KUALA LUMPUR: Pembayaran fasa kedua Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuat secara berperingkat mulai Jumaat ini kepada 8.4 juta penerima melibatkan peruntukan berjumlah RM2.75 bilion, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata bantuan itu akan memanfaatkan 3.6 juta isi rumah, satu juta warga emas (bujang atau tiada pasangan) dan 3.8 juta individu bujang.
Bayaran akan dikreditkan terus kepada akaun bank penerima antara 7 hingga 12 Mei, sementara bayaran bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah dan Sarawak) akan dibuat melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Mei.
Semakan status kelulusan BPR boleh dibuat mulai Jumaat ini melalui pautan https://bpr.hasil.gov.my.
“Peningkatan peruntukan adalah berikutan penambahbaikan kadar bayaran kepada penerima. Jika dahulunya penerima dari kategori isi rumah menerima RM300 dan penerima bujang menerima RM150, kini pembayaran kepada penerima adalah di antara RM150 hingga RM600, berdasarkan kelayakan setiap penerima,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tengku Zafrul berkata mereka yang telah ditolak permohonannya berpeluang mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) mulai 15 hingga 30 Jun.
BPR fasa satu berjumlah RM1.93 bilion telahpun dibayar kepada 8.4 juta penerima dari 24 Feb sehingga 1 April.
Setakat Mei 2021, jumlah keseluruhan bantuan langsung kerajaan merangkumi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 dan BPR fasa satu dan dua yang telah dan akan disalurkan bagi golongan B40 adalah bernilai RM6.59 bilion.
Menurutnya kerajaan sentiasa komited untuk memastikan bantuan yang diperuntukkan sampai kepada mereka yang disasarkan bagi menjamin kesejahteraan rakyat.
Jadual nilai pembayaran BPR fasa dua mengikut kategori kelayakan dan maklumat lanjut boleh dirujuk di portal rasmi BPR, https://bpr.hasil.gov.my.
Dikeluarkan oleh:
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Tarikh Dikemas Kini: 04/05/2021
SOALAN LAZIM (FAQ)
BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR) 2021 PEMBAYARAN BPR 2021.
A. Pembayaran Fasa Kedua
1. S: Bilakah pembayaran BPR 2021?
J: Pembayaran BPR 2021 adalah seperti berikut:
1. S: Bilakah pembayaran BPR 2021?
J: Pembayaran BPR 2021 adalah seperti berikut:
BIL. FASA BAYARAN TARIKH BAYARAN BERMULA
1. Bayaran Fasa Pertama 24 Februari 2021
2. Bayaran Fasa Kedua 7 Mei 2021
3. Bayaran Fasa Ketiga Tertakluk kepada makluman dari semasa ke semasa
2. Bayaran Fasa Kedua 7 Mei 2021
3. Bayaran Fasa Ketiga Tertakluk kepada makluman dari semasa ke semasa
2. Soalan : Siapakah yang layak menerima pembayaran Fasa Kedua BPR 2021?
Jawapan: Permohonan BPR 2021 yang layak menerima bayaran Fasa Kedua adalah merujuk kepada Permohonan BPR 2021 berstatus Lulus dan melepasi semakan verifikasi kelayakan.
3. Soalan: Saya berumur 60 tahun dan telah melaporkan status Bujang / Ibu atau bapa tunggal / Balu / Janda / Duda serta tidak mempunyai anak semasa pendaftaran BPR 2021. Berapakah pembayaran BPR 2021 yang akan saya terima?
Jawapan: Pembayaran BPR 2021 akan dibuat secara berperingkat berdasarkan status permohonan. Amaun keseluruhan BPR 2021 bagi pemohon berumur 60 tahun dan ke atas yang telah melaporkan status Bujang / Ibu
atau bapa tunggal / Balu / Janda / Duda serta tidak mempunyai anak adalah sebanyak RM600. Bayaran adalah secara one-off dan baki bayaran akan dibuat semasa pembayaran Fasa Kedua.

