GERAN SEHINGGA RM15,000 KEPADA USAHAWAN BELIA SELURUH MALAYSIA !!!
TUBE @ PENJANA (Tunas Usahawan Belia Bumiputera) telah menawarkan geran permulaan perniagaan khusus bagi belia berusia 18-30 TAHUN yang terjejas sepanjang tempoh PANDEMIK COVID-19 / kehilangan pekerjaan dan BERMINAT menjadi usahawan.
MACAM MANA SAYA NAK MOHON?
šš» Permohonan secara ONLINE di tube.smecorp.gov.my dan MULA MEMOHON pada 15-25 OKTOBER 2020
PERINGATAN PENTING!
šš» Permohonan ini adalah PERCUMA
šš» Terbuka kepada belia yang BELUM PERNAH menyertai TUBE
.
TUNAS USAHAWAN BELIA BUMIPUTERA (TUBE)
#beliahariiniusahawanhariesok
#hubhebahan
PERHATIAN SEMUA.
Terdapat pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang mengaku sebagai juruperunding atau agen bagi pihak SME Corp. Malaysia untuk pelaksanaan semua Program Pembangunan PKS. SME Corp. Malaysia TIDAK pernah melantik juruperunding atau agenĀ sertaĀ TIDAK mengenakan sebarang caj perkhidmatanĀ bagi mana-mana program ini dan dakwaan tersebut merupakan satu kesalahan serius.
Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan, sila hubungi Talian Info (1-300-30-6000)
Terima kasih.
Syarat asas menyertai TUBE.
Program ini menyasarkan golongan belia Bumiputera yang berumur di antara 18 – 30 tahun yang mempunyai minat yang mendalam untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan, khususnya belia yang mempunyai sijil kemahiran asas daripada institusi latihan atau pusat kemahiran tempatan. Objektif utama Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera adalah untuk:
- memupuk dan menanam semangat keusahawanan di kalangan belia
- anjakan paradigma belia dari pencari pekerjaan kepada pemilik atau pengusaha perniagaan; serta
- membentuk daya tahan dan jati diri di kalangan belia dalam mengendalikan perniagaan sendiri
Program TUBE ini direka khas bagi mempersiapkan belia yang ingin memulakan perniagaan agar mempunyai daya tahan dari segi mental dan fizikal, selain didedahkan dengan lanskap dan cabaran dunia perniagaan yang sebenar. Ini dilaksanakan menerusi tiga (3) Fasa pelaksanaan, iaitu :
Peringatan Penting
- Pemohon mesti membaca serta memahami konsep pelaksanaan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera sebelum mengemukakan permohonan
- Permohonan dalam talian dibuka mulaiĀ 15 Oktober 2020 sehingga 25 Oktober 2020 sahaja.Ā Permohonan sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan tidak akan diterima.
- Permohonan hanya boleh dibuatĀ sekali sahaja.
- Tarikh-tarikh penting (tertakluk kepada pindaan) adalah :-
- Permohonan dalam Talian –Ā 15 Oktober 2020 – 25 Oktober 2020
- Saringan Permohonan –Ā November 2020
- Sesi Temuduga –Ā November 2020
- Latihan Dalam Talian –Ā Januari – Mac 2021 (secara berperingkat)
- Pelaksanaan Perniagaan & Pemantauan (Fasa 3) –Ā Mei 2021 – April 2022 (mengikut batch latihan dalam talian)
- SilaĀ pastikan emelĀ yang digunakan semasaĀ Pendaftaran ID adalah aktif dan sah.
- Sila lengkapkan semua soalan di setiap Seksyen dengan maklumat yangĀ tepat dan betul sebelum menekan butang “Sah & Hantar”.
- Sebarang pengemaskinian maklumat tidak boleh dilakukan setelah anda menekan butang “Sah & Hantar”.
- Bukti penerimaan permohonan adalah melalui emel yang telah didaftarkan.
- Berdasarkan kepada dasar dan prosedur yang diterima pakai, SME Corp. Malaysia berhak untuk meminda, mengganti, membatal atau mengubah mana-mana terma dan syarat permohonan ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu.Ā Keputusan penilaian permohonan adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat atau rayuan tidak akan dipertimbangkan.