boleh mendaftar bagi lain-lain kategori tarif seperti tarif komersil untuk kedai runcit.
17. Saya merupakan penyewa rumah dan nombor akaun bil elektrik didaftarkan di atas nama tuan rumah.
Bagaimanakah saya hendak mendaftar nombor akaun bil elektrik di bawah Program Rebat Bil Elektrik RM40?
Penyewa boleh mendaftar nombor akaun bil elektrik yang didaftarkan di atas penama lain (e.g. tuan rumah).
Pengguna perlu merujuk terus kepada cawangan utiliti berdekatan dengan anda untuk mengemas kini nombor
akaun.
18. Saya telah tersenarai dan disahkan di dalam Sistem eKasih pada bulan Januari 2019.
Bilakah saya akan menerima rebat bil elektrik tersebut?
Tempoh ini mengambil kira pendaftaran di peringkat daerah/negeri dan proses antara agensi (ICU, JPM –
MESTECC – Syarikat Utiliti – Pengguna).
Kategori: KIR pemegang nombor akaun
Bulan Disahkan dalam eKasih Terima Rebat
Sebelum Julai 2018 Januari 2019
Ogos – Disember 2018 Februari 2019
Jan – Mac 2019 April 2019
April – Jun 2019 Julai 2019
Julai – September 2019 Oktober 2019
Oktober – Disember 2019 Tertakluk kepada Dasar Kerajaan
19. Apakah nombor telefon yang boleh dihubungi sekiranya saya memerlukan penjelasan lanjut?
Pengguna boleh menghubungi MyGCC, telefonis syarikat utiliti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) dan Sarawak Energy Berhad (SEB) jika memerlukan penjelasan lanjut mengenai program ini.
Hotline:
03-8000 8000
Hotline:
1-300-88-5454
Hotline:
088-515000
15454
Hotline:
1-300-88-3111
Program Rebat Bil Elektrik … by Isham119 on Scribd
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.