4. Soalan: Berapakah amaun bayaran BPR 2021 yang akan diterima oleh penerima?
Jawapan: Jumlah pembayaran BPR 2021 adalah seperti berikut:
i. Penerima bayaran Fasa Pertama BPR 2021
Jawapan: Jumlah pembayaran BPR 2021 adalah seperti berikut:
i. Penerima bayaran Fasa Pertama BPR 2021
ii. Penerima bagi Permohonan Baharu BPR 2021 / Bukan Penerima Fasa Pertama
a) Kategori Isi Rumah
b) Bujang (59 tahun dan ke bawah)
Pendapatan Isi Rumah ≤ RM2,500 (termasuk pemohon berumur 60 tahun dan ke atas)
5. Soalan : Saya telah menerima bayaran Fasa Pertama BPR 2021 dengankategori Bujang. Semasa tempoh pendaftaran BPR 2021, saya telah mengemaskini permohonan sebagai status kahwin. Berapakah jumlah pembayaran BPR 2021 yang akan saya terima?
Jawapan: Jumlah pembayaran BPR 2021 bagi permohonan yang melibatkan perubahan status perkahwinan adalah seperti berikut:
i. Perubahan kategori Bujang kepada Isi Rumah
ii. Perubahan kategori Isi Rumah kepada Bujang
ii. Perubahan kategori Isi Rumah kepada Bujang
7. Soalan: Sebelum ini saya dikategorikan sebagai penerima pedalaman Sabah / Sarawak bagi Fasa Pertama BPR 2021. Bagaimanakah kaedah pembayaran Fasa Kedua BPR 2021?
Jawapan: Kaedah pembayaran Fasa Kedua adalah seperti berikut:
i. Mempunyai maklumat akaun bank – pengkreditan ke akaun bank pemohon / pasangan yang didaftarkan mengikut Fasa pembayaran.
ii. Tiada maklumat akaun bank – Pembayaran sekaligus secara tunai

8. S: Bilakah tarikh pembayaran Fasa Kedua BPR 2021 bagi penerima pedalaman Sabah / Sarawak yang tidak mempunyai maklumat akaun bank?
J: Tarikh pembayaran Fasa Kedua BPR 2021 bagi penerima pedalaman Sabah / Sarawak yang tidak mempunyai maklumat akaun bank akan ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Bayaran BPR 2021 akan dibuat melalui pihak Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Perbendaharaan Malaysia Sarawak.

9. S: Saya adalah pemohon BPR 2021 dan telah melaporkan maklumat akaun bank semasa pendaftaran dibuka, adakah pembayaran BPR 2021 akan dibuat kepada saya?
J: Pembayaran akan dibuat secara pengkreditan ke akaun bank pemohon yang didaftarkan semasa pendaftaran / kemas kini BPR 2021.10. S: Saya adalah pemohon dan tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa pendaftaran BPR 2021, adakah pembayaran BPR 2021 akan dibuat secara tunai kepada saya?
J: Sekiranya anda tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa pendaftaran / kemas kini BPR 2021, pembayaran adalah seperti berikut:
i. Pasangan adalah warganegara dan ada melaporkan maklumat akaun bank – pengkreditan ke akaun pasangan akan dibuat
ii. Pasangan tidak melaporkan maklumat akaun bank – pembayaran secara tunai di BSN kepada pemohon
C. Lain-Lain

11. S: Adakah semua Penerima Fasa Pertama BPR 2021 akan menerima baki bayaran Fasa seterusnya BPR 2021?
J: Tidak. Kelayakan pembayaran Fasa seterusnya adalah berdasarkan semakan verifikasi kelayakan bagi Permohonan BPR 2021 yang dibuat selepas tarikh tutup pendaftaran BPR 2021.
J: Tidak. Kelayakan pembayaran Fasa seterusnya adalah berdasarkan semakan verifikasi kelayakan bagi Permohonan BPR 2021 yang dibuat selepas tarikh tutup pendaftaran BPR 2021.
12. S: Adakah pembayaran Fasa Kedua BPR 2021 telah mengambilkira amaun kelayakan mengikut kategori yang telah didaftarkan?
J: Ya. Bayaran Fasa Kedua BPR 2021 mengambilkira kategori permohonan BPR 2021 yang telah didaftarkan / dikemaskini dan telah melalui proses semakan kelayakan yang telah ditetapkan.
J: Ya. Bayaran Fasa Kedua BPR 2021 mengambilkira kategori permohonan BPR 2021 yang telah didaftarkan / dikemaskini dan telah melalui proses semakan kelayakan yang telah ditetapkan.
13. S: Saya adalah pemohon BPR 2021 dan menerima Bayaran Fasa Pertama BPR 2021 dengan status Kahwin. Penerima Bayaran Fasa Pertama adalah Pasangan (isteri) saya. Walau bagaimanapun, saya telah bercerai dan telah menghantar Permohonan Kemas Kini BPR 2021 semasa tempoh pendaftaran BPR 2021. Adakah pembayaran
Fasa Kedua BPR 2021 akan dibuat kepada saya berdasarkan maklumat yang telah saya kemas kini (bercerai)?
J: Pembayaran Fasa Kedua BPR 2021 adalah berdasarkan maklumat terkini yang telah didaftarkan / dikemaskini semasa tempoh pendaftaran BPR 2021 yang telah melalui proses semakan kelayakan ditetapkan.

