PEMULIH: Pencarum dibenar keluar RM5,000 simpanan KWSP-icitra
KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenal kemudahan baharu dikenali sebagai i-Citra, membabitkan pengeluaran sehingga RM5,000. Duit sendiri ya, bukan duit kerajaan. Mungkin boleh keluar dari akaun 1. Ianya tanpa syarat apa yang aku difahamkan lah. Kita tak pasti apakah akan ada keperluan untuk keluarkan duit kwsp ini kena ada dokumen sokongan atau tidak.
Bilakah tarikh boleh mohon i-citra ini??
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, permohonan i-Citra boleh dibuat mulai 15 Julai ini dengan pembayaran pertama akan dikreditkan dalam akaun ahli pada Ogos.
Jumlah lebih kurang 30 billion duit kwsp sekiranya semua pencarum keluarkan duit ini,.
Beliau berkata, secara keseluruhan pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan RM30 bilion kepada rakyat untuk menampung beban hutang, dan juga keperluan harian yang rakyat sekarang ini betul-betul terbeban sekarang ini.
“Menerusi i-Citra seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan.
“Namun ia tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada Ogos ini.
“Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai,” katanya dalam Pengumuman Khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), di sini.
i-Citra membenarkan pengeluaran simpanan KWSP RM1,000 untuk lima bulan.