Panduan solat Sunat Aidilfitri pdf file,beserta tutorial

solat berjemaah penjarakan sosial

Hukum Mengerjakan Solat Aidilfitri.

Hukum mengerjakan Solat Aidilfitri adalah sunat Muakkad, ibadah yang sangat dituntut dan disyariatkan oleh Allah SWT pada bulan Syawal, tahun pertama Hijrah.

Waktu mengerjakan Solat Sunat Aidilfitri.

Solat sunat Aidilfitri dilakukan antara waktu setelah terbit matahari sehingga sebelum tergelincir matahari. Ia disyari’atkan berjamaah kepada semua mukallaf sama ada lelaki, perempuan, bermukim, musafir, orang bebas atau hamba, sama ada di surau, masjid ataupun di kawasan lapang dan terbuka.

Lebih Afdhal. 

Adalah lebih afdal, jika dilakukan secara berjemaah dan sesudahnya dibacakan dua Khutbah. Walaubagaimana pun, ia boleh dilakukan secara bersendirian, takda masalah pun. Yang penting kita ada usaha ikhtiar untuk melakukan ibadah ini.

Tujuan solat dilambatkan sedikit.

Solat sunat Aidilfitri hendaklah dilambatkan sedikit, sedangkan solat hari raya korban perlu disegerakan. Melewatkan solat Aidilfitri bertujuan memberi masa bagi sesiapa belum mengeluarkan zakat fitrah. Zakat fitrah wajib dikeluarkan sebelum menunaikan solat Aidilfitri. Korang dah bayar belum zakat fitrah?

Baca juga kadar fitrah seluruh negeri malaysia 2021

Cara mengerjakan solat.

Lafaz Niat nya

Arab

أُصَّلِي سُنَّةَ لِعيدِ الْفِطْرِ/لعيدالاضحى/ رَكْعَتَيْنِ أدأً مَأْمُومًا لِلَّهِ تَعَالَى . الله اكب

Rumi.

USSALLI SUNNATA LII’DIL FITRI /LI I’DIL ADHA/ RAKA’TAINI ADAAN MA’MUMAN LILLAHI TAA’LA. ALLAHU AKBAR.

Sambil niat, “Sahaja aku sembahyang sunat i’dil fitri dua rakaat  imam/makmum kerana Allah Taa’la”.

Allahuakbar!

2.    Pada rakaat pertama :

i) Baca doa Iftitah.

doa iftitah

Rumi.

Allahu Akbaru kabiraw ,
walhamdu lillahi kathiraw
wasubhanallahhi bukratau waasila
Wajjahtu wajhia lillazi
fataras sama wati wal ardh
hanifam muslimaw wama ana minal musyrikin
Inna solati wanusuki wamahyaya wammamati lillahi rabbil’alamin
La syarikalahu wabiza lika umirtu wa ana minal muslimin
Terjemahan
Allah Maha Besar sebesar-besarnya.
Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya.
Dan maha suci Allah siang dan malam.
Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi,
aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah.
Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam.
Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).

ii) Bertakbir tujuh (7) kali

iii) diselangi dengan Tasbih sebanyak enam (6) kali:

سبحان الله والحمد الله ولآ إله إلا الله والله اكبر

SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAA ILA HA ILLALLAH WALLAHU AKBAR

Maksudnya ;

“ Maha Suci Allah, dan segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar”

iv)    Baca Surah Al Fatihah, Surah Al Qaf, atau Surah Al- Aa’la.

Surah al fatihah .

Surah Al -Aa’la.

surah al-a'la

 

3. Pada Rakaat Kedua :
i) Takbir Lima (5) Kali
ii) Diselangi dengan Tasbih empat (4) kali :-

Bacaan Tasbih nya:
سبحان الله والحمد الله ولآ إله إلا الله والله اكبر

SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAA ILA HA ILLALLAH WALLAHU AKBAR

Maksudnya , Maha Suci Allah, dan segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar”

iii)    Baca Surah Al Fatihah, surah Al Ghasiyah.

Surah al fatihah .

Surah Al Ghasiyah.

surah al ghasiyah

 

4. Khutbah hari Raya.

Car mengerjakan solat sunat Aidilfitri melalui penerangan yang ringkas dari ustaz kazim elias di video Youtube.com


Panduan Solat Aidilfitri dan Aidil adha.

Enable Notifications OK No thanks