Cara renew lesen secara online , cepat dan mudah

renew lesen secara online,

Memandangkan kita pun masih lagi dalam mood pkp (perintah kawalan pergerakan), ini satu inisiatif kerajaan yang wajar dipuji kerana memudahkan kita tak perlu pergi ke pejabat pos atau jpj, utc untuk memperbaharui lesen kita yang akan tamat tempoh (ikut tarikh lahir masing-masing). Cuma mungkin ada kos yang mahal sedikit tetapi ianya tetap berbaloi.  Jimat masa, tenaga , minyak dan juga risiko covid19.

Senang je sekarang nih, semua di hujung jari jer. Nak dengan tak nak jer. Pastikan duit pun mencukupi untuk bayar renew lesen tuh ya.

Pembaharuan Lesen Memandu Kompeten (CDL).

Secara walks in, offline.

Pembaharuan lesen memandu kompeten boleh dilakukan di JPJ Negeri/Cawangan, UTC, Kaunter 1JPJ, kiosk eKhidmat dan rangkaian Pejabat Pos Malaysia Berhad (PMB).

Syarat- syarat pembaharuan:

  1. Tempoh pembaharuan dibenarkan adalah 1, 2, 3, 4 dan 5 tahun sahaja
  2. Tidak disenaraihitamkan (Tidak ada saman tertunggak).

Dokumen yang diperlukan:

  1. MyKad/Pasport asal atau salinan MyKad/Pasport pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil;
  2. Pengenalan diri asal wakil;
  3. Lesen memandu asal/salinan;
  4. Dokumen pengenalan diri wakil yang asal;
  5. 1 gambar warna (berlatar putih) berukuran 25mm x 32mm;
  6. Memegang pasport yang masih berkuatkuasa(warga asing);
  7. Bayaran RM20.00/tahun bagi kelas B2 B & C (Kelas A/A1 RM2.00). Bayaran RM30.00/tahun bagi kelas D & ke atas. (Warganegara)
  8. Bayaran RM120.00 untuk semua kelas B2, B, C, D, DA, F, G, H, I (Bukan Warganegara)

Panduan perbaharui Lesen CDL , B, B2, D dan sewaktu dengannya.

Myeg.

Korang kena ada akaun myeg. Kalau takda daftar terlebih dahulu.

Daftar disini

Kalau ada akaun terus login disini. 

Masukkan username dan password anda.

myeg login

CDL APPLICATION TERMS – SYARAT PERMOHONAN CDL

  1. Pastikan latar belakang gambar yang dipaparkan adalah berwarna PUTIH.
    Background of photo must be white.
  2. Pastikan gambar yang dipaparkan pada skrin adalah jelas (rujuk gambar contoh di bawah).
    Ensure photo displayed on screen is clear (refer sample image).
  3. Jika gambar yang dipaparkan berlatar belakang selain warna PUTIH, contohnya berwarna BIRU, sila kemaskini maklumat lesen di kaunter JPJ berhampiran.
    If the photo displayed has a background other than WHITE, for example BLUE, please update your licence details at the nearest JPJ counter.
  4. Sekiranya anda ingin menukar gambar atau alamat yang dipaparkan, anda boleh membuat pindaan di kaunter jpj berhampiran.
    If you need to change your photo or address, you may do so at the nearest JPJ counter.
  5. Sekiranya anda bersetuju dengan syarat-syarat ini, sebarang kesalahan pada lesen CDL yang diterima tidak boleh dikembalikan. Anda perlulah ke kaunter JPJ yang berhampiran untuk mengemaskini maklumat dan satu salinan lesen CDL akan dikenakan bayaran sebanyak RM20.00.
    If you agree to these terms, any errors in the CDL license received are non-refundable. You may go to the nearest JPJ counter to update the information and the replacement CDL licence will be charged RM 20.00.
  6. Pihak MYEG tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang masalah yang dihadapi sekiranya alamat dan gambar yang telah siap dicetak tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.
    MYEG will not be held responsible for any problems that may arise if the printed address and photo did not comply with the terms stipulated.

my eg daftar

Dah login myeg, pergi butang yang ada tulis logo jabatan pengangkutan jalan. Tekan JPJ tuh.

 

myeg daftar

Nanti dia akan keluar macam diatas ini.

Korang pergi pilih yang bawah sekali, drive License Renewal. (Baharui Lesen Memandu). Tekan butang tuh.

renew lesen online

Masukkan details anda, semua. No kad pengenalan.  kategori anda, citizen /orang awam, polis, tentera , dan

premastautin sementara.

Isi borang yang seperti diatas, masukkan no apa yang patut semua. Minimum renew ialah satu tahun , maksimum ialah 5 tahun.

Alamat penghantaran , mana dia nak hantar. Rumah ke ofis. Kasi senanglah untuk agent tuh nanti hantar lesen tuh dekat kau nanti.

Yang ada tanda *merah tuh wajib jawab.

 

Dah semua, siap isi. Semak dulu. Dah confirm semua details.

Tekan butang proceed.

Nanti dia akan keluar butang pengesahan bahawa yang anda semua tulis adalah benar. Dia akan direct terus ke gateway pembayaran online. terus ke proceed bayar login macam biasa.

 

Leave a Reply

Enable Notifications OK No thanks