Skip to content
INFO TERKINI ANDA

zik.my

  • About Us
    • Contact us:
  • DMCA
    • Disclaimer
  • Sitemap

eRAS 2.0 – Sistem Permohonan secara dalam Talian (Online) penyelidikan bawah KPM

July 24, 2021
PENDIDIKAN

eRas 2.0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Mohon perhatian, MULAI 1 MAC 2018, permohonan untuk menjalankan sebarang kajian atau penyelidikan di mana-mana bahagian di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia HANYA

BOLEH dilakukan secara dalam talian (online) melalui sistem eRAS 2.0.

Apakah sistem eRAS 2.0?

eRAS 2.0 merupakan akronim kepada Educational Research Application System Versi 2.0. Sistem ini merupakan sistem baharu yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang berperanan MENERIMA dan MENGELUARKAN SURAT KEPUTUSAN PERMOHONAN KEBENARAN MENJALANKAN KAJIAN di mana-mana bahagian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bahagian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia merujuk kepada institusi di bawah kelolaan KPM seperti :

  1. SEKOLAH
  2. INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG)
  3. KOLEJ VOKASIONAL (KV)
  4. KOLEJ MATRIKULASI (KM)
  5. PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD)
  6. JABATAN PENDIDIKAN NEGERI (JPN)
  7. * dan sebagainya

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM bertanggungjawab mengeluarkan surat kebenaran menjalankan kajian melibatkan sekolah, Kolej Vokasional, Kolej Matrikulasi, Institut Pendidikan Guru, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri dan bahagian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sehubungan dengan itu, bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan, BPPDP akan menggunakan Sistem eRAS 2.0 mulai 1 Disember 2017 untuk menerima permohonan dan mengeluarkan surat keputusan permohonan kebenaran menjalankan kajian. Sistem ini boleh dicapai melalui URL berikut :

https://eras.moe.gov.my

Walau bagaimanapun, Bahagian masih menerima permohonan melalui borang BPPDP 1.2 dan mengeluarkan surat secara manual sehingga 28 Februari 2018.

Mulai 1 Mac 2018, semua urusan permohonan kebenaran menjalankan kajian hanya boleh dibuat melalui sistem eRAS 2.0 sahaja. Oleh yang demikian bagi yang membuat permohonan melalui borang BPPDP 1.2 TIDAK AKAN DITERIMA LAGI.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pentadbir eRAS 2.0 melalui 03-8884 6591 / admineras2.0@moe.gov.my

SUMBER :

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 

Tag: apa itu eRAS 2.0, cara nak mohon eRas 2.0, e Ras 2.0 login, eras 2.0, eRas 2.0 kpm, PERMOHONAN eRas 2.0

Author: zikri

You may also like

April 4, 2024

Muat Turun Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu PdPR & Manual PdPR Versi 2

June 15, 2021

KPM perlu telus tafsir keputusan SPM 2020 – Pensyarah

August 15, 2021

KARANGAN KEPENTINGAN SUKAN KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA

Post navigation

Previous post

Gajet MENARIK +..

Next post

Live streaming Lee..

Theme: Blog Eye Pro by wpthemespace.com.

Enable Notifications OK No thanks