Cara pengeluaran kwsp i-sinar akaun 1

i -sinar kwsp.

LANGKAH² MEMOHON i-SINAR KWSP SECARA ONLINE

Kerajaan dah umumkan boleh keluarkan akaun 1 KWSP anda. Ini adalah panduan bagaimana untuk keluarkan duit rm10000 (mengikut syarat-syarat tertentu. Yang tiada i-Akaun pun boleh buat melalui online sahaja.

Pencarum Tanpa i-Akaun.

Berikut adalah cara buat permohonan pengeluaran i-Sinar tanpa perlu login i-Akaun:

1. Pergi ke portal i-Sinar KWSP (akan diumumkan oleh KWSP dalam masa terdekat, 21 disember 2020. )

2. Sila tekan link, PERMOHONAN BAHARU.

3. Isikan nombor MyKad anda, pastikan no kad pengenalan betul.

4. Umur mesti bawah 55 tahun semasa permohonan.

5. Isikan Nombor Telefon Bimbit, Email, Alamat Rumah, Poskod, Bandar dan Negeri.

6. Pilih Amaun yang diperlukan (maksimum RM10,000 mengikut syarat).

7. Selepas buat pilihan Amaun, pilih Bank yang anda gunakan.

8. Pilihan Bank. Masukkan Akaun Bank (Simpanan / Semasa).

9. Pastikan nombor akaun bank tersebut aktif dan betul bagi memastikan bayaran i-Sinar masuk tanpa sebarang masalah.

10. Muat turun Dokumen Bukti Pendapat Terjejas.

11. Sila sahkan bahagian pengesahan permohonan.

12. Klik HANTAR.

Settle!!

Pencarum Yang Mempunyai i-Akaun.

Berikut adalah cara buat permohonan pengeluaran i-Sinar melalui i-Akaun:

1. Pergi ke website tersebut dan log masuk i-Akaun: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

2. Sila tekan link PENGELUARAN.

3. Kemudian , tekan link PERMOHONAN BAHARU.

4. Pilih, dan tekan i-SINAR.

5. Baca syarat & terma. Dung-dang, kemudian klik OK.

6. Tekan, link  SETERUSNYA.

7. Pilih jumlah duit yang korang nak keluarkan, yang diperlukan (maksimum RM10,000 mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh KWSP).

8. Selepas dah letak jumlah nilai , pilih Bank yang anda gunakan. Pastikan bank yang korang nak dapat duit ini , aktif ya.

9. Masukkan Akaun Bank (Simpanan / Semasa). No akaun pastikan betul.

10. Sila buat semakan Butiran Maklumat.

11. Muat turun Dokumen Bukti Sokongan Pendapatan Terjejas. Contoh dokumen itu ialah, slip gaji, epf statement.

12. Sila sahkan bahagian Pengesahan Permohonan. Tekan tick.

13. Klik SETUJU. Klik permohonan TAC kemudian masukkan nombor TAC yang anda terima melalui SMS. Pastikan no yang kita register TAC ada pada Handphone kita. Kadang-kadang kita ada banyak no, dah tak tahu yang mana kita register no TAC.

14. Klik HANTAR, bila kita dah confirm no TAC itu. Settle.

Selamat mencuba.

credit to therohani.com

Leave a Reply

Enable Notifications OK No thanks