14. S: Saya tidak menerima sebarang Surat Makluman Pembayaran Fasa Kedua BPR 2021, apa yang perlu saya lakukan?
J: Semakan status Pembayaran Fasa Kedua BPR 2021 boleh dibuat melalui Portal BPR https://bpr.hasil.gov.my. Tindakan yang perlu diambil sekiranya layak pembayaran Fasa Kedua BPR 2021 adalah seperti berikut:
i. Mempunyai Akaun Bank – Semak penyata akaun bank pembayaran mulai 7 Mei 2021
ii. Tiada Akaun Bank – Pemohon yang lulus perlu hadir ke kaunter BSN mulai 17 Mei 2021 dengan membawa MyKad asal,.

15. S: Semasa menerima Bayaran Fasa Pertama BPR 2021, status pengkreditan adalah Berjaya Kredit. Walau bagaimanapun, akaun bank berkenaan sudah tidak aktif / ditutup, bagaimanakah kaedah pembayaran Fasa Kedua yang saya akan terima?
J: Pembayaran Fasa Kedua BPR 2021 akan dibuat berdasarkan akaun yang didaftarkan semasa pendaftaran / kemas kini BPR 2021. Sekiranya kemas kini tidak dibuat semasa pendaftaran BPR 2021, pembayaran akan dibuat berdasarkan maklumat akaun bank yang telah didaftarkan. Sekiranya status pembayaran Fasa Kedua adalah Gagal Kredit, rujuk Jawapan bagi Soalan 6.

16. S: Semasa menerima Bayaran Fasa Pertama BPR 2021, status pengkreditan adalah Gagal Kredit. Walau bagaimanapun, semasa pendaftaran BPR 2021, saya tidak mengemaskini maklumat akaun bank berkenaan. Bagaimanakah kaedah pembayaran Fasa Kedua yang saya akan terima?
J: Pembayaran Fasa Kedua BPR 2021 akan dibuat berdasarkan akaun yang didaftarkan semasa pendaftaran / kemas kini BPR 2021. Sekiranya tiada kemas kini dibuat semasa pendaftaran / kemas kini BPR 2021, pembayaran akan dibuat secara tunai kepada pemohon sekiranya pasangan juga tidak melaporkan maklumat akaun bank.

17. S: Sekiranya saya diisytiharkan muflis dan akaun bank yang didaftarkan sebelum ini telah dibekukan, bagaimanakah saya boleh mendapatkan bayaran BPR 2021?
J: Anda perlu merujuk kepada agensi berkaitan untuk mendapatkan kebenaran membuka akaun bank / mengaktifkan semula akaun bank sebelum tuntutan bayaran BPR 2021 dibuat.
J: Anda perlu merujuk kepada agensi berkaitan untuk mendapatkan kebenaran membuka akaun bank / mengaktifkan semula akaun bank sebelum tuntutan bayaran BPR 2021 dibuat.
18. S: Saya ingin membuat semakan pada MyBPR dan bagaimanakah saya boleh mengetahui pembayaran Fasa Kedua BPR 2021 dibayar kepada akaun bank saya atau pasangan?
J: Anda boleh membuat semakan pada MyBPR > Semakan Status > Maklumat Pembayaran bagi Fasa Kedua. Maklumat yang dipaparkan adalah seperti berikut:
i. Nombor Pengenalan Akaun dikredit
ii. Nama Penerima
iii. Fasa Pembayaran
iv. Jumlah dikredit
v. Status Kredit
vi. Nama Bank
vii. Nombor Akaun Bank

19. S: Sekiranya penerima bayaran BPR 2021 telah meninggal dunia dan bayaran Fasa Kedua berjaya dikreditkan ke akaun bank, bagaimanakah proses pengeluaran wang BPR 2021?
J: Proses pengeluaran wang BPR 2021 adalah seperti proses semasa yang dipraktiskan oleh Institusi Kewangan. Wakil perlu hadir ke Bank berdasarkan maklumat bank yang didaftarkan pada permohonan BPR 2021 bagi tindakan selanjutnya.

20. S: Saya telah menerima bayaran dan ingin menolak bantuan BPR 2021. Bagaimanakah cara untuk memulangkan bayaran BPR yang telah diterima?
J: Tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:
i. Mengemukakan surat kepada Kementerian Kewangan Malaysia
(MOF) dengan menyatakan nama penuh, nombor MyKad / Nombor
Pengenalan, alamat surat menyurat dan sebab pemulangan;
ii. Lampirkan draf bank / cek yang mengandungi jumlah bayaran atas nama Akauntan Negara Malaysia (mengikut jumlah pemulangan);
dan

iii. Surat dan draf bank / cek perlu dikemukakan kepada pihak Kementerian Kewangan Malaysia di alamat berikut:
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
Presint 2 62592 Putrajaya
Kementerian Kewangan Malaysia
Presint 2 62592 Putrajaya