Definisi STEM term Sains
Definisi STEM?
STEM adalah merupakan singkatan kepada bidang Sains, Teknologi, Enginering dan Matematik. Istilah ini biasanya digunakan bagi menunjukkan dasar pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah bagi meningkatkan daya saing dalam bidang pembangunan teknologi.
Apa keperluan STEM ini kepada negara?
Keperluan kepada STEM wujud apabila kehendak terhadap bidang kerja yang melibatkan STEM adalah jauh lebih tinggi berbanding bidang lain. Sebagai contoh, di Amerika Syarikat, 80% bidang pekerjaannya adalah melibatkan bidang STEM. Maka untuk itu, pelajar perlu disediakan dengan bidang ini bagi membantu menyediakan lebih banyak sumber kerja kepada negara.
Akan tetapi menjadi masalah apabila pelajar sekarang masih tidak dapat memenuhi kriteria keperluan tersebut. Sama ada dari segi bilangan mahupun kualiti kerja dalam bidang STEM.
Peningkatan bilangan pelajar perempuan ke kolej dan universiti juga kini jauh menandingi bilangan pelajar lelaki. Dan, kurang daripada separuhnya adalah berminat dengan bidang STEM. Dasar STEM ini menjadi lebih penting kerana perkembangan bidang kerja yang berkaitan dengan STEM adalah 3 kali ganda berbanding bidang bukan STEM.
Contoh Aktiviti STEM
Peluang pekerjaan dalam bidang STEM mempunyai kurang risiko untuk pengangguran dan juga kebiasaannya mereka dibayar dengan gaji yang lebih besar. Ianya perlu ada minat yang mendalam dikalangan pelajar/murid disekolah.
Jadi, apa yang kita boleh lakukan?
Menanam minat kepada para pelajar untuk menyambung pelajaran dalam bidang berkaitan STEM sejak dari sekolah lagi. Antara strategi yang boleh dilakukan adalah :
Dapatkan bahan bacaan STEM yang lebih ada di pasaran banyak, boleh search dekat shopee pun ada.
1) Pembelajaran berasaskan project-based yang diintegrasikan
2) Pembelajaran berasaskan real-world yang dibantu oleh internship dan mentor
3) Guru dilatih untuk bekerja dalam bidang STEM tertentu
4) Lebih banyak peluang belajar di peringkat tinggi
credit to cikguhailmi.com