Muat turun borang kebenaran rentas negeri/daerah PKP,PKPB DOC FILE FORMAT (BOLEH EDIT)

sekatan jalan raya

Kita masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan untuk tahun 2021, kita belum tahu bilakah ianya akan berakhir. Rentas negeri untuk tahun ini pun belum dibolehkan lagi.

Info semasa
——————-
PKP 3.0 telah bermula pada 16 April 2021. Hari ini sudah masuk seminggu juglah , proses pengeluaran Permit Rentas sempadan dibuat disemua balai diseluruh Malaysia. Kerjasama dari semua pihak amat dituntut bagi melicinkan dan mempercepatkan proses pengeluaran.
Antara perkara yang disarankan untuk diikuti adalah seperti berikut :-
1. Cetak dari rumah dua salinan borang yang boleh didapati melalui online.
2. Isi borang yg telah dicetak (jangan tak isi pulak, jadi isu nanti lagi, belum isi dah post dekat social media.).
3. Sediakan dokumen sebab sebab permohonan dibuat sebagaimana syarat syarat yang telah diumumkan dalam dua salinan beserta salinan kad pengenalan dan dokumen dokumen lain yang boleh menyokong kelulusan.

Adalah diingatkan bahawa apa yang anda kemukakan adalah PERMOHONAN dan tidak semestinya semua permohonan akan diluluskan. Kelulusan adalah tertakluk kepada kelayakan serta memenuhi syarat syarat yang ditetapkan oleh kerajaan. Kalau tak lulus takda kompromi. Ingat , jangan tipu jangan terlalu excited kalau dah lulus tuh, jangan salah guna ok!! Zaman viral ini boleh membawa padah kalau salah ya. Ingat jabatan nitizen negara sentiasa memantau anda!
Waktu operasi pengeluaran permohonan permit rentas sempadan daerah dan negeri adalah bermula jam 8.00 pagi sehingga 10.00 malam setiap hari.
Beri kerjasama kepada pihak polis bagi melancarkan proses pengeluaran permit tersebut.

Download borang permit rentas negeri DOC FILE format.

borang-permit-pergerakan-pkpb

borang-permit-pergerakan-pkpb

Enable Notifications OK No thanks