ISU TAKBAI & KRISIS SELATAN THAI | 28 MEI 2022
Mantap beb ulasan dari tuan Zainal Rashid Ahmad bekas wartawan. dia ada membuat kupasan mengenai isu takbai krisis selatan thai yang berlaku pada 25 mei yang lepas 2022. Ada masalah disempadan. Ada orang yang mengawal sempadan ini, (master mind).
Kejadian berbalas tembakan dan letupan bom yang berlaku di Tak Bai, wilayah Narathiwat, Thailand tidak melibatkan mana-mana rakyat Malaysia yang berada di kawasan berdekatan. Dalam hal perkara tersebut sambil memberitahu bahawa ia hanya melibatkan rakyat dan anggota keselamatan warga Thailand.
“Setakat ini insiden berkenaan, tiada rakyat Malaysia yang terlibat. Hanya melibatkan anggota keselamatan dan rakyat Thailand,” katanya pada Khamis.
Pada Rabu, tular di media sosial kejadian berbalas tembakan dan letupan bom yang berlaku di pekan Tak Bai dekat Narathiwat, Thailand.
Berdasarkan klip-klip video yang tular, kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 10 malam sehingga menyebabkan penduduk yang tinggal di sempadan Malaysia-Thailand terutamanya di Pengkalan Kubor, Tumpat panik. Kejadian berbalas tembakan itu turut didengari dari arah Pengkalan Kubor, Tumpat yang terletak seberang dengan Pekan Tak Bai. Beberapa video yang dirakam oleh orang awam tular di Facebook menunjukkan api marak selain beberapa lelaki melepaskan tembakan.
Sehubungan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menambah anggota dan aset Pasukan Gerakan Udara (PGU) untuk mempertingkat kawalan sempadan negara di kawasan berkenaan.