Pengeluaran i-Sinar KWSP akaun 1
Jadi macam mana dengan kenyataan KWSP pada semalam? Ada yang paham ada yang kurang faham.
Ini pengumuman yang telah dibuat dari badan KWSP.
Dia macam inilah, apa yang aku fahamlah, kalau salah minta maaf ok. Ini pun aku copy paste dari page DS Najib Tun Razak, bekas perdana menteri kita yang ke 6.
Ini
Menggunakan Akaun 1. Tetapi Jika jumlah Baki akaun 1 90 ribu dan kebawah:
1. Bayaran pertama lumpsum sehingga RM4000.00 bagi mereka dengan baki akaun 1 sebanyak RM90,000 dan ke bawah.
Baki RM5k (menjadi jumlah keseluruhan pengeluaran RM9k) dibayar secara ansuran bulanan. 5 bulan korang akan dapat rm1000.00
2. Bayaran pertama lumpsum sehingga RM10k bagi mereka dengan baki akaun 1 sebanyak RM90,000 dan ke atas.
Jumlah pengeluaran dibenarkan ialah 10% daripada akaun 1 (sehingga RM60k) dan dibayar secara ansuran bulanan.
Tapi yang menjadi kerisauan kita ialah jumlah ahli yang layak dianggarkan sebanyak 2 juta orang sahaja berbanding 4.7 juta orang bagi skim I-lestari. Mungkin perlu sedikit pencerahan bagi isu ini sebab syarat hanya untuk mereka yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan.
Bagaimana pula dengan mereka yang pendapatan bulanan yang telah turun tetapi tidak hilang kerja?
2 Juta Ahli KWSP akan terima manfaat (yang terjejas).
Lebih kurang dalam dua juta ahli(yang terkesan, hilang kerja dan sebagaininya) akan menerima manfaat ini dengan anggaran RM14 bilion. KWSP akan memberikan pendahuluan kepada ahli yang terjejas dengan dikreditkan dalam akuan bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat bermula Januari 2021.
Perlu diganti semula.
Jumlah yang diberikan itu perlu diganti semula apabila mereka sudah mendapat pekerjaan dan mula kembali mencarum. Caruman baharu itu akan dikreditkan 100 peratus ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan itu digantikan semula.
Lebih kurang 70 peratus sudah bayar, akan kembali ke asal.
Selepas itu caruman akan kembali ke kadar pecahan asal iaitu 70 peratus bagi Akaun 1 dan 30 peratus bagi Akaun 2. Tujuannya ialah untuk cover balik duit yang kita dah ambil tuh untuk masuk semula ke akaun pertama bila ekonomi kita dah pulih atau sudah dapat kerja ke macam mana.
Secar ringkasnya di punya flow macam ini.
Perlu dapatkan nasihat dari pakar, AKPK.
Untuk menentukan amaun yang diperlukan untuk permohonan di bawah i-Sinar dan memastikan kelangsungan hidup semasa krisis, ahli digalakkan untuk mendapatkan nasihat kewangan melalui Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP dan/atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
Boleh mohon i-Sinar Disember ini 2020.
Assalammualaikum, mohon penjelasan. Jika baki akaun 1 bawah RM1000< (cth baki akaun 1 *RM8xx) dan semasa permohonan dibuat diberitahu amaun kelayakan pengeluaran sebanyak RM750(amaun keseluruhan sebenar semasa permohonan dibuat) dan akan dibayar sebelum tarikh *10Januari2021. Soalan saya, adakah pada hari pembayaran pertama dibuat (10Jan) saya mendapat bayaran penuh sebanyak RM750? atau amaun RM750 tersebut dibayar&dibahagikan selama tempoh 6bulan?
*TerimaKasih atas info dan maklumat yg dibalas✓
Walaikumussalam. Tak dapat benuh, dia akan dibahagiakan selama 6 bulan. Yang bulan pertama paling banyak (mungkin dalam 250), kemudian bulan berikutnya sikit2.. ada peratus2 dialah. mungkin seratus.