Panduan peperiksaan PEMBANGUNAN MASYARAKAT S29 13 julai 2020

penolong pegawai pembangunan,
Adakah anda DIPANGGIL EXAM PEMBANGUNAN MASYARAKAT S29?.
Pertama sekali aku ingin ucapkan tahniah sebab anda terpilih untuk peperiksaan kali ini. So apakah persediaan anda untuk peperiksaan kali ini? Takkan nak google jer masa exam nanti? Untuk pengetahuan am mungkin korang boleh google. tetapi untuk section b daya menyelesaikan masalah mungkin susah buat anda nak google dan mungkin takda sebab korang kena jawab format matematik barangkali.  Masa agak terhad.
Sebab itu persediaan sangat penting dalam peperiksaan kali ini. Takkan nak gagal jer. Banyak kali dapat peluang ,tetapi kita tak manfaatkan peluang yang ada itu yang susah nih.

Okeh, format exam ini sebenarnya sama sahaja macam peperiksaan exam online bagi jawatan pegawai maklumat F41 iaitu 3 SEKSYEN PENILAIAN. Exam Januari lepas hanya 2 Seksyen. Tetapi kali ini seperti yang telah dimaklumkan oleh SPA baru-baru ini ada 3 seksyen iaitu seperti dibawah ini.
=======
Seksyen A: Pengetahuan Am
Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C: Kefahaman Bahasa Inggeris

Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan
  • Jadual Gaji:
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,078.00 RM9,544.00 RM225.00

 

SYARAT LANTIKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c)
(i) ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,078.00); atau
(ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86)
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a)
(i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) had umur pelantikan:
  1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
DESKRIPSI TUGAS :
Melaksanakan dasar, urusan pentadbiran di peringkat Jabatan dan naziran pelaksanaan program-program latihan yang telah dirancang oleh Kementerian.

penolong pegawai pembangunan

Dapatkan ebook panduan dibawah sini

Kalau nak tengok dia punya preview nota contoh soalan boleh dapatkan pppms29preview

Leave a Reply

Enable Notifications OK No thanks