GKP 4.0 sudah masuk rm1000.00, 8 jun 2021 semak di bank masing-masing

gkp 4.0

Berita baik buat penerima bantuan geran prihatin (GKP) 4.0. hari ini ramai yang dah dapat bantuan geran khas prihatin. Bolehlah sedikit sebanyak menarik nafas lega untuk modal niaga atau tampung keperluan syarikat yang semakin membimbangkan.

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju memberikan Geran Khas Prihatin (GKP) sebanyak RM1,500 melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa PLUS). Kalau ikut rancangan awal, kerajaan nak bagi rm 1000.00. Memandangkan kita sudah menghadapi PKP 3.0 yang kurang ketat macam PKP 1.0, ramai yang terbeban dengan

Bantuan Geran Khas Prihatin dibawah pemerkasa PLUS. 

Kerajaan akan terus membantu untuk memastikan kelangsungan perniagaan dengan menambah jumlah Geran Khas Prihatin (GKP) sebanyak RM500 menjadikan jumlah keseluruhan kepada RM1,500 di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) Tambahan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hampir satu juta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan perusahaan mikro akan menerima RM1,000 pada pertengahan bulan Jun dan RM500 lagi akan disalurkan pada bulan Julai.

“Kerajaan masih membenarkan operasi jual beli peniaga kecil, penjaja jalanan dan termasuk perusahaan mikro.

“ sekiranya para peniaga ingin mendapatkan pembiayaan mikro kredit sebagai modal kerja, sebanyak RM1.5 bilion disediakan sepanjang tahun ini oleh BSN, Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga) TEKUN, Majlis Amanah Rakyat (MARA), SME Corp. dan YAPEIM dengan kadar pembiayaan serendah tiga peratus.

“Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp.) dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) dengan kadar pembiayaan serendah 3 peratus,” katanya dalam Perutusan Khas Bantuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pada Isnin.

Selain itu, katanya, bagi membantu aliran tunai syarikat dan PKS, institusi perbankan akan terus menawarkan kemudahan pembiayaan dan pinjaman.

Jelas beliau, Bank Negara Malaysia (BNM) akan menambah fasiliti kemudahan bantuan dan pemulihan bersasar untuk PKS terjejas sebanyak RM2 bilion.

“Dengan ini, jumlah dana pinjaman untuk PKS dengan kadar pinjaman serendah 3.5 peratus yang masih tersedia adalah sebanyak RM7 bilion,” ujarnya.

Dalam masa sama, Muhyiddin berkata, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan mempertimbangkan rayuan pengenaan penalti dan menangguhkan pembayaran serta menyediakan penjadualan semula bayaran cukai tertunggak bagi pembayar cukai dan perniagaan yang terjejas.

Tambahnya, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) juga bersetuju untuk memperkenalkan semula pelanjutan penghantaran penyata kewangan, pelaksanaan mesyuarat tahunan bagi syarikat awam yang tersenarai di Bursa Malaysia dan moratorium denda bagi penghantaran lambat dokumen berkanun.

“SSM juga akan mengecualikan bayaran lewat untuk membaharui lesen perniagaan sehingga 31 Disember bagi PKS mikro serta perniagaan milikan tunggal dan perkongsian,” ujarnya.

Seterusnya, diskaun bil elektrik sebanyak 10 peratus selama tiga bulan tambahan antara bulan Julai hingga September juga diberikan kepada sektor yang terjejas.

“Antaranya, pengendali hotel, agensi pengembaraan dan pelancongan, premis dan kompleks beli belah, pusat-pusat konvensyen, taman tema dan pejabat syarikat penerbangan tempatan.,” katanya.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan GKP ini akan membantu kira-kira sejuta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan perusahaan mikro dalam memastikan kelangsungan perniagaan dan pengurusan aliran tunai.
“Mereka akan menerima RM1,000 pada pertengahan Jun dan RM500 selebihnya akan disalurkan pada Julai.
“Selain itu, institusi perbankan juga akan terus menawarkan kemudahan pembiayaan dan pinjaman dan dana institusi perbankan telah dimantapkan lagi melalui pelbagai fasiliti pinjaman mudah PKS pembiayaan Bank Negara Malaysia (BNM) yang masih berbaki RM5 bilion,” katanya.
Tambahnya, untuk menyokong PKS lagi, BNM turut akan menambah fasiliti Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar untuk PKS terjejas sebanyak RM2 bilion. Dengan itu, jumlah dana pinjaman untuk PKS dengan kadar pinjaman serendah 3.5 peratus yang masih tersedia adalah sebanyak RM7 bilion.
GKP 3.0 YANG LEPAS BULAN FEB 2021. 
Terdahulu, sebanyak RM1,000 diberikan kepada PKS mikro yang layak secara ‘one-off’ di bawah GKP 3.0 dengan permohonan menepati kriteria serta telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Pihak Berkuasa Tempatan atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) setakat 28 Februari 2021.
gkp 4.0 rm1000 sudah masuk hari ini
Korang boleh check di akaun masing-masing. Atau semak tengok status korang di

GKP login. 

 

Enable Notifications OK No thanks